Saturday, June 19, 2010

Spring in My Heart # 02



Genap ulangtahun kelahiran ke 26 bersamaan ulangtahun perkahwinan yang pertama,






kami berlepas ke Incheon Airport, Korea Selatan dari KLIA.


Beg yang penuh dengan muatan baju aku sahaja.


Tepat pukul 6.45 pagi waktu tempatan, kami selamat sampai di Incheon Airport dengan suhu pada waktu itu 2C. Nasib baik sejuk, memang aku gosok gigi je lah kat airport tu. Dengan waktu yang singkat, memang tak sempat nak mandi. Alasan.


Walau tak mandi pagi, posing tetap posing. Tempat pertama dilawati ialah sekitar bandar Seoul memandangkan flight ke Jeju pada waktu petang. Menikmati pemandangan sekitar Blue House, ibu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Korea Selatan. Kiranya ala-ala Putrajaya la tempat ni.




Pertama kali Hayrel lunch dengan Korean food. Aku selalu jugaklah. Itu pun orang belanja kat Kroyo-San, Korean restaurant kat KLCC. Orang belanja, aku belasah je.heh.


Perut dah lapar sangat, apa pun sedap! Yang penting halal.


Kat area restaurant tu pun kami bergambar sakan. Jakun betul. Macam la kat Malaysia takde.


Lepas tu, kami dibawa ke Kimchi School.


Dengan tekun aku belajar buat Kimchi. Dengan harapan, nak jamu mertua dengan hidangan istimewa la kononnya. Sanggup ke mak mertua aku makan air tangan aku ni? Erk.

Macam Maharaja dan Permaisuri korea tak?


Pakaian tradisional masyarakat Korea yang dipanggil Hanbok.
Masa di sini pun agak rushing sebab kami perlu mengejar flight ke Jeju Island melalui domestik airport, Gimpo Airport. Duduk-duduk di airport menunggu departure call, terserempak dengan sekumpulan rakyat Malaysia. Mereka juga ke Jeju, membuat research tentang teknologi air kat pulau tu.

Yeah! Its Jeju dude! Jeju Oriental Hotel. Bertaraf 4 bintang. Suhu masa ni pun lebih kurang 2Cel.

Malam tu, aku ngan Hayrel jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Sejuk memang sejuk tapi bila lagi kan? Banyak deretan kedai-kedai berjenama. Yang pasti, lagi mahal dari Malaysia brand macam Nike dan Adidas.




Untuk mengurangkan rasa sejuk tuh, aku ngan Hayrel beli coffee panas dan donut di Dunkin Donut. Walaupun mahal, dah kata gi over the sea kan. Barulah tourist. Bak kata Hayrel.hehe.






Mac 30, 2010. Dan pagi itu, masa yang ditunggu-tunggu. Mengelilingi Jeju Island sampai pengsan!


Tempat pertama yang dilawati ialah Teddy Bear Museum. Menempatkan teddy dengan berbagai size, bentuk dan karakter. Macam-macam teddy ada.
Ini bukan Pakcik McD ye. Ini Pakcik Teddy. Teddy paling mahal. Teddy LV! Kalau Lina ada, mahu meroyan dia nak Teddy nih. LV kan. Hello, balai polis Shah Alam. Penat jugaklah aku berposing kat Teddy Bear Museum ni. Sampai habis batery camera. Lepas tu, sambung meroyan buat aksi gedik kat area yang dipenuhi cherry blossom. Memang cantik! Dasar minah bunga.
Gambar nih akan menjadi bahan bukti untuk anak cucu aku kang.

Selepas itu, kami ke Cheongjiyeon Waterfall. Tempat wajib lawat dan cantik di Jeju.

Hero dan heroin baru filem Korea yang akan pecah panggung 40 Juta.

Sekarang masih berdua. Bila nak bertiga yek?



Cherry blossom di mana-mana.

Anak itik tok wi.

Yezza. Inilah waterfall yang dimaksudkan. Sangat cantik dan mendamaikan suasananya. Memang sesuai untuk pasangan berhoneymoon.Ehem.

V3: Samseng Jalanan.




ATV di Jeju. Best gak layan ATV ni.


Ingat nak continue kat Malaysia.


Sampai ke sudah, haram.


Owh, gadis-gadis ini seperti melihat Rain lalu di hadapan mereka.


Hampeh!


Korang tahu, minah-minah ni sume (student kot) kat dalam bas sebelah tuh,


kemain mengetuk tingkap cermin,


lari-lari gedik kuar bas sebab nak ambik gambar ngan laki aku.


Owh, suamiku curang..
Ok.Ok. Mari kita tinggalkan cerita sedih itu.




Ayuh, kembali berjalan ke Seongsan Sunrise Peak.




Kawasan berbukit yang sangat indah.




dan sejuk.









On the way nak ke last destinantion for the day,


dapat jugak menyinggah kat area macam kebun rape-seed la.




So, apa lagi. Buat aksi winter sonata la.




Nasib baik ada si baik hati, encik syukri.




Dapat snap angle-angle cun!




i love u sayang.




Siap ada tangerine lime lagi.



Owh, i love this shoot damn much!




Main nyorok-nyorok.

Ececece. Kunun-kunun la tuh.

Thanks Park for this awesome journey.


Dah habis pengsan sampai meroyan kat rape-seed garden tuh,


kami menuju ke Seopjikoji.




Seopjikoji ni kawasan pantai di area berbukit.




Memang cantik.




Aku perasan banyak drama-drama Korea berlatarbelakangkan Seopjikoji.


Dengan angin sepoi-sepoi.




Memang lupa pasal kerja la.




Kalau tanya aku time tuh sape nama bos aku pun aku lupe.haha.


Aktiviti hari ini sampai ke malam. Kami ke Mystery Road dan Yongduan menyaksikan batu berbentuk naga sebelum bermalam di hotel dan balik ke Seoul keesokan paginya.






Siap nak frame gambar dia nih.




Eleh, tak heran pun. Bluek!




Dan. Kenangan terindah mengusik jiwa tak akan ku lupa sampai bila-bila.




Chewah.




.




.




.




.




. Kek dan sambutan hari lahir yang ke 26


di


.


.


.


Bandaraya Seoul.




Ouch, sewit sangat sangat sangat!




Cheesecake for my 26 birthday.



Terima kasih.




Kamsa Amida.




Korea ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang berwarna-warni.




Pasang impian nak ke Korea lagi masa Autumn season pulak.


Tengok keindahan daun maple di Nami Island.




Bersama baby sulung? Insya-Allah.