Thursday, December 08, 2011

MummyBabahHood #01: Stok Solid Food.





Bekal harian untuk budak kecik comel, Harrez Rayyan!




Setiap hari si mak ko ni hah kena bangun pepagi buta. Masak. Siapkan bubur nasi berperisa ikan bilis berkalsium tinggi. Mula-mula memang rasa terbeban nak buat semua-semua ni. Nak masak buat stok bubur untuk seminggu terus, rasa bersalah pulak. Tak sampai hati nak jamu Rayyan bubur frozen. Kalau puree, boleh ampun lagi. Nasib baik, kakak-kakak kandung dan teman-teman, ramai sudi kongsi dan hulur petua. Memang mudah. Jimat masa. Tanpa menjejaskan kandungan protein dan karbohidrat dalam hidangan yang disediakan untuk si kecik tuh.




Mummy's Tips:




1) Basuh beras bersih-bersih. Tak kisahlah beras cap rambutan ke, cap Jalaluddin Hassan ke, berasmathi ke. Yang penting halal.




2) Pastu keringkan beras tuh. Kalau mak dulu-dulu, diorang jemur beras kat tengah laman rumah, letak dalam dulang besar. Kalau sekarang nak buat macam tuh, habis balik kerja tengok beras dah lencun. Dahlah cuaca Malaysia sekarang tak berapa nak menentu. Lagipun, alam sekitar kita semakin kotor, tak elok beras tu nak terdedah macam tuh. So, korang boleh keringkan beras menggunakan teknik 'sangan'. Tak tahulah 'sangan' ni bahasa Jawa ke apa. Kaedahnya, letak beras tadi dalam kuali tanpa minyak yang ditenggek kat atas api dapur.




3) Pandai-pandai lah agak time 'sangan' tuh. Jangan sampai hangit sudah. Lepas tu, beras tadi di blend sampi hancur. Sampai rupa powder macam tuh. Dan simpan dalam bekas tupperware berpenutup sebagai stok.




4) Hanya letak air, kacau dan siap! Tak sampai 15 minit pun nak prepare fresh homemade porridge.




5) Aku selalu hidangkan porridge dengan puree carrot, butter pumpkin, sweet potatoes, sawi, avocado dan seangkatan dengannya. Dan, ikan bilis sebagai perasa. Takpun tambah kismis.




Macam ni lah rupa sedikit sebanyak rice powder tuh.




Ikan bilis sebagai perasa tambahan!




Nak sediakan homemade puree? Easy peasy!




Mula-mula, potong dadu buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut.



Lagi kecik comel lagi bagus. Senang nak empuk.

Lepas tuh, masukkan dalam steamer.
Nak steam satu-satu pun boleh.

Nak steam sekali harung macam ni pun boleh.
Oh, aku ada nampak satu steamer, plus blender. Jenama Avent. Boleh check kat sini.
Sangat praktikal kot untuk travel.
Tapi, aku tak beli sebab dah ada multi cooker merah kesayangan nih.

Macam ni lah lebih kurang bentuk puree.
Untuk bekal Rayyan ke nurseri, memang aku sengaja buat sangat halus.
Maklumlah, buah hati aku tu agak gelojoh kalau makan.
Nak elak tersedak dan bagi senang teacher dia.
Tapi, kalau hari minggu, aku buat kasar sikit tekstur puree tu.


Mmm, inilah aktiviti tambahan setiap hujung minggu.

Stok solid food untuk si dia.



Tak sabar pulak rasanya nak beraksi buat homemade muffin, piza dan pasta!

Welcome to the club Masterchef Aida!

Err.. Chef Selebriti lah. Baru mummy vogue!

Saturday, November 12, 2011

Setengah Tahun.



Aku tak tahulah, masa yang cemburu kat aku. Atau aku yang masih belum puas menatap muka newborn Harrez Rayyan. Sekejap je, dia dah masuk 6 bulan. Masih terasa baru lagi, momen aku bual-bual ketawa dengan dia kat bilik rumah mak waktu dalam pantang. Alahai.



Genap setengah tahun atau 6 bulan, Rayyan dah mula makan. Makanan pepejal pertama yang Rayyan rasa ialah Avocado lenyek dicampur dengan susu terbaik dunia! Kemain lagi Rayyan makan, berselera sungguh. Siap jilat-jilat mulut, tau. Gelojoh pulak tuh, tak menyabar.



Setiap hari, aku akan bekalkan 2 set bekalan untuk dibawa ke nurseri. Satu untuk sarapan, satu untuk makan tengahari. Letak siap-siap kat dalam flusk Thermos Foogo Snack Jar. Setiap hari jugak Teacher Wani kata Rayyan makan penuh berselera. Dan, setiap hari pun habis licin, ko!



Menu tukar-tukar, ikut jadual diet Annabel Karmel, gitu. Dua minggu pertama ni, puree dulu. Antaranya, menu wajib avocado + milk, carrot + milk, sweet potatoes + milk, apple + milk dan butternut pumpkin + milk. Minggu akan datang, nak cuba buat bubur, letak ikan bilis tinggi khasiat yang aku import jauh dari Labuan tempohari.



Usia 6 bulan bersamaan dengan makanan pepejal, makanan pepejal bersamaan dengan usia 6 bulan. yeay!




Masuk separuh tahun nih, macam-macam yang Rayyan dah pandai buat. Makin lasak, itu pasti. Kalau tak kena gaya, memang satu hari tak boleh nak buat apa, kena perhati aktiviti dia. Tiga hari sebelum masuk 6 bulan, Rayyan dah pandai merangkak. Dengan cekap. Sebelum tuh, merangkak ala-ala, punggung je yang naik kemain tinggi. Sekarang, dah makin laju. Dan, siap pandai tuju cari aku kat dapur. Merata dah dia pusing keliling rumah. Kadang-kadang kat bawah kerusi meja makan, kadang-kadang separuh badan dah terselit bawah sofa dan kadang-kadang kat celah-celah langsir sliding door aku. Alahai anak.



Oh ya, Rayyan dah kenal orang dah. Lebih-lebih lagi Mummy dan Babah lah kan. Siap hulur tangan, mintak dukung kalau nampak kitorang lalu. Cik Fadh dia pun, dia dah kenal. Ada tuh sampai nangis sedu-sedan, keluar hingus bagai nak ikut aku yang tengah khusyuk buat kerja 'mukabuku'. hehe. Kalau dengan orang luar, mula-mula dia perhati dulu buat muka tak puas hati. Lepas tuh, dia menerpa nak ikut. Yelah, orang tuh dah hulur tangan nak dukung. Pantang! Satu Rayyan nih, dia tak takut orang. Dia hentam jek as long ko nak dukung dia. Memang feberet.



Kelmarin, Hayrel tunjuk kat aku video aksi stunt Jackie Chan Rayyan yang dia rekod. Wah, berpaut pada kepala katil cuba bangun sendiri! Bila nampak muka dia kat cermin, kemain senyum-senyum simpul sendiri. Sekarang ni, entah berapa kali dah Rayyan tergolek dok buat macam-macam aksi. Pantang nampak benda tinggi yang boleh dipanjat. Sofa, coffee table, rak tv, kerusi makan habis semua dipanjatnya. Siap berangan, lepas sebelah tangan, ko! Cik Fadh dia lah yang asyik menjerit. Mummy okay je, steady. Kalau jatuh kang, Mummy pujuk lah. Paling horror, panjat tangga. Paling kesukaan, panjat Mummy ngan Babah!



Pada Tuhan, aku mohon diberi kesempatan dan dipermudahkan menjaga Rayyan sebaiknya. Pada Tuhan, aku pinta Rayyan diberi kesihatan dan membesar dengan sempurna. Pada Tuhan, aku tahajjud moga Rayyan menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada Mummy, Babah dan keluarga serta berjasa kepada bangsa dan agamanya. Amin.



Diberi peluang menjadi Mummy kepada Harrez Rayyan adalah momen maha indah dan pengalaman maha hebat yang pernah aku rasa.





Happy 6 months, my son my sunshine!




Wednesday, October 26, 2011

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul.



Eh eh, baju comel anak bujang mana pulak ni?=)


Rancangan asal, nak buat majlis Aqiqah dan Potong Jambul Harrez Rayyan dalam hujung bulan Julai, dua tiga minggu lepas aku habis pantang. Abah suruh buat kat rumah aku tuh. Yelah, boleh buat kenduri kesyukuran masuk rumah sekali. Maklumlah, masuk rumah harituh pun baca doa sendiri-sendiri je. Tapi, Hayrel tak confident. Takut takde orang datang. Takut yang datang kang jiran sebelah rumah kanan kiri dengan kawan-kawan aku jek. Maklumlah, belum berkenalan dengan jiran tetangga sangat. Walau dah duduk hampir setengah tahun. Hehe.

Sudahnya, majlis Aqiqah drag ke September, waktu orang tengah mood hari raya. Kat mana? Tentulah kat rumah mak abah aku. Tunggulah majlis kahwin Rayyan kang, baru buat kat rumah kami kot. Err, ke masa tu nak buat kat Concorde Shah Alam. Chait!

Malas nak cerita panjang, jom usha gambar-gambar sekitar majlis.

Ops, nak cerita sikit. Untuk pelamin berendoi, aku masih menggunakan perkhidmatan bridal boutique aku dulu, Seridelima. Kat Johor ni, tak banyak choice. Kalau lah jadik buat kat Shah Alam hari tu, memang aku ambik pakej Aqiqah dari TheWeddingFairies. Sangat suka dengan deco dia okeyyy. Pertama kali nampak masa majlis Aqiqah Sazzy Falak. Wah, mak perasan artis nok. =)

Diorang pun ada caterer sendiri, kalau tak silap. Aku dah ber-email-email jugak dengan this team nih. Tapi, apa nak buat.

Caterer pulak aku guna khidmat Pakcik Salim. Memang terbaik ar kambing black paper dia! Family aku memang dah biasa dengan khidmat Pakcik Salim nih. Majlis kahwin dulu pun, Abah ambik dengan dia. Sedap, mudah, murah dan tak berkira sangat. Waaa, teringat plak Beriyani Ayam Merah dia!

Err, Pakcik Salim takde blog la weh.

Dah, jom layan gambar.






Dais yang di idam-idamkan. Thanks Kak Lydia for the beautiful job!



Bunga Pohor by Iezai Cenderahati.
Last minute order. Tulah, confident je yang Kak Ena WishingFavours boleh buat. =(


The souvenir.

Yaasin, Chocolate Bar, Gift Box by Wishing Favours.

Paper beg? Rembat kakak aku punya. Hehe.
Merata carik blogger jual paper bag.
Tak jumpa yang berkenan. Dok bertangguh, tahu-tahu dah tak sempat.


The Gift Box. Dalam dia aku letak pelbagai gula-gula dan coklat.
Aku suka sangat kot dengan this Box.


The chocolate bar. Yeay!


Yaasin. Haruslah mengikut warna tema.

Pink and Turquoise!

Thanks Kak Ena from WishingFavours.
Of course, I will order with you again for my next event, sis!

Masih kempunan dengan bunga pohor dia. =(
Cantik wo. Korang bolehlah order.


Apalah pengantin ni, ngences pulak. Haha!

Fhotographer from Encik Opie.

Demi nak menjaga mood budak kicik nih,
Opie the photographer snap-snap gambar Rayyan sebelum majlis.





Rayyan memang suka bergambar!
New talent that Mummy can smell it.

Dan,

Majlis pun berlangsung.




The kumpulan Marhaban.



Wah, menyangap.


Dalam buaian pun sibuk nak main.




Nenek dan Tok Mak.







Kemain galak dia ketawa, kan?
Nak tahu kenapa?
Kat depan tuh, kemain ramai anak dara yang dok mengagah.
Tu yang galak semacam. haih.







Mummy nak frame gambar ni.




..THE 3 OF US..



Kan?

Memang suka camwhoring, kan?

Okey, nanti Mummy hantar casting memana iklan. heh.

MUMMY LOVE THIS PICTURE DAMN MUCH!

Okey, gambar kedua yang akan di frame.


Rayyan with the cousins.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Terima Kasih kepada semua yang membantu dan datang memeriahkan majlis.
Terutamanya kat Mak, Hajjah Bahriah ngan Abah, Hj Selamat.
Kerana mensponsor place. Ewah.

* Of couse la, akan frame gambar di atas nih!!!


Mummy and Babah love u to bits and pieces, Harrez Rayyan!