Wednesday, July 27, 2011

Ki Ki Bah!









Cak!




Mak kata, aku terlebih makan kalsium masa pregnant dulu. Sebabnya, Rayyan seusia 2 hari sudah pandai angkat kepala. Sekarang ni dah 2 bulan lagilah, makin tinggi menjengah. Siap angkat-angkat kening pulak. Tambah-tambah masa nak mandi, Rayyan suka lonjak-lonjak kaki nak berdiri. Memang macam tu dia sejak dari pantang dulu. Betullah. Memang terlebih kalsium.





Alhamdulillah. Setakat hari dan waktu ini, Rayyan mudah dijaga. Hanya menangis bila lapar susu. Poo poo pun kadang-kadang dia hentam tidur. Anak siapala tu kan? Tak tahulah pulak bila dah besar nanti macamana. =)





Buat masa sekarang, adik aku yang tengah cuti sem tolong jaga Rayyan. Sementara waktu, sampailah dia sambung kuliah bulan September nanti. Jadi, kehidupan aku masih terurus lagilah. Mata pun belum jadik mata Zombie sebab Rayyan cuma bangun sekali je mintak susu. Sebab dia dah dok gelak-gelak dan dah bantai minum susu lebih 20 oz sebelah siang dari pukul 6 pagi ke 6 petang kot. Tu yang malam lepak, lena semedang sampai ngences mengalahkan babahnya.





Tapi sekarang, handbag aku pergi kerja dah bertukar jadik brand cap Medela. Siap berisi pam dan cooler. Tiada lagi "Oh my LV" waima "Oh my Gucci". Memula dulu, gagahkan diri jugaklah dengan sebelah kanan handbag, sebelah kiri cap Medela. Kena gelak ngan Hayrel. Maklumlah, aku pergi kerja mengejar LRT sardin. Hodoh katanya dah macam hape kiri kanan penuh barang. Ditambah dengan fizikal diri yang ada lemak sana sini tinggallan peristiwa beranak tempohari. Memang tak hot. Ceh!





Tak dapat aku bayangkan kehidupan aku selepas September nanti. Dah kena bangun pagi-pagi buta. Eh, pagi buta ke? Sekarang pun dah bangun pagi buta hapa. Maknanya, kalau nak kena bangun lagi awal dari sekarang, dah jadik bangun pagi-pagi buta serta rabun rabak teruk.




Pergh!



pagi betul tuh.




Yelah, sekarang ni dah bangun pagi-pagi buta pun, masa yang ada masih ngam-ngam-choi. Mana nak tukar pampers, menyusukan Rayyan, pam sambil tersengguk, mandi, solat, bersiap- make-up-lilit-tudung dan masukkan pam ngan cooler dalam beg lagi. Selepas September, pakej tersebut akan bertambah pulak dengan siapkan bekalan stok susu Rayyan ke nurseri serta siap-siap meng'ensem'kan beliau.




Belum melaluinya seratus peratus pun aku dah terasa penatnya.




Ingat sebelum pergi kerja je penat? Balik kerja lagi pulak. Letak beg, tak sempat duduk dah kena singsing lengan. Masak. Takkan nak makan luar hari-hari kot. Mahu obes aku anak beranak. Lepas makan, mesti nak kemas-kemas dapur lap-lap kitchen kabinet kesayangan kan?





Mujurlah Hayrel sudi basuh baju, lipat baju, kemas rumah, sapu laman dan sebagainya. hehe. Kalau tidak, mahu mati kejung. Boleh pengsan nok!




Ish, tak boleh aku bayangkan kehidupan selepas September. Bukan jadik Zombie lagi, mahu bertukar jadik Vampire. Siap tumbuh taring berlapis-lapis.





Jadual harian hidup memang 100% akan berubahlah.




Itu belum Rayyan dah makan solid food nanti. Memang aku tido 4 jam je sehari kot. Mak aih!




Jangan sampai aku hire maid kang. Suka laki aku. Bluek!




Tapi,



demi wajah kesayangan hamba ini.




.












.












.












.












.










Yang masih boleh maintain kontrol comel walau topi dah separuh muka.



Mak ko ni akan gagahkan jugak nak oi!

(Duduk terkangkang kaki tak boleh tegak, sebab seluar dah fit.
Baju setahun kot. Saje nak suruh Mummy dok shopping baju Gap sokmo kan.)