Saturday, July 27, 2013

Satu Tahun di Hong Kong



Kah kah kah. Dah nak 8 tahun kot aku baru nak sambung cerita pergi Hong Kong. Apa mahu buat, busy sokmo.
.

.


Cerita pun bersambung......

Lepas dah menjelma jadik kanak-kanak riang di Disneyland, kami sambung perjalanan ke Bandaraya Hong Kong. Sebab penat sangat nak bawak badan, dengan selamba aku menahan teksi terus menuju ke pintu Mira Hotel di Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Malas dah nak pikir. Otak cuma nampak shower dan katil je masa tu. Ok, for those yang nak naik train comel lotey dari Disneyland, boleh ikut this route:

Disneyland - Sunny Bay Station - Lai King - Tsim Sha Tsui (TST) (Exit B1/B2).

Kalau ikut itinerary, malam tu sepatutnya kami sambung berjimba naik Star Ferry's Harbor Tour di Avenue of Stars. Sebab dah terlepas pukul 8 nak tengok Symphony of Light dan masing-masing dah terbongkang kena demam Mickey, acara ditukar kepada aktiviti membeli belah di Ladies Market. Yahoooo!




Did you see "enam = seratus"? Takkan Bahasa Melayu hilang di dunia.
Yang best, tengah sibuk-sibuk usha tshirt, kami ditegur oleh sekumpulan Chinese Malaysia. Malaysia kah? Im from Ampang. Dah kata peramah, terus aku borak panjang. Sweet je uncle tu. Hihi.





Macamana nak ke Ladies Market?
Ikut Sini: East Tsim Sha Tsui – Mongkok Station (dah sampai, jalan sikit and take Exit D3/E2). Ladies Market ni along Tung Choi Street.




Esoknya, pagi-pagi hari dah bangun bersiap. Lepas makan nasi berlaukkan kari ayam dan serunding daging, dengan bertenaganya kitorang menuju ke Stanley Market.

Stanley Market ni jauh sikit tapi sebab pemandangan kanan-kiri sangat cantik, terus tak rasa jauh. Dari Tsim Sha Tsui, korang boleh ke MTR Hong Kong Station dan carik Exit D. Lepas tu ambik bus 6, 6A, 6X, 66 or 260 from Central Bus Terminus-Exchange Square to Stanley.


Tadaaaaaaa. 
Inilah Stanley Market. Kalau nak beli painting murah-murah, inilah tempatnya.


Bertentangan dengan paintai, suasana di sini memang mendamaikan. Difahamkan, selalu je artis-artis Hong Kong berlakon kat sini. Tu kat atas tu, diorang tengah acting la tu. Nasib baik aku tak kena offer jadik pelakon extra.




Yeah, the next destination is Victoria Peak! Easy peasy je nak ke sini.

Dari Stanley, take the same bus to Central Exchange Square Bus Terminal. Rasanya, sebelum sampai bus terminal, bus akan lalu MTR Hong Kong/Central dulu, so better turun dan carik Exit J2. Lepas tu walk through Chater Garden menuju ke Garden Road Peak Tram Terminus.



Alolo. Time ni dia cenonet baru genap setahun. Birthday boy. Kemain lasak lari lintang pukang dekat MTR.



Muka penat baru sampai The Peak.




Inilah yang dinanti-nantikan.
Nak tunggu jejak Madame Tussauds London entah tahun bila, so kita enjoy dekat Hong Kong dulu.



Dengan semua perempuan kat dalam tu diajak bergambor. Suami siapalah tu kan. Dasar mata keranjang. Dush!
See see. Suka-suka hati je cium bini orang.


                                                       Takpelah, I peluk abang Pitt je. Cool!



Makan hati uols!


Sama tinggi, sama cantik. *sila nangis*


Fuhhh, puas hati aku dapat tumbuk Bush!



Ni pemandangan kat atas. The Sky Terrace. Nampak satu Bandaraya Hong Kong. Cantik wo. Yelah, tempat tinggi, mestilah berkabus dan berangin lagi mendamaikan.

Oh ye, dinasihatkan beli tiket Combo masa nak masuk tadi. Lebih jimat.

Nak balik pulak, boleh ambik sightseeing bus 15C to MTR Central semula. Ish, kalau teringat bas 15C ni, mesti teringat skrew stroller Rayyan hilang. Kesian Hayrel patah balik carik jalan kaki hokey. Mujur Allah tolong, jumpa jugak walau skrew tu kecik secoet. Kalau hilang, dengan stroller-stroller tak boleh pakai dah.

Ha, kat The Sky Terrance ni jugak kitorang dengan selamba bentang sejadah solat jamak Zuhur dan Asar. Confuse apek-apek yang lalu lalang tu tengok. Dah rasa tu tempat paling tertutup dah. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa aku doa banyak-banyak mohon hindar jangan kena tangkap. Hihi.

Oh ye, kat sini ada restoren jugak. Bubba Gump pun ada.


Malam tu, dengan berpeluh ketiak turun je dari The Peak kami terus tuju Avenue of Stars, tak sabar nak tengok Symphony of Light.




Rayyan macam ulat. Susah betul nak diajak bergambar secara sopan. Tengoklah tu, dengan riang-rianya dia berlari konon-konon macam semua orang nak kejar dia.

Tak sah kalau ke Hong Kong tak ke Avenue of Stars ni. Rugi sangat kalau terlepas peluang tengok Symphony of Light, mercutanda kebanggaan rakyat Hong Kong.

Avenue of Star sangat dekat dengan area Tsim Sha Tsui. Jalan kaki sahaja dari Tsim Sha Tsui Station, carik Exit J kemudian Exit J4. Keluar je dari J4, belok kiri dan jalan sikit, Avenua of Star terletak di belakang Sogo Mall.


Untuk shopping pulak, memang aku dah peruntukkan satu hari suntuk iaitu hari terakhir kami di Hong Kong. CityGate Hong Kong memang sorga! Hampir kesemua branded item ada dijual kat sini. Kemain suka aku shopping Ralph Lauren. Murah sangat weh. T-shirt kalau kat sini harga jejak 500 hingga 600, kat sini dalam 200 sahaja. Senyum sampai telinga. Hihihi.




CItyGate ni dah dekat sangat dengan airport. Sebab tu sangat digalakkan pergi sini sebelum pulang ke tanah air. Risau pasal luggage yang besar? Jangan risau. Kat sini ada disediakan locker simpanan beg yang memang besar. Err, of course la bukan percuma kan. Nothing free in Hong Kong!

Memandangkan aku malas nak mengangkut all the luggage dengan stroller bagai dari hotel naik MRT, kami naik teksi sahaja direct from hotel to CityGate. Dalam RM180 jugaklah kena paw. Huhu. Kalau berkeras jugak nak naik MRT, boleh ikut laluan ini: TST Station - Lai King on the Tsuen Wan Line. At Lai King, change to Tung Chung Line and travelled 3 stops to Tung Chung. Lepas tu keluar dari Exit C dan cari CityGate. Penat sikit lah berjalan.

Dari CityGate ke Airport pulak, naik Bus A21. Aku macam biasa lah, tahan teksi. Maklumlah, Rayyan masa tu masih baby. Ececeh, guna Rayyan sebagai alasan.

*Tips: Siap sedia satu luggage kosong untuk barang-barang shopping. Senang, tak payah ko nak punggah balik sambil nak kejar masa ke airport. Tapi, haruslah bukak segala tag harga macam biasa. Bukan apa, takut-takut kena tax pulak nanti.





Ada impian nak pergi lagi. Nak sambung shopping. Hehe. Banyak tempat tak sempat pergi katanya. Heritage pun tak sempat jejak.

Till we meet again Hong Kong!