Tuesday, April 29, 2014

Tips & Tricks London: London Bridge is Falling Down.



Gigih. Tak kira walau macamana busy sekalipun, beriya aku usahakan jugak nak update dalam blog lapuk aku ni perihal percutian kami sekeluarga kali ini. Bertahun berangan kot. Haruslah update kan. Buat kenangan dan rujukan akan datang. Mana tahu nak pi lagi sekali, dua kali. Eh? Mmm akhirnya sampai jugak jejak kami sekeluarga. Dalam tak menang tangan sibuk dengan kerja office dan tugasan mummy seharian, sempat aku curi-curi masa plan, susun jadual percutian 15hari 13malam kami ke 4 negara Eropah Tengah.

Sebenarnya, lepas bulan madu ke Korea dalam tahun 2010, aku dah berangan nak jelajah Europe. Tapi, lepas tu sibuk dengan pindah rumah baru, dapat baby pertama, beli handbag baru, eh macam-macam lah, maka kita dahulukan mana yang utama dulu kaedahnya. Sehinggalah Sept tahun lepas, aku cakap dalam hati, "eh, tak boleh jadik ni dok bertangguh je," maka mak terus surf website emirates dik non. Dan dah kata rezeki, dapat return flight tiket dengan harga berbaloi-baloi, RM2255 seorang. Jackpot! Booking time-time tu jugak. Kos lain belakang cerita.

Maka, mari kita mulakan kembara kita ke negara pertama Eropah Tengah, London ibu negara United Kingdom.


Ayuh!


Flight kami adalah pada pagi hari Jumaat. Seperti sedia maklum, penerbangan Emirates memang akan transit di Dubai, UAE, pusat pangkalan operasi mereka. Sengaja aku pilih penerbangan dengan tempoh transit yang agak lama. 13 jam. Sambil menyelam minum air kata orang. 


Kami sampai di Dubai Airport pada pukul 1.30 tengahari waktu tempatan. Penerbangan seterusnya ke London hanya akan berlaku pada pukul 2.00 pagi. Apalagi, memang kami gunakan masa yang ada dengan sebaiknya melawat negara padang pasir yang moden itu. Ya habibi!



Keluar dari airport, tanpa membuang masa terus beli tiket, ambik metro yang penuh dengan rakyat Bangla dan India menuju ke Dubai Mall. Dubai Mall ni macam Pavilion kot tapi lagi happening. Sebab masa aku sampai tu ramai sangat orang. Ramai lah pak-pak arab yang berjubah dan berserban lengkap. Handsome. Hot pulak aku tengok diorang dengan jubah bagai tu. Terserlah maskulinnya gittew. Haha. Aku memang ada masalah dengan lelaki berjubah atau berkain pelikat okey. Selalu terpikat. *mohon suami tak stalk blog ni*

Kat sini jugak lah terletaknya akuarium besar macam kat Aquaria KLCC nun tapi lagi cantik lah, of course. Yang best, boleh tengok akuarium besar dari luar je tanpa membeli tiket. Jimat. Hihihi.





Burj Khalifah. Nak ke sini, stop di station yang sama dengan Dubai Mall.

Ikut itinerary seterusnya, kami sepatutnya ke Mall of Emirates yang ada ski tu. Tapi, kami terus ke Palm Jumeirah sebab nak kejarkan masa takut dah gelap pulak nanti bila sampai. Maka, naik lah kami teksi Pak Arab yang sudah pusing keliling bawak kami ke Palm Jumeirah hingga ke hujung area Hotel Atlantis. Sampai-sampai eh mana Burj Al-Arab. Takde punggg. Rasanya aku dah penat explain dalam teksi tadi. Kena pusinggg u-turn balik uols! Dan meter pun double la kan kaedahnya. Baik-baik 50 dirham dah jadik 100 dirham ko charge aku kan. Cis!




Ini lah Palm Jumeirah yang berlatar belakangkan Burj Al-Arab. Pantai awam untuk rakyat Dubai bermandi-mandi di hari minggu. Pemandangan memang sangat cantik. Dan melepak lah kami di sini anak beranak. Bila hari dah semakin gelap, lebih kurang lepas maghrib macam tu, kami pun menahan teksi dengan penuh bergaya ke Dubai Mall semula untuk makan mengisi perut yang kebuluran.


This is lovely selfie of Babah and Rayyan at foodcourt with love.



Posing dulu sementara mummy shopping souvenir.

Lepas dah kenyang makan di foodcourt Dubai Mall dan cuci-cuci mata, kami ke Dubai Aiport semula. Memang agak hazab jugaklah nak menunggu sampai ke waktu boarding. Tapi dua-dua hero aku dah selamat berdengkur. Mummy je stay up jaga beg katanya.


Perjalanan dari Dubai ke London Heathrow lebih kurang 6 jam setengah. Kami sampai di LHR lebih kurang 6.20 pagi. Syukur Rayyan sangat behave. Cuma part nak kena fasten seat belt je la ada adegan pujuk-memujuk-lepas tu-kena-marah. Hehe. Membuta sepanjang perjalanan. Awal-awal je dia layan movie Frozen gittew lepas tu hanyut dibuai mimpi.



Banyak options dari LHR nak ke hotel kami di Paddington. Samaada naik Heathrow Ekspress yang mahal atau pilih Heathrow Connect yang agak murah sedikit, GBP9 seorang. Kalau nak lagi murah naik tube tapi kena bertukar beberapa lines lah.

Kat sini kami ada cerita nak dikongsi....

Tak sampai 5 minit keluar dari arrival hall, kami disapa Pakistani yang menawar perkhidmatan teksi. Sebelum tu memang dah bincang dengan Hayrel, tapi niat di hati cuma nak survvey harga dulu. Tapi entah macamana kami ikut je Pakistan tu naik lif sampai ke parking. Mungkin sebab dah teruja dengar harga GBP58 dan dengan confident dia akan turunkan harga lagi lepas aku ugut dengan muka serius, "Give me the best price." Waktu ni aku ngan Hayrel memang dah dapat agak yang dia bukan legal cab. Senang cerita Pakistan ni kereta sapu la kalau kat Malaysia. Sebab aku dah penat, kepala angguk dulu baru otak kata setuju. Masa ni Rayyan ada sikit nak mengamuk, "Ayyan tak nak naik car, Ayyan nak train, mummyyyyy."
Alahai anak.

So, sepanjang perjalanan, si Pakistan ni sibuk la bercerita tentang black cab dan kos hidup kat London yang sangat tinggi. "My price cheaper, black cab double you know bla bla. Very expensive city, they impose high tax to the people bla bla." Aku pun layanlah dan pura-pura pernah sampai ke London dua tiga kali sebelum ni. Hihihi.

Perjalanan dari LHR ke Paddington dalam 40 minit. Agak jauh jugak. Err senang kata dari LHR ke city center memang agak jauh.

Berbalik kepada Pakistan tadi. Tup-tup sampai je Easy Hotel Paddington, dia kata tambang teksi anda ialah GBP78.  Sebab dia kata tambahan GBP20 tu charge parking yang terpaksa dia bayar dan aku pulak kena tanggung. What the fish sangat kan. Hayrel tak puas hati. Aku nak naik angin juga tapi malas nak potong mood. Baru sampai kot. Lepas nego-nego sikit, dia kurangkan lah jugak. GBP75. Puiiii!

Nak check in, bilik pulak takde kosong. Jadik kami decided to keep the luggage at the hotel dan jalan-jalan kat area berdekatan dulu. Alhamdulllah, rezeki kami masa tengah sibuk-sibuk tengok map, staff hotel yang baik hati tu panggil balik sebab diorang dah siap kemas bilik untuk kami check-in. Apalagi, berdesup masuk balik tak sabar nak mandi and take nap!

Easyhotel ni antara yang termurah aku dapat. RM1200 untuk tiga malam, direct booking kat easyhotel website. Ini je yang kami mampu dan malas nak pikir dah. Tapi, bilik agak kecik dan jangan harap ada facility sebuah hotel seperti kettle dan sebagainya ye. Serba basic. Tapi bab kebersihan, aku bagi lapan bintang. Oh ye, early check dikenakan charge lain sebanyak GBP15 dan luggage storage ada charge lain lagi ye. Boleh rujuk details di website mereka.

Memandangkan aku dah beli tiket hop on hop off with Big Bus Tour for that day, kami kuatkan semangat bersiap keluar. Tak payah beriya pi London kalau takat nak sambung tidur kat hotel kannn!

Keluar je dari pintu keluar Easy Hotel Paddington, kami anak beranak cross the road and jalan straight to the main road nak naik bas double decker di bumi bekas penjajah, London. Dan kat tepi, on your right tu je pun bus stop BigBus Tour dah sedia tunggu nak ambik penumpang. Ada banyak company bas yang menawarkan perkhidmatan bas double decker ni, tapi aku pilih BigBus Tour memandangkan company ni ada pitstop yang sangat dekat dengan hotel kami menginap. Dan berdasarkan review, memang superbrand. Ramai yang bagi seploh bintang katanye. Nah click here to buy your ticket. Beli online ye, tersangat lah murah anak-anak berbanding offline.




Ok, Rayyan tersangatlah jakunnya. Naik bas memang one of his dream. So, mulut yang memang dah sedia kepoh tu memang macam murai tercabut ekor lah. Naik-naik bas je dia dah tak cukup kaki kelam kabut "Mummy, duduk atas jommmm." Bila dah naik atas apalagi, "Wahhh, bestnyaaa. Kuatnyaaa angin." Haha. Lantak. Mat Salleh tu semua bukan paham.





Pitsop kami yang pertama, berhenti kat Tower of London. 
Dari sini, jalan tak sampai lima langkah dah terpampang Tower Bridge.




Memang impian jadik kenyataan. For me, if London is painting, Tower Bridge is the watercolor. Kira kalau dah sampai area sini ko macam, weh aku dah sampai London la weh! Haaa macam tu lah. Kalau tak sampai area sini lagi, memang kena repeat dik nonnn.

Kat sini jugak Rayyan beriya penuh perasaan nyanyi, "lalalala poling dong poling dong..lalalala poling dong!" Ikut suka kau la nak, asal bahagia.




Lepas dah puas tergedik posing berlatarbelakangkan Tower Bridge, kami beratur naik cruise pulak. 
Tiket cruise memang dapat free bila ko beli tiket hop on hop off tadi.


Orang lain sibuk menghayati pemandangan dan building, hero kenteng sibuk menghayati aiskrim. 
Diam dan sangat behave.



Eye of London. Yeay!
Menghirup udara yang sama dengan Tengku Adam Kamil. Kikiki




Big Ben, Red Double Decker and Black Cab. Soooo London!



Lepas penat tawaf tengok dengan mata kepala sendiri Tower Bridge, London Bridge, Eye of London, Big Ben bagai, kami bergerak carik kelibat BigBus. Niat di hati nak ke Buckingham Palace ngan Trafalgar Square tapi petang macam dah nak ke penghujungnya, keputusan ke Hyde Park telah dibuat sebulat suara.

Hyde Park memang terbaik! Nyaman tenang jeee. I loike! Doploh bintang!




Rayyan memang happy sangat-sangat kat area lake ni. Mengekek-ngekek dia ketawa kejar burung merpati. Aku pulak terus rasa nak interview kerja duduk menetap kat sini. Haha. Hover!

Lama jugak kami melepak kat Hyde Park. Duduk-duduk posing ambik gambar. Park yang sangat-sangat best untuk cycling, strolling dengan kawan-kawan dan famili. Local kat sini rilek je duduk minum air gelak-gelak kat atas rumput. Very the mat salleh kan.

Bila tenaga macam dah nak habis, kami pun bergerak meninggalkan Hyde Park dengan impian nak duduk London sebab petang-petang boleh strolling dengan Rayyan kat Hyde Park. Gittew. Kami jalan kaki je balik ke hotel. Nasib aku ada pembaca map bergerak kan. Memang tak akan sesat!


Hari kedua, seawal pukul 8 pagi kami dah bergerak keluar hotel nak ke Bicester Village (sebutan local is Bister Village), outlet terkenal untuk barang-barang berjenama yang terletak agak jauh dari city of London. Tempat yang not good for your pocket.



Nak ke Bicester Village ni, kami pilih perkhidmatan Chiltern Railway dari Station Marylebone.

Dari Paddington Station, ambik Bakerloo Line dan straight from Paddington - Edgware Road - Marylebone. Terpinga-pinga jugak kami carik kaunter ngan machine nak beli Oyster Tiket kat Paddington Station yang agak besar ini. Rupanya, tube station mereka dan segala kaunter beli tiket adalah terletak kat tingkat bawah. Dah namanya underground tube kannnn. Sengal!

Aku beli tiket Chiltern ni pun online at here. Return ticket dari Marylebone ke Bicester North termasuk shuttle ke Bicester Village segala siap, kami dapat GBP64 untuk 2 orang dewasa. Berita baik, kanak-kanak bawah 5 tahun adalah percuma. Konsep online memang murah berbanding offline ye. Ko print transaction and redeem the ticket kat machine at Station Marylebone ni. Very the easy. Masa beli tiket, memang ada tick time semua, tapi bila kami naik takde pun kena ikut time train ni. Belasah je la. Dan jangan lupa tengok details train siap-siap. Kadang-kadang dari Marylebone dia tak straight ke Bicester North, dia singgah kat Risborough dulu pastu kena naik bas ke Bicester North pulak. Dua kali naik bas la maknanya. Ada lambat sikit itu maciam.



Yeay, shopping till you drop.



Overall, Bicester Villlage is okay. Tak mengujakan sangat dan tak mendukacitakan. Aku borong baju raya untuk Rayyan je la kat sini. Handbag untuk bonda tercinta juga. Rezeki mak. 
Handbag aku tak boleh beli kat sini. Pantang larang katanye. Hihihi.


Laki ai kalau nampak basikal memang macam nampak emas Habib Jewel ye uols. Ntah berapa kali snap ntah pose kat sini sebab nak puas kan hati dia. Layan!

Kat Bicester Village ni kalau ikutkan kena 3 hari 2 malam baru siap belek, tapi kami tinggalkan Bicester lebih kurang pukul 2 petang. Itupun sebab dah lapar. Sampai-sampai Paddington, carik kedai Arab halal belasah Shawana dengan kebab seround pastu balik hotel berehat sebentar.

Dan gigih lepas tu tolak stroller jalan-jalan bandaraya London.




Keluar station tube je, belok kiri nampak Harrods. Yeay!  Couple belakang tu sibuk berkissing-kissing pulak dia. Haip!

Nak ke sini, dari Paddington take the Circle Line, change train kat Gloucester Road to the Piccadily Line, and leave the train at Knightsbridge. (Paddington - Bayswater - Notting Hill Gate - High Street Kensigton - Gloucester Road change train - South Kensington - Knightsbridge)

Dari Harrod, kami berjalan berpimpinan tangan ke Oxford Circus. Gittew. Nak ride the train pun boleh. Dari Knightsbridge Station, follow Piccadilly Line dan tukar train at Green Park to the Victoria Line, and leave the train at Oxford Circus (Knightsbridge - Hyde Park Corner - Green Park change train - Green Park - Oxford Circus). Tapi kami jalan kaki sahaja sebab malas nak angkat stroller naik turun tangga.

Notakaki, waktu perniagaan di London pada hari Ahad adalah sehingga pukul 6 petang sahaja ye. Plan your itinerary wisely.




Memang tak puas ukur jalan kat London ni sebab masa sangat singkat, semua tempat nak hinggap, jadual sangat padat. Makanya, kami tanam niat dalam-dalam moga Tuhan murah rezeki dan permudah dapat pergi sini lagi. Hoyeh hoyeh.


Hari Ketiga, kami terjah bumi Manchester pula.

Masa prepare itineray, kami suami isteri sebenarnya dah dalam dilema. Ke Stonehenge kami nak, ke Manchseter juga kami mahu. Tapi, tak boleh pergi dua-dua. Sebab keduanya jauh. Setelah undian dibuat di saat akhir, pemenangnya ialah Manchester.
Point kedua untuk mesti datang ke London lagi. Sebab tak pergi Stonehenge lagi. Hoyeh hoyeh. Tepuk tepuk!

Dari Paddington, kami perlu ke Euston Station. Take the Circle Line at Paddington, change train at Kings Cross St Pancras to the Victoria Line and leave the train at Euston. Secara ringkasnya adalah begini: Edgware Road - Baker Street - Great Portland Street - Euston Square - King Cross St Pancras Change Train - King Cross - Euston.

Err Euston Square dan Euston adalah dua station berbeza ye anak-anak.


Ni masa kat Euston station nak kill the waiting time for our train. Kami sampai awal. Pukul 8 pagi dah terpacak walau tiket kami hanya pada pukul 10.40 pagi. Sampai dah semua lagu Rayyan habis nyanyi.


Ni pulak dalam Virgin Train dari London ke Manchester. Macam biasa, beli tiket online di sini. Beli online masa ada offer adalah murah sekitar GBP12.90 sahaja. If not, ambik ko GBP90. Gila.

Alternatif lain, naik bas. Tapi 5 jam la baru sampai bergantung pada trafik.

Sampai Manchseter Piccadily, blur sekejap sebab aku lupa carik info cara nak ke Old Trafford. Info yang aku ada hanya berbunyi 'naik tram'. Kikiki. Maka, Hayrel lah yang kena bertindak kan. Nasib diorang bagi 15 minit percuma untuk surf internet.

Tram terletak kat level bawah station. Beli tiket kat machine yang tersedia, pilih Old Trafford (laluan Altrinchan) kalau korang nak ke stadium Manchester United macam kami. Easy. Bak kata Rayyan, "senang je ni."




Rayyan menikmati muffin hasil dari penge'paw'an di Rasta Coffee.

Keluar dari station tram, jalan straight jeeeeeeee. Confirm korang akan jumpa Stadium Manchester Untited.

Oh ye, kami beli juga Museum & Stadium Tour. Dah kata peminat tegar MU kan. Err tapi aku cuma kenal Chicharito je, camno?




Ha, ambik. Memang gambar kat sini paling banyak tak terkata.


Kemuncak tour ni ialah apabila dapat masuk ke Dressing Room player MU.



Rayyan kata, nanti dia nak main football kat padang dengan kawan-kawan. 
Err dengan teacher kesayangan dia juga dia kata. Haih.

Babah memang orang paling gembira. Hehe.


Mummy lagi gembira sebab dapat laga bahu dengan Chicharito. Bhahaha.



Acara trademark yang dah jadik jatuh wajib kalau ke sini. We are family. 
Botol susu adalah sangat photo-boomed ye Rayyan.


Bakal pemain MU. Kena expose dari kecik


 Ayyan dan Babah tengah lawan tangan. Babah kena kalah, paham?



We love this photo.



Bakal menggegarkan dunia MU.



Sekitar bandar Manchester yang kecik dan aman je. Manchester ni rasanya hidup sebab ada kelab Manchester United je pada pandangan aku. If not, memang orang tak kenal, kot. Oh ye, katanya ramai orang Malaysia kat sini. Rata-ratanya student la. Pesanan penaja pulak kata, bila sampai sini nak makan, singgahlah di Jazeera. Restoran makanan halal Arab yang sangat sedap.


Manchester di tinggalkan dengan seribu kenangan. Kami pulang menuju ke Paddington tepat pukul 7.17 petang dan sampai di hotel around 9 pm terus packing luggage siap-siap. Sebab kami kena bangun seawal pukul 3 pagi esoknya.

Sebelum naik bilik, kami dah mintak tolong receptionist hotel book teksi pukul 4 pagi ke Bus Stop Gloucester Place. Kena charged GBP20 untuk jarak yang tak sampai 20 minit. Dari situ nanti, kami ke Luton Airport dengan EasyBus pukul 4.30 pagi untuk menuju ke destinasi seterusnya. Macam biasa, tiket bas dah beli online. Print sahaja tiketnya. Rasa nak mandi dan bersiap terus. Memang aku tidur-tidur ayam kot malam tu. Takut terlajak tak boleh bangun.

Pada aku, London memang sangat sangat dekat dengan Malaysian. Among the safest city in the world.
We superlove London. Kotanya bersih, public transportnya superb, orang-orangnya cantik-cantik dan handsome-handsome masyaallah. Hehe. Tu yang rasa nak mintak kerja interview kat Shell tu. Eh? Tetiba sangat kan.

Definitely will come again London!


p/s: Banyak jugak spot dalam itinerary yang terpaksa skip sebab tak sempat antaranya Camden Market. Melepas nak makan atas scooter uols. Waaaaa!