Dari Jun 2009 ditunda ke November 2009 dan hingga membawa ke Mac 2010.
Dari negara rakyat bermata biru bertukar ke negara jelata bermata sepet.
Dari menu hotdog and cheese ke selera kimchi.
Dari ocean country ke negara winter sonata.
Akhirnya, Matta Fair menemukan jalan kami ke negara cantik dan bersih, Korea Selatan. Selain punca H1N1 nak ke Aussie masa tuh, Jeju merupakan sebab musabab aku memilih Korea. Tengok gambar Mawi dan Ekin pun ye jugak.huhu. Kenangan Jeju aku nak simpan dulu. Masuk-masuk terus nak cerita hari ke-4 kami di sana.
31 Mac 2010 merupakan hari ke-4 aku dan hayrel di Korea.
Sebaik tiba kat Seoul Airport dari Jeju, kami terus ke Nami Island! Hoyeh, hoyeh! Nami Island is Winter Sonata! Winter Sonata is Nami Island! Walaupun aku tak follow drama Winter Sonata tuh, tapi aku tahulah tempat ni cantik. Tahu jek nak dibawa ke Nami Island, muka Kak Ti yang terbayang kat kepala aku. She's die-hard fan pakcik dan makcik Winter Sonata tuh.hehe.
Sampai je, kami terus makan tengahari di Drama Cafe. Dihidangkan dengan Bulgogi. Rupa sebelum macam nasi putih ngan telur. Tapi selepas digoncang-goncang sampai berantakan dengan menggunakan sarung tangan yang disediakan sebab bekas tu sangat panas, rupa dan keadaanya seperti di atas. Sedap! Aku suka.
Memang kat mana-mana je jumpa muka-muka diorang nih, Pakcik Jun Sang dan Makcik Choi Ji Wo.
Maka, kami pun menggedik sakan la kan. Tak cukup satu, kami gambar berdua.
Dan, walaupun hujan masa tuh, posing tetap posing. Menurut tourist guide kami yang kelakar, hujan Korea tak sama dengan Hujan Malaysia. Hujan Korea romantik. Renyai-renyai manje jek.
Ni location si hero dan heroin jalan-jalan naik basikal. Kejar-kejar sambik gelak-gelak gembira.
Ada perkhidmatan menyewa basikal kat sini. Penat aku pujuk pakcik hayrel sewa, dia tak mahu. Poyo katanya.Siot tol.Yang dia posing macam ni, tak poyo pulak.Grr.
Kalau time autumn, lagi cantik nih. Dengan daun-daun maple.Eceh.
Saki baki winter.
End of the road. Cantik sangat tempat ni. Aman jek.
Time autumn memang cantik lah, macam gambar kat belakang tuh.
L.O.V.E di mana-mana. Kata honeymOOn.Kan?
Cepat-cepat!
Mr. Park dah memekik ajak balik.
Nak ke Nami Island ni kena naik feri.
Proud to be Malaysian. Always!
Lepas kat Nami Island, kami sambung lepak kat Chuncheong Myeongdong.
Banyak deretan kedai-kedai. Berjenama dan tidak berjenama.
Awal-awal lagi Mr.Park dah sound tempat ni mahal, better shop di Seoul katanya.
Area ni pun salah satu shooting location Winter Sonata jugak.
Orang lain beli buah, aku pun nak jugak.
Buah oren pun mahal. Haih. Baru gi Korea, dah tak mampu.
Seperti yang dikata, di mana-mana gambar pakcik dan makcik berdua tuh.
Ish, kak nam sungguh.
Walaupun mahal, sempat gaklah aku merembat satu sweater Nike.
Pastilah, untuk diri sendiri.Hehe.
Setelah masing-masing rata-rata memborong buah-buahan, kami ke destinasi seterusnya, Ski Resort. Semua sibuk membuta dalam bas.
Selalunya aku pantang dapat masa terluang, mesti terlelap punya. Tapi dek kerana adrelin teruja terlebih masa tu, aku tak berapa nak tidur, menghayati dunia malam Korea kononnya. Dekat-dekat nak ke Ski Resort tu, nampaklah saki-baki salji Korea di kaki-kaki bukit. Aku memang berpuas hati betul dengan accomodation yang disediakan oleh Apple Travel & Tours nih. Di Ski Resort, kami bermalam di apartment yang lengkap dengan stove, fridge, sofa, tv, astro..err.. dan sebagainya lah.
Semua lengkap!
Tiada katil okeyyy!
Memang sengaja disuruh feel cara hidup dan cara tidur orang Korea sekali.
Cuaca memang sejuk, masa ni -2 deg.
Tapi, lantai apartment ni panas. Simen lantainya memang dibuat dari batu khas. Apa namanye ntah, dah tak ingat.
Memang selesa lah.
Lepas usha-usha pemandangan dari dalam bilik, mata pun dah tak tahan, terus membuta.
Laju jek.
.
.
.
.
.
. Dan.
Hari ke-5.
Bersamaan 1 April 2010.
Saat yang dinanti-nantikan.
.
.
.
Bermain Salji!
Hoyeh! Hoyeh!
Macam biasa, posing tak hengat.
Jakun.
Maklumlah, lama tak main salji.
Huhu.
Lepak tapi puas! Setelah muak dengan salji, kami terus check out dan ke venue seterusnya.
Strawberry Picking!!!
Yeah!
Kecik je tempatnya. Best lagi Cameron la. Hehe. Adrelin teruja makin membuak setelah diberitahu destinasi seterusnya.
Everland Theme Park!!!
Agak besar jugak theme park ni, macam Genting tapi better Everland lagi la. Kami tengok 4D, jelajah Safari, mengenali haiwan yang bernama Liger, menikmati Tulip, dan juga usha student Korea yang ramai masa tuh.
Yellow Tulip!
Castle!
Avatar Tree!
Pinky!
Tak boleh blah.
Baru sekarang aku rasa napalah aku gedik sangat tuh.
Macam masih tidak puas je lagi di Everland ni. Kurang kaw.
Disneyland Las Vegas kot baru terbaik.Aiseh.
Malam ini kami bermalan di Human Touch Villa Apartment. Terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul, berdekatan Gannam Station. Access internet di mana-mana, juga dengan percuma. Korea memang terbaik.
Setelah mandi dan kemas bagai, aku dan Hayrel keluar berdua, pusing-pusing kawasan berdekatan. Borong mug starbuck. Dan juga jakun menggunakan gadget canggih yang ada di Gannam Station. Kita boleh ambik gambar dan sent terus ke mana-mana email selain lengkap dengan GPS, wifi dan macam-macam lagi. Aku kurang faham coz takde satu pun bahasa inggeris. Kiranya mudahlah kalau faham tulisan Korea. Gannam Station ni macam BB la kalau kat KL, tapi lagi happening.
Balik bilik, kaki lenguh-lenguh, mata pun apa lagi. Hanyut.
2 Apr 2010. Hari ke-6 aku dan hayrel di Korea.
Akhirnya, dihidangkan roti nan sebagai sarapan pagi kami!
Hari ke-5 kami dibawa ke National Folk Museum.
Mempelajari cara hidup tradisional orang Korea.
Selepas itu, ke Gyeongbok Palace.
Gyeongbok Palace dan National Folk Museum ni berada di dalam satu kawasan.
Sempatlah jugak melihat opening and closing ceremony of the palace gate and guard change.
Dan guard yang gagah perkasa ni mahu bergambar dengan aku!
Haha. Well...
Kemain lagi bebudak sekolah ni. Cover dik, nampak spender!
Sup ayam dengan ginseng menu tengahari hari ini. Sebagai penambah tenaga untuk bershopping!
Sup ayam pun dah habis, hey Dongdaemun, here i come!
Memang rambang mata shopping kat Dongdaemun ni. Baju-bajunya sangat cantik-cantik!!! Walaupun mahal, aku tetap borong. Cantik punya pasal. Patutlah kalau tengok cerita Korea, awek-awek diorang baju cantik-cantik. Kat sini kot diorang shopping.Hehe.
Destinasi seterusnya, tempat shopping lagi. Ke Itaewon!
Apa-apa pun, sebelum bershopping sakan, kita solat dulu di Seoul Grand Mosque.
Kalau tak silap aku, Seoul Grand Mosque merupakan satu-satunya masjid di Korea Selatan.
Berada di kawasan bukit, masjid ini didirikan di sekitar kawasan pendatang-pendatang dari Pakistan yang ramai di situ. Ada juga kedai-kedai menjual telefon, makanan dan kedai runcit yang dipunyai oleh mereka di kawasan tersebut.
Dan, acara yang paling digemari ramai bermula!
Membeli-belah dan menjelajahi Itaewon!
Dok sibuk-sibuk cari souvenir nak dibawa balik Malaysia.
Kedai tepi jalan pun mahal.Gulp.
Glory! Glory!
Itaewon lagi besar berbanding Dongdaemun. Tapi bagi aku pilihan baju-baju lebih banyak di Dongdaemun. Lebih cantik-cantik. Sempatlah rembat crocs satu di Itaewon.
Beli souvenir je aku dah hampir nak bankrap.
3 Apr 2010. Hari ke-7 aku dan hayrel di Korea.
Itenary pertama hari ini ialah melawat Amethyst Showroom. Batu-batu berwarna ungu yang cantik setelah dibuat rantai, gelang, cincin dan seangkatan dengannya. Yang aku berkenan, semua harganya ribu-ribu. Nak bergambar pun tak dibenarkan. Oleh itu, cuci mata sajelah.
Selepas itu, kami ke Pusat Ginseng Korea. Macam-macam tentang kebaikan dan khasiat ginseng diceritakan. Selain dapat minum segelas ginseng dengan percuma. Lebih dari segelas, kena bayar la woi.
Aktiviti terakhir ialah menonton pertunjukan Jump Show!
Sementara menunggu waktu pertunjukan, sempatlah aku jalan-jalan pusing-pusing kawasan sekitar.
Memang mantap la Jump Show ni! Pertunjukan bisu tanpa suara yang menggunakan seni silat tae kwan do sebagai teknik penceritaan. Tak kering gusi di buatnya.
Ada satu lagi pertunjukan yang tak sempat ditonton, Break Out.
Dan sebagai pelengkap itenarary, Myeongdong sebagai destinasi terakhir. Juga pusat membeli-belah. Di sini, pilihan berjenama lebih menguasai. Tapi, ramainya manusia sampaikan tak nampak barang yang dijual.
Malam terakhir di Korea, aku borong broach Korea yang terkenal tuh. Macam nak pengsan aku rambang mata. Cantik-cantik, besar-besar dan murah-murah. Diorang yang kat Jalan TAR tu boleh jual berganda-ganda harganya tau. Aku pemborong broach paling banyak sekali. Maklumlah, ramai adik-beradik perempuan. Mana kawan-kawan office lagi.
Menyedari souvenir masih tidak mencukupi untuk abang-abang iparku, aku angkut hayrel ke Dongdaemun lagi malam tuh. Borong souvenir dan juga baju aku barang sehelai dua lagi. Mengabihkan Korean Won yang ada. Tapi, sampai sekarang terkilan, tak sempat nak beli lagi koleksi mug starbuck malam tuh. Sedih. Huhu.
4 Apr 2010. Hari ke-8 aku dan Hayrel di Korea.
Wah, sudah hari terakhir. Sedih, sebab dah nak balik dan kerja yang bertimbun sudah terbayang-bayang di mata. Gembira, sebab rindu makanan Malaysia!!!
Proses mentransfer gambar di perut kapal terbang!
Akhirnya, selamat sampai di KLIA, Malaysia tepat jam 5 petang waktu tempatan.