Thursday, June 30, 2011

Aloha!


Oh, bukan aku seorang yang terkena penyakit ni rupanya. Ramai lagi rakan seangkatan. Tapi, diorang lagi parah, kot. Sebab siap update luah perasaan kat FB. Penyakit boring-dah-duduk-rumah-aku-nak-jalan-jalan-makan-angin-weh!


Bukan meroyan. Juga bukan mengidam. Cuma nak jalan-jalan.


Mahu tak bosan, sejak berbadan dua sampailah sekarang, dah habis pantang pun, aku takde kemana-mana. Pergi kerja, balik kerja. Hujung minggu, kalau tak balik kampung, paling jauh pergi Giant. Pergi Sunway Pyramid. Muak. Tahun 2011 yang membosankan. Kali terakhir, pergi Phuket celebrate birthday Hayrel.


Maka, aku tatap gambar yang sama berulang kali. Memadangkan belum buat entri pasal ke Phuket dahulu, maka aku gigihkan upload gambar untuk hilangkan rasa nak berjalan yang menggila. Kesian.

ALOHA Phuket!


Pagi-pagi buta ha dah sampai airport Phuket.


Sampai je, terus tahan teksi, tunjukkan alamat hotel penginapan
yang dah ditempah awal secara online.

Sampai hotel, tanpa berlengah letak beg terus keluar carik pakej-pakej untuk aktiviti selama 3 hari 2 malam di situ. Amboi. Kemain banyak lagi pakej yang ditawarkan. Pakej naik tuk-tuk pun ada. Penat membodek kakak berbaju purple di atas, akhirnya kami pilih 2 pakej dahulu. James Bond Island Tour dan Phi Phi Island. Pakej -pakej yang lain, kena tunggu. Kena tengok masa dan keadaan. Suka. Sebab dapat harga murah dengan kakak baju purple.
Demi membalas jasa, haruslah aku potretkan gambar bersama beliau. heh.


Tak sabar-sabar, terus balik hotel tukar baju renang.
Err, tak berapa nak renang sangat lah.


Sekelip mata, kami dah berada di dalam bot pelancung ini.
Memang pantas dan tuntas!


Here we go!



Setiap pasangan, satu kayak.

Mengelilingi melihat keindahan pulau.


Awek-awek Korea pun ada.


Memang terbaik.
Cantik sangat-sangat.


Ini adalah salah satu aksi lagak ngeri.
Penat aku kempis perut, kempis hidung dan segala yang boleh kempis nak lalu bawah gua ni.


Tadaa! Akhirnya berjaya.


Tengah bersenang-lenang melayan kayak, tiba-tiba
.
.
.


dapat panggilan dari James Bond.
Tak sabar-sabar nak suruh aku dan Hayrel shoot kat sini. Haih.


Pakej ni siap sekali dengan lunch.

So, tak payah pening-pening nak carik restoren tomyam kat tengah-tengah laut tu ye.

Seharian menjelajah James Bond Island dan sekitarnya,
kami berehat makan tengahari di Fisherman Village.


Meninjau kehidupan para nelayan di Phuket.
Err, jambatan kayu tuh cuma diapungkan oleh foam sahaja.
Horror jugak aku nak lalu.


Destinasi terakhir pada hari itu, temple.
Monyet berkeliaran di mana-mana.


Aktiviti hari kedua pula,
Island hoping di owh-so-fanous Phi-Phi Island!


Kami naik bot dalam gambar tu lah.
Haruslah bersiap dengan pakaian renang ala muslimah.
Sebab aktiviti hari ini ada snorkeling. Yeah!


Singgah sebentar di Maya Beach.
Subhanallah. Memang sangat-sangat cantik pantai nih.
Kena pergi tengok dengan mata kepala sendiri aku cadangkan.
Betapa cantiknya ciptaan Tuhan.
Maya Beach ni pun destinasti popular untuk scene penggambaran filem-filem Hollywood.


Masa untuk snorkeling telah tiba!



Tapi, hidupan bawah laut di Tioman lebih indah.


Persinggahan seterusnya, Pulau Monyet.
Memang banyak monyet. Garang-garang pulak tuh.
Juga agak miang.

Err, masa ni Hayrel dah pening-pening mabuk.
Heip, tak baik buka aib suami. Hehe.

Dan,

.

.

.

Destinasi terakhir dan penuh berahi,

Phi-Phi Island!






Phi-Phi Island ni pun, kena datang sendiri.
Saksi dengan mata kepala kurniaan Ilahi.
Memang cantik tak terperi.

Selain dari lunch yang termasuk dalam pakej. Ianya juga ada menawarkan video shoot aksi-aksi kamu sepanjang satu hari suntuk menjelajah Phi-Phi Island. Tapi, kena bayar lebihlah kan. Sekitar RM130. Tiada paksaan. Secara optional, pada siapa yang mahu sahaja.

Dah nama diva, haruslah aku nak video aku dan Hayrel, kan.
Nak tengok? Silalah datang rumah. Memang cantik.

Malam terakhir di situ, kami berjalan bersiar-siar sambil naik tuk-tuk
-yang-mahal-cekik-darah di sekitar Patong Beach.
Dan membeli-belah di Bangla Road.

Kerapu masak steam asam yang paling sedap pernah aku makan setakat ni.
Lazat tak terperi sampai termimipi-mimpi la gua cakap lu.



Dah puas mengketedarah, aku laki bini pergi ke spa.
Buat rawatan menyental dan mengurut from head to toe.
Murah sangat-sangat pakej yang ditawarkan.
.
.
.

Kami menikmati keindahan Phuket pada hari terakhir di situ.
Sedih sebab masa tak mengizinkan nak ambik pakej tengok matahari terbenam.
Hayrel suruh pilih,
matahari terbenam ke
atau kita tertinggal plane.
Ish, suka ugut-ugut tau.


Vespa yang sangat stylo. I loike!


Err, sempat lagi ambik pakej naik gajah.
Ni jer pakej yang sempat.

Seperti yang kita tahu, gajah dan Thailand memang tak dapat dipisahkan.
Nama gajah yang aku naik tu Ben. Dah macam Ben-10 dah.

Memang aktiviti nih very have fun la.


Sementara tunggu limo nak ke airport,
kami sempat sewa vespa pusing-pusing sekitar Phuket.
Very the romantic! Aww.


Phuket ditinggalkan dengan seribu kenangan terindah.

Berazam nak ke Maldives pulak lepas nih,
sebelum pulau romantik itu diramal akan tenggelam menjelang 2020.

Tuhan, permudahkanlah.



Harrez Rayyan Bin Hayrel Mezamil.



Ya. Nama budak kecik comel seperti di atas ialah Harrez Rayyan.


"Walawei. Sedapnya nama dia."


Itu majoriti respon sebaik sahaja soalan klise "Apa nama baby?" aku jawab.


Tapi, bukan itu yang penting. Selain nama yang sedap didengar, sebagai orang Islam, nama yang membawa pengertian yang baik adalah lebih mustahak. Senang disebut, iya jugak. Kesian atok ngan nenek nak sebut kalau terlalu komersial.


Nama Harrez Rayyan nih boleh dikategorikan sebagai nama last minute. Memang dari awal, Rayyan itu dah menjadik pilihan aku ngan Hayrel. Tapi, sampai ke sudah takde nama pangkal. Rayyan membawa pengertian'Pintu utama ke Syurga bagi orang berpuasa'. Kalau ikut Hayrel, dia nak letak nama Rayyan je. Letak satu nama, tak payah susah-susah ada pangkal. Haruslah aku bangkang, kan.


Mula-mula nak letak nama Hayrel Rayyan, ambik sempena nama Babah dia. Sebab, kami memang dah berangan dulu, kalau perempuan, letak pangkal Hayda dan kalau lelaki letak pangkal Hayrel. Tapi, entah kenapa, aku ubah fikiran masa Hayrel nak buat pendaftaran pada hari ke-3 kelahiran. Setelah periksa nama dan pengertiannya dan merujuk dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, nama Harrez dipilih. Harrez membawa maksud 'Pengawal dan Pelindung'. Semoga dia akan menjadi pengawal dan pelindung yang baik, terutama kepada adik-adiknya (insyaallah) memandangkan dia anak dan abang sulung.


Semoga Harrez Rayyan membesar menjadi anak yang soleh dan cantik budi pekerti secantik namanya. Insyaallah.




p/s: Err, bukan senang nak letak nama anak ni rupanya ye. Kalau zaman dulu, habis dah dihentamnya nama 'kerusi'. Huhu.

Monday, June 06, 2011

Peristiwa 13.05.2011



Budak Kecik Comel Harrez Rayyan,

Tanggal 13 Mei 2011 merupakan detik yang sangat bermakna dalam hidup Mummy dan Babah, detik paling bahagia. Bercampur baur. Gembira, takut, teruja, tak percaya semua ada. Saat kamu yang Mummy dan Babah namakan 'Harrez Rayyan' lahir ke dunia.

11 Mei 2011 - Dua hari sebelum tuh, macam biasa Babah temankan Mummy pergi monthly check-up. Datuk Aziz memang awal-awal dah bagitahu yang dia akan buat VE pada hari tuh. Nak check bukaan rahim. Yelah, Mummy dah 38 minggu kan. Seram sejuk jugak Mummy bila dengar VE. Habis satu family Mummy telefon tanya pasal VE. Macamana rasa kena VE tuh? Sakit ke tak? Apa nak dibuat? Kena pejam mata ke? hehe.

Lepas Doktor periksa, bukaan baru lebih kurang 1 cm macam tuh. Tapi, cepat-cepat Datuk Aziz cakap, "But, its would be fine if u want to deliver this week. Induce". Err, Doktor nih merangkap Tok Bomoh jugak ker? Sebab dia macam boleh baca fikiran Mummy, yang dah tak sabar-sabar nak beranak masa tuh. Mummy dan Babah berpandangan, tak tahu nak jawap apa. Tak boleh nak decide. Buntu.

Tapi,

Terus Mummy jawap "OK doc, proceed je lah." bilamana Datuk Aziz kata yang dia tak ada selama beberapa hari, out station pada minggu hadapannya. Saiko jugak Doktor nih. Mummy dan Babah terus balik rumah, nak buat preparation kononnya lepas sign dokumen apa-apa yang patut. Sempat jugak Mummy jeling kat estimated cost kat atas satu borang tuh. Mak aih, RM8K for normal delivery?

12 Mei 2011 - Sementara tunggu Babah balik kerja, Mummy buat persiapan terakhir. Sendu jugak keadaan masa nih. Macam-macam yang Mummy rasa. Sampai rasa takut nak mati pun ada. Semua makcik-makcik Rayyan telefon Mummy, bagi kata-kata semangat, beri macam-macam petua dan tips.

6.00 pm - Mummy dan Babah bertolak dari rumah kita. Rumah comel yang kami beli untuk sambut kamu, permata sulung kami. Sempat Mummy makan malam, menu tom yam sebelum ke hospital. Babah suruh makan sebab kata Babah, lepas ni Mummy dah kena berpantang.

8.00 pm - Mummy admitted di Prince Court Medical Centre. Lepas register dan selesaikan semua dokumen yang berkenaan, Mummy dan Babah terus ke Labour Room. Ingat lagi Babah cakap, "Betul-betul serah diri nih."

11.00 pm - Midwife yang bertugas datang untuk tengok bukaan rahim. Kena 'seluk' lagi. Masih dalam 2 cm. Lepas dapat arahan dari Datuk Aziz, midwife pun letak induce pill, nak bagi Mummy cepat rasa sakit nak bersalin. Biar cepat pintu rahim terbuka. Biar cepat Mummy bersalin. Biar cepat Mummy dapat peluk gomol Rayyan.

13 Mei 2011 - 12.30 am - Mummy dah berpindah ke wad biasa. Sampai ke sudah Mummy tak rasa sakit, tak rasa apa-apa. Midwife suruh Mummy tidur, berehat. Dan bersedia untuk bekerja keras pada esok hari. Masih rasa tidak percaya. Tertanya-tanya pada diri. Betul ke dengan tindakan yang begini.

5.00 am - Midwife datang lagi, untuk bagi ubat kosongkan perut. Tak sampai 5 minit, segala isi perut bagai semua keluar. Mummy terus mandi, siap-siap sebab dah kena bersedia ke Labour Room.

6.30 am - Lepas mandi wangi-wangi dan solat Subuh, Mummy terus ke Labour Room. Mummy diberi 'drip' lepas pil tak jalan. Tapi, memang Mummy tak rasa apa-apa. Tak rasa sakit walau mild contraction dah mula ada. Masa ni, Mummy dan Babah sibuk baca surah-surah Al-Quran. Panjang kot list yang Cik Ti bagi. Terkumat kamit mulut Babah menghafal. Siap practise azan dan tahnik. Haha. Masa ni pun nama tak finalized lagi. Mummy nak pilihan Mummy. Babah pun tak mahu kalah. Sampai lah Babah pergi solat Jumaat, Mummy masih tak sakit- sakit.

2.30 pm - Datuk Aziz datang, tengok keadaan Mummy. Kata Doktor Aziz, Mummy agak 'kuat' orangnya. Sebab contraction dah agak tinggi tapi, Mummy tak rasa apa dan masih boleh buat macam biasa. Biasalah, Jawa kan. Darah pahlawan. Hehe.

3.00 pm - Mummy rasa lapar sangat. Tapi, midwife tak galakkan makan. Mummy cuma makan sup je. Telan liur Mummy tengok menu yang Babah pesan. Kesudahannya, Babah yang licinkan lunch Mummy. Menyirap Mummy tengok.

Tup-tup, tak sampai setengah jam, sup yang Mummy makan keluar balik. Mummy muntah. Kesian midwife tuh terpaksa bersihkan Mummy. Siap pakej terpaksa salinkan Mummy baju sekali. Tulah, siapa suruh terhegeh. Bukan Mummy tak warning awal-awal Mummy nak muntah.

4.10 pm - Hanya Tuhan yang tahu perasaan Mummy tika dan saat nih. Mummy dah mula rasa contraction. Sampai tertidur-tidur. Bila sedar je, rasa macam nak nangis. Keadaan yang sangat tidak selesa. Nenek, Atuk, Tok Mak, Tok Ayah, makcik-makcik Rayyan semua dah gasak telefon Babah. Tanya keadaan Mummy.

6.20 pm - Masa ni midwife memang keluar-masuk-keluar-masuk. Periksa condition Mummy ngan Rayyan. Akhirnya, Mummy rasa lega yang teramat bila midwife seluk, bukaan dah 10 cm. Tak percaya pun ada, sebab 5 minit tadi diorang check bukaan baru 4 cm.

Midwife dah suruh start push. Sebelum tuh, diorang bagi penerangan macam teknik pernafasan dan skil menge'push' yang betul. Dengan kekuatan yang ada, Mummy push sekuat hati. Sambil zikir, baca doa Nabi Yunus tanpa henti. Perasaan dalam hati? Mummy tak sabar sangat-sangat nak tengok muka Rayyan yang macam dalam imej 4D.

Banyak kali jugak Mummy try push tapi tak berjaya. Sebab Mummy macam lemah, takde tenaga. Mahu taknya, Mummy tak makan satu apapun dari pagi. Waima air zam-zam dan air selusuh yang Mummy minum sebelum push, habis keluar balik. Cuma, bekalan tenaga dari kurma yang sempat Mummy jamah je yang ada.

Yang buat Mummy bersemangat, bila dah rasa kepala Rayyan. Tambah-tambah lagi, bila midwife kata " Dah nampak kepala dah. Ha, dah keluar dah pun rambut dia." heh.

6.50 pm - Datuk Aziz sampai. Babah pulak, tak putus-putus bagi semangat kat sebelah Mummy. Siap ajar suruh tekan kaki la, jangan angkat punggung la. Hehe. Terima kasih darling sayang! (Err, Babah sampai lupa silent handphone. Habis berdering-dering dalam Labour Room. Mummy sempat sound Babah suruh silent dalam sibuk-sibuk menge'push'. Hehe.)

7.09 pm - Tepat pukul 7.09 minit malam, 13 Mei 2011, Rayyan keluar dari perut Mummy. Amboi, kemain kuat lagi Rayyan menangis. Nyaring betul. Tersenyum tak percaya bila Mummy tengok Rayyan atas perut Mummy. Doktor suruh Mummy tengok, boy ke girl. Babah siap pegang-pegang dada, tak percaya! Hati macam ada pelangi. Terdetik dalam hati Mummy masa tuh, "Eh eh, tajamnya dagu Rayyan!"Ikut dagu tirus sapelah tu, kan.

Rayyan nangis tak berhenti. Babah peluk Rayyan, azan dan tahnikkan. Rayyan senyap bila dengar Babah azan. Mummy dan Babah memang sangat happy! Syukur tak terhingga. Sampai sekarag rasa macam tak percaya.


Inilah hasil yang sangat berbaloi-baloi.
Si rambut lebat berhidung terletak dan berdagu tirus.



Senyuman pertama yang Mummy tak akan lupa sampai bila-bila.


Tiba-tba, Mummy rasa rindu pada perut yang berdiameter lebar dahulu.





Harrez Rayyan,

Mummy berdoa semoga Rayyan jadik anak yang soleh, pandai mengaji, bijak belajar, dan jadik doktor pakar sakit puan bila dah besar nanti. Eh, terlebih sudah.

Dalam kepala Mummy ni macam-macam perancangan untuk Rayyan. Tapi, yang paling penting, Mummy nak buat insurance untuk Rayyan punya education planning and saving. Mujur, Rayyan dah ada ING untuk medical. Yang itu, Mummy dah tak risau.

Yang penting, Rayyan kena tahu Mummy dan Babah sayang Rayyan sangat-sangat. Jangan pernah lupa yang itu.


Tuesday, May 24, 2011

May 13, 2011.




Joyously welcomed the arrival of our healthy baby boy!



..Welcome to the world my love..

Harrez Rayyan Bin Hayrel Mezamil.

13 May 2011, 09 Jamadil Akhir 1432H.

07.09 pm, 3.28 kg, 51cm.


Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.



Alhamdulillah. Syukur tidak terhingga.




Friday, May 06, 2011

Saya nak macam Hana Tajima.

Dua hari duduk-duduk, bersenang lenang di rumah cukup membuatkan aku letih. Letih sebab banyak sangat tidur kot. Oksigen tak cukup sampai ke otak. Penat ke hulur ke hilir, aku muhasabah diri. Cewah.



Muhasabah dan muhasabah dan terus bermuhasabah, akhirnya aku temui. Patutlah ada satu macam rasa kelompongan dalam hidup hari-hariku.Ya, baru aku sedar yang aku dah lama tak shopping barang sendiri! Rasanya sejak disahkan hamil hampir 9 bulan yang lalu. Ohmaigod!




Lalu, Wardrobe pasang siapku digeledah. Oh, sesak dada rasa macam tidak percaya. Sangatlah keluar-dari-masa semua baju-baju himpunan yang aku ada. Belum diambil kira himpunan sepatu. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Semuanya memang betul-betul melencong dari selera dan trend semasa.


Maka, dengan niat yang suci bahawa aku nak berdandan cantik-cantik hanya untuk suami, sehari suntuk aku duduk depan laptop merah ini. Mencari dan mencari laman sesawang yang mengetengahkan fesyen-fesyen muslimah terkini. Juga, kedai online yang menjual macam-macam jenis top, seluar dan skirt. Itu belum masuk lagi scarf dan pashmina! Kasut lagi! Oh! Oh! Oh! (3 kali Oh okey.)

Sekadar ingin berkongsi. Juga untuk diri sendiri. Sebagai tempat rujukan. Manalah tahu, lepas beranak kang, aku 'ter'hilang ingatan. Nauzubillah, mintak dijauhkan.

1) http://www.najjah.com. Top dia sangat cantik-cantik. Selalunya susah nak carik top yang trendy dan dalam masa yang sama menutup aurat. Scarf pun cantik sangat-sangat. Tapi satu, harga dia pun cantik juga. Online sudah, tinggal nak ajak Hayrel serbu kedai dia je lepas beranak. Lambatnya, tak sabar!





2) Nak order satu scarf sutera kat http://ami.sptnkswthrt.com/p/shop-sptnkswthrt.html. hehe.

3) Nak pelbagai gaya bertudung. Selain setia dengan Ariani, saya juga try nak jadik Hana Tajima. hehe. Pashmina cantik-cantik dan murah-murah di http://www.scarfsweethoney.com/. Cubalah!

Er. Selebihnya, nanti lah ya. Kasut dan sepatu tak sempat nak carik lagi. Rasanya tang yang ini, kena pergi ke kedai offline, baru puas hati.


Tengoklah, lepas beranak kang habis satu Pavi, KLCC, Sunway Pyramid dan juga Midvalley aku nak jelajahi. Nak shopping sakan sekarang, tak terbawak badan. Hanya mampu secara maya. Tapi, kena dapat badan macam Hana Tajima dulu, barulah cun. Cuma takut-takut nanti, belanjawan tak dilulus encik suami!

Sunday, May 01, 2011

Babymoon.

Keinginan untuk jalan-jalan makan angin masa perut membuncit ni sangat-sangat menebal.
Namun, jawapan Hayrel tetap sama, "Bahaya la sayang."

Beriya-iya aku ajak dia pergi Hard Rock Penang. Cuba pusing, tukar strategi kalau-kalau pancing mengena. Setelah cubaan memujuk ke Hard Rock Bali umpama terbang dibawa angin Laut China Selatan. Entah kenapa aku rasa macam best je mandi-manda, baring-baring sun tanning, shopping-shopping kat Hard Rock. Gila.

Aku nak luang masa beromantika dengan Hayrel, hanya kami berdua. Mempersiapkan diri mental dan fizikal. Sebelum bergelar mummy babah 'panas'. Nak memperkasa diri menanti kehadiran budak kecik comel itu. Nak memperkebal diri masing-masing dengan tangisan tengah malam buta. Oh.

Ya, saya mahu Bulan Bayi. Err, 'babymoon'.

Siap bagi jualan murah dekat Hayrel. Beli 1, percuma 3. Mulia kan hati aku? Hayrel kata boleh. Tapi, syaratnya satu. No plane!



Kalau dah syaratnya lokasi yang tidak perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang,


haruslah di kawasan Lembah Klang sahaja. Kan?



Angan-angan berangan nak Dinner Cruise juga musnah.


Masa ni lah perkhidmatan dibekukan buat sementara.


Kalau aku tak mengidam nak makan-makan romantik malam-malam atas kapal,


tak pulak diorang bekukan. Haih.


Anggap jelah tiada rezeki, Cik Puan Aida.



Oh ya, untuk pengetahuan sesiapa yang berminat dengan dinner, lunch, hi-tea dan seangkatan dengannya atas cruise nih, kena buat tempahan 7 hari awal ya.


Bolehlah tengok promotion yang diorang ada kat http://www.cruisetasikputrajaya.com/.


Jangan pakai redah je.


Sudahnya, kami memang betul-betul makan angin jek.


Atas 'Perahu Dondang Sayang'.






Memang wanita berperut buncit ini sedang berdondang sayang.


Pusing keliling tasik sambil mendengar info bermanfaat dari encik abang pendayung.


Kata encik abang pendayung,


menara azan Masjid Putrajaya adalah menara azan tertinggi di Asia.
Baru kami tahu.

Singgah sebentar solat Asar di Masjid Putrajaya nan damai.



Baru jalan sikit, dah mengah carik tempat duduk.

Kena banyak senam ni.



Ecehceh.

Sedaya upaya berusaha tahan nafas.hehe.


Habis tawaf satu putrajaya, balik hotel sambung menggedik.



Ingat nak sambung gedik naik bas dua alam, Wawa Splash.

Tapi Hayrel awal-awal dah menegah. Gila katanya.hehe.

Nantilah, tunggu baby dah keluar. Kita naik sama-sama ya.


Mampukah menjadi mummy mithali?







Memang beli 1 percuma 3 lah.



Beli 1 pakej percutian di Mines Wellness Resort.



Dapat meraikan 3 perayaan - Ulang Tahun ke 2 Perkahwinan, Ulang Tahun ke 27 Kelahiran dan Babymoon.



Memang beli 1 percuma 3 kan?





Isteri siapa la yang berhati mulia ni.