Sunday, November 04, 2012

Magical Disneyland Hong Kong



Bersempena dengan hari lahir Rayyan tempohari, aku sekeluarga berangkat terbang ke kota kemeriahan Hong Kong selama 4 hari 3 malam. Sengaja mahu celebrate di oversea. Gituuuu!

Harrez Rayyan is 1!

Fuh, berpeluk ketiak beratur nak bergambar dengan pasangan si Mickey dan Minnie ni.
Manusia punya lah ramai. Tapi takpe, demi Rayyan lautan berapi pun Mummy dan Babah sanggup renangi.



Pukul 4 pagi kami sekeluarga dah terpacak dekat LCCT nun. Mujur Rayyan behave je. Tengok, siap gelak-gelak buat lawak. "As long you give me food, Im ok mummy!"



Perjalanan dari KL ke HK mengambil masa kurang 4 jam. Tak sempat nak jet lag sangat lah. Dalam pukul 11 pagi, kami dah menjejaki kaki di bumi Jackie Chan. Wachaaaa!

Dan, waktu Malaysia dan Hong Kong adalah sama ye. Tak perlu nak tukar-tukar jarum jam.



Wah wah, muka tak puas hati. Suka sangat buat pesen macam ni kalau kena masuk stroller. 
Tanda nak protes lettew.

Ok, sampai je airport harus tuju kaunter luggage. Ikut je signage, pasti tak sesat punya. Dekat airport ni pun dah boleh beli siap-siap Octopus Kad nak naik MTR nanti. Octopus kad ni macam touch n go lah kalau kat negara kita. Aku beli HKD150 tiap seorang. Jangan risau, kalau Octopus kad kita masih ada baki pada hari terakhir di Hong Kong nanti, boleh tebus di kaunter dekat airport ni jugaksebelum nak balik Malaysia kang. Lepas tu, duit baki tu bolehlah buat beli air starbuck ke. Heh.

Ada satu lagi pilihan kad, Tourist Kad yang boleh dapat discount tiket masuk ke Disneyland. Tapi, boleh guna on daily basis sahaja. Rasa macam rugi pulak. Mmm, ikut pilihan masing-masing lah, kan?


Oleh kerana aku malas sangat masa baru sampai tu,  kami carik signage teksi nak ke Disneyland Resort dari airport.



Tengok, memang macam dalam drama Hong Kong petang-petang dulu tu bila nampak teksi diorang.
Sistem teksi mereka pun sangat sistematik. Ada macam-macam warna, ikut harga. Dan, warna hijau paling murah kot.



Kurang dalam setengah jam, kami dah sampai di hotel impian, Disney's Hollywood Hotel!
Tambang dari airport ke sini dalam HKD100, lebih kurang RM50.





Lepas je check in, terus cargasss tunggu shuttle bas nak ke Taman Tema Disneyland Hong Kong!
Rayyan sangat teruja sampai tertidur-tidur. Comel secomel kepala Mickey kat bus stop ni. Oh ye, shuttle bus ni memang ada setiap masa. Pit stop dia kat Park, Hollywood Hotel dan Disneyland Hotel. 
Free of charge!


Its Disneyland Hong Kong dude!

Sampai je kat pintu masuk Disneyland Hong Kong, aku dengan Hayrel dah melonjak-lonjak keriangan. Jakun betol. Macam kembali ke zaman muda remaja kot. Rayyan pulak macam biasalah, teruja sampai tertidur. Adik aku? Kontrol ayu dengan harapan dapat ngurat pakwe macho Hong Kong.

Sebelum terlupa, kami ambik 2 days entrance ticket to Disneyland Park. Dalam RM250 seorang dewasa. Segala info ada di website rasmi Disneyland Hong Kong. 
Boleh beli online atau di kaunter lobi hotel. Dekat airport pun ada jual. Err, ada banyak tempat yang jual sebenarnya. Tapi, beli online je lah. Easy peasy.



Setelah penat beratur dan tersenyum kegembiraan dapat bergambar dengan Mickey dan Minnie, kami duduk lepak-lepak dekat kerusi yang tersedia di Main Street USA. Nak pergi makan macam kenyang lagi. Jadi, duduk sahaja sementara nak tunggu Flight Fantasy Parade. Oh ya, yang aku bergambar posing dengan Mickey Minnie tu dipanggil Character Greetings. Dalam 10.30 pagi diorang dah ready turun sampailah Flight of Fantasy Parade start.



Ingatkan takde perasaan tapi, birthday boy tepuk-tepuk tangan teruja.




Flight of Fantasy Parade ni lebih kurang macam kereta berhias yang mewakili park masing-masing. Normally, berlangsung tepat pukul 3.30 petang setiap hari. Tapi, better check dalam Daily Calendar kat website rasmi diorang kat sini. Takut, masa berubah-ubah pulak.

Dalam Disneyland ni ada 5 park kesemuanya;
Main Street USA, Adventure Land, Fantasy Land, Tomorrow Land dan Toy Story Land!


The Golden Mickey Show!

Habis je tengok Fantasy Parade, berpeluh kitorang lari ke Fantasy Land nak kejar tengok The Golden Mickey nih. Best sangat. Lagi-lagi time mermaid tu keluar. Dengan squid yang lawak tuh. Dah memang macam dalam laut betul-betul. Cantik! Kreatif sungguh orang-orang Cina ni tau. Dinasihatkan datang 30 minit awal untuk cop tempat duduk view terbaik. Masa persembahan diorang setiap hari pukul 11.30, 12.45, 1.45,4,5,6.15,7.15. Schedule ni pun boleh tengok dalam laman rasmi Disneyland Hong Kong.


Duduk dalam boat dan dibawa pusing keliling tengok patung-patung kecik yang comel. Inilah Its A Small World! Juga di Fantasy Land. Kan aku dah kata diorang ni kreatif, memang sangat halus hasil seninya. Hasil seni ni berdasarkan mercutanda sesebuah negara. Contohnya, bila sampai Malaysia ada Petronas Twin Towers, siap ada patung boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Dan ada masjid, kuil dan tokong yang menunujukkan masyarakat majmuk di Malaysia. Kalau Arab Saudi pulak, ada pak arab yang naik unta tuh. Siap ada aladdin dengan tikar terbang dia lagi. Secara tak langsung, kita boleh belajar keunikan sesebuah negara. Wah, dah macam rombongan sambil belajar pulak.

Ikut rancangan, lepas dah explore Its A Small World, kami nak ke Toy Story Land.
Tapi, tak sempat sebab masing-masing dah kebulur carik nasi.
Sedap sangat makan nasi beryani ayam tandori kat Tahitian Terrace!

Iklan: Amoi ni tak bagi can kat aku langsung.

Pukul 7 tepat, bermulalah acara pertunjukan bunga api yang dipanggil Stars Firework.
Betul-betul depan Sleeping Beauty Castle. Sementara nak tunggu pertunjukan bermula, bolehlah menikmati aiskrim kat Corner Cafe. Romantik gittew!



Sangat cantik dan indah! Pertunjukan bunga api selama 1 jam. Banyak lagi gambar cantik-cantik tapi aku malas nak upload. Kena datang pergi tengok sendiri. Baru puas hati. Hehe. Rayyan masa ni kejap teruja kejap takut tengok bunga api tu. Paling kelakar, part bunga api meletup tinggi kat udara lepas tu macam jatuh ke bawah kan? Beriya Rayyan carik kat tanah bunga apinya. Haha. Kesian anak aku, naif sungguh.

Lepas habis tengok bunga api, kami sambung shopping-shopping souvenir kat dalam deretan kedai kat situ. Beli mug Mickey Minnie yang comel hamattt, pillow kepala Mickey Minnie, fridge magnet, tshirt dan ntah hape-hape lagi aku borong. Geram sangat uollss! Chomelll!

Lepas tu balik hotel, membuta!

.

.

.

.


Hari Kedua, kami breakfast di Chef Mickey Restaurant kat dalam Disney's Hollywood Hotel ni jugak. Oh ya, kena booking dulu sebelum datang ye. Dalam RM80 seorang untuk dewasa. Baby macam Rayyan, FOC! Contact number hotel semua for booking purposes ada di website rasmi Disneyland Hong Kong.

Makanan memang variety. Rayyan sampai pening tu tak tahu nak makan apa.

Ops, somebody trying to get food Mummy!

Food is everywhere. I is happy!

Rayyan tiru iklan McD. haha.

Dekorasi Chef Mickey Restaurant sangat cuteeeeeeeeeee!
Food pun sangat awesome. Simple tapi sedap.



Ada berani? Haha. Dim sum pelbagai bentuk. Confirm lah kami tak berani nak makan. 
Balik-balik makan roti dengan prata.

Cute kan? Aku yang teruja lebih. Rayyan macam biasa tak ambik pedulik.



Lepas breakfast, kami jalan-jaln hirup udara pagi Hong Kong dekat taman belakang hotel. Berdekatan dengan swimming pool. Cantik sangat view kat sini. Rasa tak nak balik, nak berumahtangga terus. Hehe.

Lepas tu, apalagi cargassss. Bergegas nak meneruskan misi seterusnya kat Disneyland Park!

Sampai-sampai, posing dulu sementara Rayyan membuta. Kang, kecoh nak kejar dia je.





Settle posing, kami lari laju-laju ke Fantasy Land.  Semangat nak ke Mickeys Philhar Magic. Tayangan 4D yang paling awesome aku pernah tengok setakat ini. Real giler. Fuh!


Next, lari laju-laju lagi ke Adventure Land pulak. Nak tengok show Festival of The Lion King

Masa tengah beratur nak masuk tu, sempat adik aku beli popcorn. Sedapppp. 
Tengok, sampai Rayyan curik-curik nak makan. Haip, nak kena babappp ni!


Not bad. Show yang memang menarik dan mantap. Terbuntang mata Rayyan tengok aneka bentuk binatang dan manusia. Haha. Kalau Rayyan dah besar, mungkin dia lagi lebih menghargai. 




Masa ni dah tak larat nak lari laju-laju dah. Masih di Adventure Land, kami naik boat di Jungle River Cruise. Ni lagi real. Siap ada api atas air. Kagum sekejap.


Mempersembahkan, Toy Story Land!

Park terbaru di Hong Kong Disneyland. Berada agak jauh di belakang tapi 
tetap mengujakan semua yang datang.

Cuaca agak panas ketika itu.
Yeay, roller coaster! Could you spot head with yellow scarf? Sah-sah, Hayrel dengan adik aku yang naik. Aku? Mummy mithali, kan. Haruslah kena jaga Rayyan.


Slinky Dog Spin. Satu-satunya ride yang aku dan Rayyan naik. Tengok, Rayyan muka tanpa perasaan. Hairan sungguh dia kenapa Mummy dan Cik Fadh beriya-iya panik. Haih.



Memang aku tabik spring 100juta kali dengan ini Space Mountain. Rasa macam nak buat satu kat Malaysia. Nanti aku cadangkan kat pengurusan i-City Shah Alam. Ewahhh!
Segalanya di Tomorrow Land

Best dia, seronok dia, gempak dia, memang tak boleh nak cerita beb. Lu kena datang sini sendiri, rasa!


Oleh kerana kami ada satu temujanji lain, maka dengan sedih terpaksa beredar dari Hong Kong Disneyland. Terpaksa tidak dapat bermain Buzz Lightyear Astro yang dah lama aku usha. Apakan daya. 
Saje nak suruh aku datang sini lagi,ya?


Kami selalu naik shuttle bus. Ini pulak namanya shuttle van. 


Hah, inilah station MRT Disney. Bagi sesiapa yang nak ke bandaraya Hong Kong dari Disneyland Hong Kong ni, boleh naik MRT dari Disney ke Sunny Bay Station. Selalunya, ramai yang stay dekat hotel yang berdekatan dengan Tsim Tsa Tsui Station (TST) kat Hong Kong tu. Kalau nak ke TST, dari Sunny Bay Station pergi ke Lai King dan seterusnya ke TST. Lepas tu Exit B1/B2 dan jalan kaki ke arah hotel.


Taraaaaaaaaaaaaa!




Perkara yang paling buat aku nak sangat pergi Hong Kong sebenarnya ialah nak stay kat hotel cute macam nak kena gigit ni, Disney's Hollywood Hotel. Gila tak teruja. Semuanya full with Mickey character. Dari karpet sampailah ke butang lif nak kepala Mickey kan. Kagum.
Terussss aku carik date, tengok cuti, gesel-gesel Hayrel, check budget nak pergi. Haha. Tipu-tipu. 
Memang dah niat, nak celebrate 1st birthday Rayyan kat sini.

Hotel rate macam biasa bergantung pada season. Masa aku pergi tu, peak season sebab birthday Rayyan 13 May 2012 adalah public holiday di Hong Kong sempena Hari Ibu. Rate untuk satu malam dalam lingkungan RM1200. Tapi, its depends ya. Kalau nasib baik, RM700 pun boleh dapat!


Kalau terlupa nak shopping souvenir kat dalam Disneyland Park, kat hotel ni pun ada kedai souvenir. 
Sama macam apa yang dijual kat dalam park. Kat sini pun aku boleh rambang mata. Dush!


Oh ya, lupa pulak nak cerita pasal temujanji kami yang satu ni. Agak-agak nak jumpa siapa ya?

.

.

.




Cantik, kan?


Ya! Kami bertemujanji dengan 3 sekawan; Mickey, Daisy dan Goofy!

Bertemujanji Hi-Tea Character dengan mereka di 
Enchanted Restaurant, Hong Kong Disneyland Hotel.


Rayyan takut, mungkin pelik tapi Mummy pulak teruja lebih.

Lepas tu, dia dah steady dah. Sogok dengan sudu.


Muka memasing dah penat sangat. Tapi, tetap teruja. Seronoknya yer babahnyeeee?
Kat sini, ko pass je camera kat staff. Diorang memang dah faham sangat.

Aku ada niat nak carik kek birthday untuk Rayyan masa ni. Nak suruh dia tiup-tiup lilin kat sini. Tapi, tak sempat. Rushing. Tup-tup, meja sebelah aku yang tiup lilin untuk anak diorang. Local lah, kan. Nasib. Kalau Malaysian, memang aku dah tumpang sekaki, buat muka tak malu suruh Rayyan tiup lilin jugak kat kek diorang. Haha.



Makanan memang variety. Sampai sekarang, teringat-ingat kat fruit counter dia yang ada juice and chocolate fountain tuh. Pure juice dia wallahhh! Mengancam. 
Dan, macam biasa, tetap ada makanan character kepala Mickey di mana-mana. 
Aiskrim pun nak cetak Mickey jugak uollsss!

100% aku sangat cadangkan korang makan lepak-lepak kat sini. Better, pergi breakfast lagi best. Tapi, kena booking awal siap-siap. Kitorang haritu time booking, breakfast slot dah habis. Nak tak nak, ambiklah jugak hi-tea. Rate dalam RM150 seorang dewasa untuk hi-tea.

Niat di hati nak pusing keliling Hong Kong Disneyland Hotel tak kesampaian. Sebab kami harus kejar masa nak ke bandaraya Hong Kong. Takut terlepas aktiviti kat sana pulak.


Tapi, sempat jugak singgah kat luar Enchanted Restaurant. Mickey Maze yang sangat indah.



Dan, laju-laju kami bergegas ke destinasi seterusnya. Disneyland Hong Kong ditinggalkan dengan sejuta kenangan. Yang memang tak boleh dijual-beli, ditukar ganti. 

Ok, sebab aku baik hati. Siap-siap aku buatkan summary budget kasar. Pandai-pandailah congak.

Flight Ticket AA KL - HK - KL: RM500/adult (aku dapat RM800/adult sebab agak last minute)
Teksi Airport - Disneyland: RM50
Disney's Hollywood Hotel Garden View: Average RM1000/night
2 Days Ticket Entrance Disneyland Park: RM250/adult, RM 60 for 3-11yrs
Hi Tea Character at Enchanted Restaurant: RM150/adult
Breakfast at Chef Mickey Restaurant RM80



Disneylang Hong Kong, kami pasti datang lagi!




* Tak tahu kenapa, memang aku suka travel oversea sempena birthday. Kira, macam birthday trip lah.




Sunday, May 13, 2012

Tahun Satu.



One little candle,
One little cake,
One little birthday to celebrate!


Its May 13,
Its Disneyland Hong Kong,
And its Harrez Rayyan's 1st Birthday!


Our Harrez Rayyan is 1 and his growing won't stop, day by day.
But, he is still and forever remains as our little cute baby.
Happy birthday son-shine!






Tuesday, March 27, 2012

Ulang Tahun.

TUESDAY, MARCH 27, 2012

(Waaaa, lambat update disebabkan laptop meletop.)




27.03.2012





Setiaku tetap satu,


Sayangku terus padu,


Kasihku masih jitu,


Cintaku bagai pelangi mewarnai atmosfera hari-harimu.






Dulu berdua,
Tahun ini bertiga.




Mohon lebih bahagia,

Harrez Rayyan hadiah paling bermakna.


What more can I ask for?

on our 3rd anniversary.

Wednesday, February 15, 2012

Tips Jutawan Muda.

Ini bukan iklan MLM.

Meh meh, aku ada banyak tips nak jadik kaya. Teruja tak, teruja tak? Siapa tak nak kan dalam umur masih jauh nak cecah 30 (ecehcehceh), dah ada hampir kesemuanya. Wah wah, ayat macam bagus jek .



1) Pinjaman ASB
Ramai yang kata pinjaman ASB ni merugikan. Siap buat calculation bagai yang nak menunjukkan betapa ruginya pelaburan kat ASB melalui pinjaman nih. Bagi aku, simple. Kalau ko banyak duit, memang tak payah nak buat pinjaman-pinjaman nih, labur je duit yang ko ada directly to ASB. Tapi, apa yang ruginya? Do your basic maths. Interest pinjaman dalam 4%, dividen+bonus tahunan ASB paling bengong pun 8%.


Sekadar nak berkongsi, aku buat pinjaman nih dari zaman belajar dulu. Buat RM20K, bulan-bulan bayar dalam RM150++ guna duit JPA. Haha. Lepas 5 tahun, time nak kahwin dulu, untung dividen ni lah yang aku guna untuk majlis aku. Alhamdulillah, tak payah nak ikat-ikat perut simpan duit nak kahwin. Dahlah tu, tak menyusahkan mak abah aku langsung. Plus, dapat sebuah majlis perkahwinan yang aku damba.


Sekarang dah bekerja, aku tambah lagi pelaburan ASB aku melalui pinjaman ni ke RM200K. aku ikat 20tahun. Kalau aku tak menggatal usik dividen tahunan tuh, insyaallah umur 47 nanti aku dah bergelar jutawan! Betul, aku tak tipu. Sebabnya, untung dividen berdasarkan konsep principal on principal. Dengan satu syarat. Jangan usik dividen tahunan. Tapi, kalau dah meroyan nak beli set pinggan Noritake, nak honeymoon kedua ketiga kat London, nak tambah perabot Lorenzo, bolehlah usik sekali sekala.


Ingat, sekali sekala.


Lagi satu, skim ni boleh jugak dijadikan sebagai skim bersara. Yelah, boleh ada duit tambah-tambah bila dah tua dah kerepot kang. Harap nak simpan sendiri-sendiri sebulan RM1500, memang harapan tinggal harapan lah. Disiplin kena kuat wo. Kalau buat macam ni, automatik nak tak nak memang kena bayar. Hujung tahun tengok akaun ASB ada hampir RM20,000. Happy sampai nampak gusi. Heh


2) Saya Mesti Pilih Bank Rakyat/KPF Felda.
Masa muda nilah masa kita kena melabur. Tapi, seelok-eloknya malaburlah melalui medium perbankan. 100% terjamin. Takdelah masalah lain pulak yang timbul di masa hadapan. Macam kena tipu, duit kena bawak lari and whatnots.


Dalam Malaysia ni, ada dua perbadanan yang ada offer dividen setinggi 15% iaitu Bank Rakyat dan Koperasi Perbadanan Felda (KPF). Tapi mestilah ada terms & conditions kan. Contohnya, Bank Rakyat hanya bagi amount terhad je. Dan, KPF pulak hanya untuk kaum keluarga FELDA sahaja.


Nasib baik Abah duduk felda. Bolehlah aku tumpang sekaki daftar masuk melabur dan menyimpan kat KPF nih. 15% tuhhh! without fail okey. Alhamdulillah.


3) Beli Rumah bukan Kereta.
Rata-rata aku perhati anak Melayu kalau dapat kerja lepas graduate, mesti kemaruk tak tahan sabar terus beli kereta. Dan rata-rata jugak beli kereta jenama Honda City. Tapi, kalau dah jadik satu keperluan, belilah kereta tuh bukan tak boleh beli, kan? Kalau kehendak semata, tahan dulu nafsu tuh.

Belilah rumah di usia muda. Ada sorang kawan pejabat aku, beli rumah RM300K++, pastuh dapat jual balik RM700K++. Untung atas angin lebih RM400K. Hah, untung tu bolehlah beli rumah lain, rumah yg lebih kecik macam apartment ke kondo ke, dalam RM300K dan enjoy jelajah Europe baki RM100K tu kan? Siapa nak bagi ko free-free dapat rumah beb? Dah tak payah bayar bulan-bulan, rumah pun ada. Ye dok?


Kereta bukan tak boleh beli. Belilah. Tapi, dah lepas-lepas tuh lah. Ko faham kan maksud aku?


Dah alang-alang nih, sape nak beli rumah aku? RM500K je aku jual. Haha. Sebab tuan rumah berangan (je lah) nak beli semi-D.


4) "Gold Investment"
Ini memang tengah trend. Kiranya, siapa yang takde langsung pelaburan dalam bentuk emas memang ketinggalan gila, macam duduk dalam gua. Hehe.


Pertama kali aku dengar pasal pelaburan emas ni masa tahun 2008 dalam rancangan TV3, Bicara Kewangan ke ape ntah nama die. Siaran petang-petang setiap Sabtu. Pengerusi Maybank masa tuh explain pasal simpanan emas ni lah yang katanya keuntungan boleh melebihi 37% setahun. Terus, esoknya aku pergi Maybank KLCC. Hehe.


Macam-macam produk emas sekarang ni ada kat pasaran. Aku lebih suka produk Public Bank. Ada simpanan emas yang dikenali sebagai Gold Investment Account (GIA), Gold Unit Trust dan macam-macam lagi lah.


Sekarang ni siapa yang ada banyak emas memang jutawan lah. Mahunya tak, harga emas mencana-canak naik. Tapi ingat tau, kalau tak pakai jangan lupa bayar zakat. Hehe.





Set rantai dan gelang aku masa nikah dulu ni pun dah naik double triple. Terbeliak bijik mata aku tengok harga dia sekarang masa pergi Poh Kong hari tuh. Gelang tangan yang aku aim dari dulu pun dah naik 2 kali ganda. Pengsan. Wuaaaaa! Menyesal akak tak beli dari dulu. Sob sob sob.


Err, cukuplah 4 ni dulu. Nak main gusti-gusti dengan budak kecik comel ni jap. Dah gasak gigit wayar lappy aku ni.

Daaa