"Selamat Pengantin Baru...Semoga kekal abadi...bahgia ke anak cucu...Semoga murah rezeki..."
Ewah!Sedap Kak Nita nyanyi.Tak kuasa Kak Nita tau.Sudah-sudahlah Kak Nita oi.Dah tua-tua bawak-bawak bertaubat.Haha.
Kalau pergi rumah orang kawen je mesti ada lagu tu kan.Tak pun, kalau berkumandang je lagu tu,mesti ada orang kawen kan.Itu memang pasti.
Aku sangat berterima kasih kepada Agung kerana mengisytiharkan 6 Jun sebagai Hari Keputeraan baginda.Di mana 6 Jun jatuh pada hari Sabtu yang membolehkan pekerja-pekerja di company aku bekerja,mendapat cuti pada hari Jumaat sebelumnya.Oleh itu, mari beramai-ramai bekerja di company nih.Kalau public holiday pada hari Sabtu, hari Jumaat dapat cuti.Dan kalau public holiday pada hari Ahad, seperti kebanyakan company lain, dapat cuti pada hari Isnin pula.Pendek kata, mewah dengan cuti la.
Dah alang-alang bercuti agak panjang,walhal lebih sehari je dari biasa,maka aku pun memaksa Hayrel mengambil cuti.Dengan itu,kami pun pulang ke tanah tumpah darah bersama-sama.Masa tulah pening kepala nak balik rumah mak mana dulu.Ish,rumah dekat-dekat,lain pulak ujian dan cabarannya.Dan memang kena balik Johor juga sebab agak banyak undangan perkahwinan yang perlu kami hadiri.
Tak menang tangan aku pergi kenduri kahwen kawan-kawan.Maklum,seperti anak syarikat Media Prima,sentiasa bersamamu TV3 tuh, mereka-mereka yang lahir pada tahun tikus bersamaan tahun 1984 mengikut perkiraan Masihi,genap usianya 25 tahun,tahun ini.(Owh,bila kami-kami-ini lahir,satu dunia baru kenal dan dihidangi rancangan-rancangan TV3 ye...) Demi mengikut Sunnah Rasullullah,masing-masing berebut-rebut mendirikan rumah tangga pada usia 25.Itu yang lepas-sorang-sorang utusan raja sehari aku terima.
Memang sedang musim orang kahwin!Sana-sini ada undangan.Tak pergi karang,tak sedap hati dan memang rasa bersalah sungguh.Yelah,kawan-kawan aku ni dah penat-penat pergi beli hadiah kawen untuk aku dan datang lagi memeriahkan majlis aku itu hari.Kejam gila kalau aku pulak yang tak membalas jemputan mereka.Melainkan kalau aku memang benar-benar ada kerja.Macam majlis Intan hari tu,aku tak boleh nak pergi sebab ada meeting di Kuala Terengganu.Itu pun aku rasa bersalah sangat-sangat.Sebab Intan datang dua-dua majlis,di rumah aku juga di rumah Hayrel.Takpe, majlis potong jambul anak kamu ke,majlis berendoi naik buaian ke,pasti aku datang Intan!Huhu.Mahu sedapkan hati sendiri.
Pergi menghadiri kenduri kawan aku semasa bersekolah rendah dulu menemukan aku dengan kawan-kawan sepermainan ketika waktu hingusan.Masa wedding aku 2 bulan yang lalu,sempat lah bersembang sepatah dua dengan kawan-kawan perempuan sekolah rendah ni,yang lelaki,aku nampak dari jauh je.Oleh itu,masa wedding Faridah lah aku jumpa,berbual dengan diorang.Memang sangat lain.masing-masing dah berubah.Tak banyak,tetap ada sedikit perubahan.
Lawak bila di-ingat-ingat-balik cerita-cerita dan kisah-kisah kami dahulu.Waktu masih berhingus.Baligh pun tak lagi.Tapi masa tu pun dah pandai main-main cinta,siap janji-janji,sehidup semati.Cinta monyet.Memang macam monyet lah.
Selamat Pengantin Baru Idah!
Welcome to the club!Yeah!
Seronok juga bila pergi kenduri kahwin lepas-lepas aku baru kahwin ni.Dah macam aku pulak yang kahwin.Maklum,aku kan masih pengantin baru.=) Pergi kenduri orang,ramai pulak yang nak bersalaman dengan aku dan Hayrel,nak ucap Selamat Pengantin Baru.Wah,rasa macam artis pulak.ngeh ngeh ngeh.
Dalam sibuk-sibuk-ramai-orang-orang ghairah buat kenduri kahwin sana-sini,pusat-pusat pengajian tinggi pula berahi menjayakan Majlis Konvokesyen masing-masing.Senang kata, sekarang juga musim graduan universiti tempatan membaling mortar board mereka tinggi-tinggi.Ini termasuklah adik-adik junior aku semasa di UiTM dulu.Congratulation Fadia and Kiki!!!Nobody unless yourself to determine your own destiny!
Teringat zaman muda-muda dulu..
Dasyat time ni,ramai giler cameramen ambik gambar kami.
Yang diri,yang duduk,yang cangkung semua ada.Opps,yang baring pun ada.Betul,aku tak tipu!
Mereka press dari pelbagai media tempatan.
Masa nih aku pun diintebiu tau,keluar lah cerita aku sebagai pelajar cemerlang kononnya,di suratkhabar berita harian dan kosmo keesokan harinya...
Kelam kabut diintebiu,sampai aku lupa nak bawak degree aku!Haih!
Kamu perasan tak aku sorang yang tak pegang pape.
Weh,tengok cameraman la!Awat tengok camera sendiri?
Kenangan bergambar dengan pakcik Naib Cancelor.
Pesanan aku satu,untuk mereka-mereka yang bakal bergelar mahasiswa mahupun yang sedang membawa peranan itu,timba lah dan gali lah ilmu sebanyak mungkin,sebab di peringkat inilah sebenarnya penentu besar masa depan kamu-kamu semua.Penentu kerjaya semua orang.Jangan dok meroyan bercinta,berkepit sana-sini.Macam dunia ini kamu sorang yang empunya.Jangan salah faham pula, aku bukan sampai mengharamkan cinta.Bercinta boleh,tapi biar berpada.Perlu juga bercinta, tidak karang kamu yang akan rugi besar.Tapi,biarlah bercinta secara sihat.Aku dulu bercinta sebagai umpan untuk ke kelas.Bila ada cinta,semangat gila nak ke kelas.Tak gitu?
Dan aku sangat-sangat-teramat risau melihat gejala bunting-membunting-termengandung-terberanak di kalangan mahasiswi hari ini.Nauzubillah.
CGPA yang tinggi ditambah dengan aktiviti ko-kurikulum di universiti memang mendapat permintaan kebanyakan majikan.Memang amat-amat perlu untuk kamu menjual diri kamu.Keyakinan dan self-esteem juga perlu ada.Barulah kamu lengkap sebagai satu pakej yang terhangat di pasaran!Memang lakulah,lebih panas dari goreng pisang panas.Dan pada masa itu,walau kamu masih bergelar fresh graduate,silap hari bulan,kamu juga sudah boleh demanding.Itu yang syok tuh.Tapi berpada-pada lah ye.Ukur baju dan kenalah berpijak di bumi nyata.Jangan terlebih demanding sudah!
Itulah sahaja sedikit yang boleh dan yang aku ada untuk dikongsi sebagai individu yang pernah bergelar mahasiswi.Haih,bilalah nak bergelar mahasiswi lagi ye?Punya angan besar mahu belajar sampai PHD.Tetapi,walau ada PHD dua-tiga,gaji aku tak akan naik,gaji aku tak ada yang special,melainkan aku further professional paper, ACCA.Waduh,gampang banget...
p/s:Datuk Seri Profesor Madya Dr.Norohaida Binti Selamat.Haih!