Wednesday, June 03, 2009

Kawan-Kawan Sume Suruh Pulang.

"Weh makcik, bile nak balik Johor? Balik ar, jom kite hang-out,lepak-lepak.Macam biasa, ko kene open table".





Yang Pertama.


"Aida, dah lupa jalan balik Johor ke? Balikla Johor, haritu kat wedding ko mana sempat gossip-gossip"

Dan Yang Seterusnya.

Kawan-kawan aku sudah mula memberi sistem pesanan ringkas.


Suruh balik Johor.
Ya, Johor sentiasa di hati.Ke mana pun aku pergi, Johor tetap terindah. Dah lama aku tak balik Johor. Udara dan atmosferanya memang sudah lama aku rindu. Kenapa aku sangat sentimentel berkata begitu?Pertama,mak abah, abang-abang,kakak-kakak,adik-adik,ipar duai dan seluruh kerabat aku kebanyakannya di bumi bertuah itu.Kedua,kawan-kawan rapat aku juga semuanya bermastautin juga di bumi bertuah itu.Aku seorang yang tercampak di ibu negara yang tak berapa nak bertuah nih.Sudah tertulis, sesuap nasik aku di sini.Alhamdulillah.
Aduh,perlu balik ke Johor dengan segera nih.Untuk mendengar dan berkongsi cerita sensasi."Hot Story! Hot Story!" itulah tagline kami.

Sekejap sahaja masa berlalu kan?Macam baru je rasanya berada di dewan besar UITM tuh untuk pendaftaran sebagai freshie.Juga masih terasa penat berebut-rebut untuk mendaftar subjek semester hadapan.Dan memang aku tidak akan rasa lagi perasaan naik bas kuning keluar outing. Bernyawa lagi ke abon dan makcik bohsia ye?Hehe. Memang aku sedang rindu dengan kawan-kawan uitm ni.Kelakar betul kan akhirnya kita tinggal kat rumah teres Ah Sun masa final sem.Tulah, orang lain semua dah cari rumah, kita baru terhegeh-hegeh.Sebabnya,tak percaya pada khabar angin kena duduk luar, confident kononnya dapat duduk hostel.Haha. Rindu betul dengan kehidupan di kolej Sempana Alam Buana.Membuat assignment bersama-sama,stay up study last minute sampai bengkak mata,mencipta berbagai-bagai formula untuk lebih mudah mengingati apa yang dibaca dan kebanyakannya berbau lucah,ketawa tak sudah-sudah,bergosip tak habis-habis dan diakhiri dengan bersama-sama ke cafe abang sinki untuk membeli makanan mahupun goreng pisang panas.Atau lebih ekstrem lagi,pergi outing dengan menaiki kereta Dina atau tong-tong duit menyewa kereta sewa dan kadang-kadang paksa julie pinjam kereta abg ekal untuk pekena cendol dan burger Segamat mahupun menikmati aiskrim di MarryBrown.Suka sangat masing-masing duduk di buaian kat MArryBrown tuh. Lepas tu, makan di bilik untuk sambung bergosip.Sangat indah.Memang betul-betul indah lah.



Kami berempat membeli-belah laptop.Untung besar apek acer tu. Pertama, dah lah jelitawan-jelitawan yang datang kedai die,free-free dia dapat cuci mata.Kedua,kedai dia generate income dan terus boleh cover profit untuk suku kedua tahun tuh,sebabnya kami borong laptop empat biji sekaligus.Fuh!


Ingat dulu kami semua nak kerja Bursa.Boleh menyumbang kepakaran demi menjana ekonomi Bumiputera khususnya Melayu.=)



Di rumah sewa Ah Sun pula, Kak Ana dan Fiza menjadi chef terhormat kami semua.Terima Kasih!Masakan anda memang macam masakan mak.Dan aku, seperti biasa,tahu makan sahaja.Pernah jugaklah aku buatkan jemput-jemput untuk diorang.Very the touching kan.










Dan kawan-kawan,entah bila kita akan melaluinya lagi.Mungkin memang tidak akan melaluinya bersama-sama lagi.













Alhamdulilah, kini kami semua sudah bekerjaya tetap.Julie di Maybank,Dina di Honda, Kak Ana Pegawai Kerajaan, Zarith seorang Cikgu dan aku sendiri di sini,berkhidmat untuk negara,terus gigih menggali minyak dan kadang-kadang terjumpa gas juga,untuk kamu semua wahai rakyat jelata.Fiza sahaja yang mengambil keputusan nak duduk di rumah dahulu,menjaga anak.Maklum,dah jadik ibu.












Untuk pengetahuan kamu,mereka berlima semua di Johor!Hanya akuyang tercampak di sini.Dan mereka sangat gembira keluar berlibur bersama-sama,lepak di Danga Bay lah,pekena teh tarik di Mapley lah,tengok wayang tak ajak aku lah.Memang membuat aku jeles.

Sangat jeles lah.Takpe takpe.










Dan mereka sangat suka gelakkan aku sebab antara ramai-ramai aku yang kahwin dulu.Walhal, Julie yang dah ada perancangan ke arah itu.











"Aku kahwin lambat.Memang lambat sikitlah.Nak hantar parents aku gi haji kali ke dua dulu, pastu nak bla bla bla....."











Itulah yang selalu aku cakap.Yang selalu keluar dari mulut aku.Sangat selalu.Memang selalu lah.Sudahnya,utusan raja sehari Norohaida dan Hayrel Mezamil yang siap dulu.Memang betul lah kiranya pendapat yang siapa yang tak nak atau buat-buat tak nak,dia yang dapat dulu.Haih.Sudah bergelar isteri rupanya aku.Masih tidak sedarkan diri lagi.












Dengan itu,kawan-kawan semua!Makluman,aku akan pulang ke tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat dapat makan minum bergelak ketawa sesuka hati.Ya,aku akan pulang ke Johor pada hari Khamis ini,bersamaan dengan 10 Jamadilakhir 1430 Hijrah.Dengan itu,please block your calendar on that particular date.Kepada Mr. Famy dan Encik Aiz,anda juga perlu membaca entri ini and please take note ye!







Mari kita bergossip sesama kita.Haha.








Kudapan yang selalu menemani aku dan fiza semasa menelaah dulu.CHOKI-CHOKI!

Fuh, tulah, kalau lah bapak kami tau kami suka study last minute.Adui.











Panas dan jem otak.Asyik-asyik tengok jam,kira ada berapa jam lagi sebelum exam,pastu macam nak naik pitam sebab kurang lagi 24 jam buku tebal giler satu hape tak sentuh lagi.Dan masa tu lah idea-idea bangang seperti nak ambik MC dan drop paper sume keluar.


Nasib baik lah result kita cemerlang dan gemilang gak kan fiza.Tak gitu?


p/s: Walaupun sudah berkahwin, aku masih memerlukan mereka yang bernama sahabat-sahabat ini.Perasaan nya tak sama!

3 comments:

  1. aida...moga selamat perjalanan mu....

    ReplyDelete
  2. anis,also missing our moment together..
    so long no c huh..=(

    ReplyDelete
  3. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    ReplyDelete