Saturday, November 12, 2011

Setengah Tahun.



Aku tak tahulah, masa yang cemburu kat aku. Atau aku yang masih belum puas menatap muka newborn Harrez Rayyan. Sekejap je, dia dah masuk 6 bulan. Masih terasa baru lagi, momen aku bual-bual ketawa dengan dia kat bilik rumah mak waktu dalam pantang. Alahai.



Genap setengah tahun atau 6 bulan, Rayyan dah mula makan. Makanan pepejal pertama yang Rayyan rasa ialah Avocado lenyek dicampur dengan susu terbaik dunia! Kemain lagi Rayyan makan, berselera sungguh. Siap jilat-jilat mulut, tau. Gelojoh pulak tuh, tak menyabar.



Setiap hari, aku akan bekalkan 2 set bekalan untuk dibawa ke nurseri. Satu untuk sarapan, satu untuk makan tengahari. Letak siap-siap kat dalam flusk Thermos Foogo Snack Jar. Setiap hari jugak Teacher Wani kata Rayyan makan penuh berselera. Dan, setiap hari pun habis licin, ko!



Menu tukar-tukar, ikut jadual diet Annabel Karmel, gitu. Dua minggu pertama ni, puree dulu. Antaranya, menu wajib avocado + milk, carrot + milk, sweet potatoes + milk, apple + milk dan butternut pumpkin + milk. Minggu akan datang, nak cuba buat bubur, letak ikan bilis tinggi khasiat yang aku import jauh dari Labuan tempohari.



Usia 6 bulan bersamaan dengan makanan pepejal, makanan pepejal bersamaan dengan usia 6 bulan. yeay!




Masuk separuh tahun nih, macam-macam yang Rayyan dah pandai buat. Makin lasak, itu pasti. Kalau tak kena gaya, memang satu hari tak boleh nak buat apa, kena perhati aktiviti dia. Tiga hari sebelum masuk 6 bulan, Rayyan dah pandai merangkak. Dengan cekap. Sebelum tuh, merangkak ala-ala, punggung je yang naik kemain tinggi. Sekarang, dah makin laju. Dan, siap pandai tuju cari aku kat dapur. Merata dah dia pusing keliling rumah. Kadang-kadang kat bawah kerusi meja makan, kadang-kadang separuh badan dah terselit bawah sofa dan kadang-kadang kat celah-celah langsir sliding door aku. Alahai anak.



Oh ya, Rayyan dah kenal orang dah. Lebih-lebih lagi Mummy dan Babah lah kan. Siap hulur tangan, mintak dukung kalau nampak kitorang lalu. Cik Fadh dia pun, dia dah kenal. Ada tuh sampai nangis sedu-sedan, keluar hingus bagai nak ikut aku yang tengah khusyuk buat kerja 'mukabuku'. hehe. Kalau dengan orang luar, mula-mula dia perhati dulu buat muka tak puas hati. Lepas tuh, dia menerpa nak ikut. Yelah, orang tuh dah hulur tangan nak dukung. Pantang! Satu Rayyan nih, dia tak takut orang. Dia hentam jek as long ko nak dukung dia. Memang feberet.



Kelmarin, Hayrel tunjuk kat aku video aksi stunt Jackie Chan Rayyan yang dia rekod. Wah, berpaut pada kepala katil cuba bangun sendiri! Bila nampak muka dia kat cermin, kemain senyum-senyum simpul sendiri. Sekarang ni, entah berapa kali dah Rayyan tergolek dok buat macam-macam aksi. Pantang nampak benda tinggi yang boleh dipanjat. Sofa, coffee table, rak tv, kerusi makan habis semua dipanjatnya. Siap berangan, lepas sebelah tangan, ko! Cik Fadh dia lah yang asyik menjerit. Mummy okay je, steady. Kalau jatuh kang, Mummy pujuk lah. Paling horror, panjat tangga. Paling kesukaan, panjat Mummy ngan Babah!



Pada Tuhan, aku mohon diberi kesempatan dan dipermudahkan menjaga Rayyan sebaiknya. Pada Tuhan, aku pinta Rayyan diberi kesihatan dan membesar dengan sempurna. Pada Tuhan, aku tahajjud moga Rayyan menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada Mummy, Babah dan keluarga serta berjasa kepada bangsa dan agamanya. Amin.



Diberi peluang menjadi Mummy kepada Harrez Rayyan adalah momen maha indah dan pengalaman maha hebat yang pernah aku rasa.





Happy 6 months, my son my sunshine!




No comments:

Post a Comment