Wednesday, January 11, 2012

Aquaria KLCC.


Macam biasa, entry basi yang dah lama diperam.

Entah cuti hujung minggu yang bila, aku tak berapa sure. Tapi, yang pasti Rayyan baru menginjak 6 bulan masa hari kejadian. Walawei, ini betul-betul entry peram bersama pekasam. Itupun, mujur belek-belek folder dalam hard disk.


Penyakit sekarang, kalau nak pergi mana-mana mesti nak kena fikir banyak-banyak. Sesuai ke tak, apa kesan kat Rayyan, ada unsur ilmiah ke, baby and mother's room selesa ke tak. Sejak dah ada anak ni, macam-macam. Poyonya kemain.


Rancangan asal nak naik jambatan yang menghubungkan 2 menara di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur. Walau aku dah naik muak lalu situ, pergi meeting sana sini hampir setiap hari. Pun begitu, sebagai isteri mithali dan Mummy jelita, aku nak jugak ahli keluarga tersayang melalui pengalaman sama yang pernah aku rasa. Disebabkan rancangan pun secara adhoc, bangun-bangun tido terus cakap " Jom, bridge KLCC" kat Hayrel, makanya aku tak dapat tiket ngan "orang dalam".


Malangnya, seperti yang dijangka, que yang menunggu sangat-sangat panjang. Macam hari-hari selalu, penuh dengan tourist. Entah apa yang diorang nak buat kat situ ntah. Eh eh.


Hayrel pun tanpa berlengah bagi idea selamat lepas dah nampak bininya nak keluarkan muncung panjang sedepa. " Kita gi Aquaria lah, mesti Rayyan excited tengok banyak fish." Tanpa sempat berfikir, berdesup aku angguk kepala terus setuju.


Bayaran masuk ke Aquaria KLCC bagi warganegara yang punya MyKad RM35. Kalau yang berlagak tourist yang cuma punya pasport, harga biasa je la ya RM45. Untung jadik bayi, free of charge okeyyy! Oh, kalau student pulak ada lagi potongan istimewa RM5. Yang staff pulak, umpama bulan jatuh ke riba, 20% discount! Berbaloi-baloi!


Sampai-sampai terus dihidangkan dengan pemandangan sebegini.


Dua level je kot, tak payah pening-pening nak sesat.


Hah, si kecik bijak bestari ni macam biasalah.
Belum apa-apa, dia dah bantai tidur.
Penat mengalahkan exercise pergi gym.


Tengok tuh, dia gasak tidur lagi.



Sampai terlentok, ko!





Banyak-banyak button, tajuk 'Pembiakan' yang di touch nya.
Man will always be man.




Oh, masa ni pun Rayyan tak mahu bangun lagi.
Hanya bila Babah dia kejut, baru dia celik mata.


Celik-celik mata, terus terkebil-kebil. Takjub.
Mesti dalam hati Rayyan,
"Eh, bila masa pulak Mummy jadik jutawan ni, tetiba ada akuarium dalam rumah.
Besar pulak tuuuu! Er, tapi Mummy nak yang built in akuarium lah. Kan Mummy kan?"




Macam biasa, kemana-mana, Rayyan pasti akan dikerumi.
Wah, budget artis pulak ye Rayyan.
Tengok tuh, siap warning, "Don't kiss me, ya sis." heh.





Boleh tak nak buat satu sebijik macam ni kat rumah?


Uolls nak tahu tak, gigi iolls sama tau macam shark nih.




Ini paya bakau.






It's fish Mummy!



Yup, the most awaiting one!


Ikan pari ni ada muka tau. Horror gila!


Bagi close-up sikit.







Terowong ikan.






Penyu menangis.









Nampak tu kawan-kawan?
Obor-obor bisa membunuh ye.





Cantik gilos!
Sumpah, terus rasa nak buat built in akuarium, deko sebijik macam ni!


Good Egg?
Erkk.


Ok, Harrez Rayyan sila jot notes.
Balik rumah, Mummy nak buat pop kuiz.


Marilah pulang.
Elok je sampai eskalator keluar, Rayyan mula cranky nak tidur.
Penat sangat agaknya.





Untuk si kaki shopping, bolehlah beli buah tangan.
Macam-macam ada.


Oh, yang ni pulak karikatur dan hasil-hasil seni kat level bawah.


Si bayi yang teruja tengok macam-macam rupa dan bentuk ikan.


Penat sangat kot. Terus lena hah.
Yelah, mana nak kagum pertama kali tengok ikan, besar-besar pulak tuh.
Pastu mana nak ingat lagi nama satu-satu yang Mummy dan Babah sibuk ajar.
Dahlah siap paksa sebut. Haih. Habis semua deria kena kerah.

Dalam banyak-banyak benda, ini je yang dibawa pulang. =)


Pergilah bergedik santai di Aquaria KLCC
dengan ucapan 'Save Our Fins'.





P/S: Err, tapi aku peminat sharkfin sup. Okey, makan sup ketam je pasni.



Tuesday, January 10, 2012

Warna Warni 2011.


Hari ni hari jadi Siti Nurhaliza. Dan, hari ni jugak aku cuti.
Err, apa kaitannya?

Kaitannya ialah, aku dapat update blog hari ni. Walau Harrez Rayyan dah masuk lapan kali asyik mengacau tarik wayar dan tekan keypad cuba berlagak menaip.

Istimewa Tahun 2011?

Tiada yang lebih istimewa di tahun 2011 melainkan dengan peristiwa kelahiran Harrez Rayyan Bin Hayrel Mezamil pada bulan Mei yang lalu. Syukur tidak terhingga aku panjatkan kepada yang Esa di atas rezeki yang tidak ternilah berharganya itu. Rayyan yang kami damba. Rayyan yang seluruh keluarga nanti. Rayyan yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rayyan yang lebih berharga dari intan permata!

Dengan cerita manis kelahiran Rayyan, maka secara automatiknya aku telah lupakan dengan sengaja mahupun tidak sengaja cerita-cerita manis yang lain sepanjang 2011 yang lalu. Cerita pahit apatah lagi kan? Oh, cerita manis bonus berganda yang aku terima sempena prestasi cemerlang juga tidak mampu merampas takhta cerita manis si budak bijak bestari, Harrez Rayyan.


Mana mungkin aku tidak cair pabila menatap wajah suci tiada debu sebegini.



Selain ligat mengemaskini ilmu keibubapaan, aku dan Hayrel masih tak sudah-sudah dengan hal-ehwal dekorasi rumah sepanjang 2011. Mahu makan masa bertahun-tahun kalau cerita perihal rumah nih. Tak habis-habis. Yang habis, duit. Keluarnya macam air. Walau kami dah hampir setahun berpindah, banyak yang masih perlu dilakukan. Ni dah masuk 2012 kot, masih ada saki baki deko yang perlu dilunaskan. Bilik Rayyan masih belum semenggah, perlu dicat kaler lelaki maskulin, dan ditampal kertas dindingnya. Landskap kat laman rumah pulak masih belum dijamah langsung. Apa nak buat, budget agak ketat. Ketat-ketat pun dah berpuluh ribu keluar. Ke dah masuk ratus ribu? Dah boleh setel Civic sebijik, kot. Gulp.

Walau berhabis tapi bila tengok hasilnya. Berbaloi-baloi. Syukur.

Tapi sebenarnya memang seronok habis bila terjebak hal ehwal dekorasi rumah nih. Nantilah, bila diberi kelapangan aku kongsi tip dan bajet. Juga serba sedikit hasil yang tidak seberapa.


Rumah oh Rumah.



Alhamdulillah, hampir kesemua azam 2011 telah berjaya dilunaskan. Melencong sikit, itu perkara biasa. Umpamanya macam nak pakai Blackberry Torch tapi terpakai iPhone 4 dan nak LV Thames tapi terbeli Chanel GST!

Cumanya, azam 2011 yang satu dan yang paling major itu akan direalitikan pada awal 2012 nih, dengan izin Tuhan. Ada lambat sikit di atas nasihat otai-otai. Hehe.


Di tahun 2012 ini, tak banyak yang dipinta. Mohon 2012 diberi kesihatan yang baik pada diri dan keluarga, dikurnia keluarga yang bahagia serta amal ibadah yang bertambah.

Oh, moga 2012 menjanjikan kareer yang cemerlang pada aku (mohon dinaikkan gred) serta dipermudahkan strategi untuk merealisasikan impian besar pada 2013.
Amin ya Rabbal A'lamin, Ya Allah.








Thursday, December 08, 2011

MummyBabahHood #01: Stok Solid Food.





Bekal harian untuk budak kecik comel, Harrez Rayyan!




Setiap hari si mak ko ni hah kena bangun pepagi buta. Masak. Siapkan bubur nasi berperisa ikan bilis berkalsium tinggi. Mula-mula memang rasa terbeban nak buat semua-semua ni. Nak masak buat stok bubur untuk seminggu terus, rasa bersalah pulak. Tak sampai hati nak jamu Rayyan bubur frozen. Kalau puree, boleh ampun lagi. Nasib baik, kakak-kakak kandung dan teman-teman, ramai sudi kongsi dan hulur petua. Memang mudah. Jimat masa. Tanpa menjejaskan kandungan protein dan karbohidrat dalam hidangan yang disediakan untuk si kecik tuh.




Mummy's Tips:




1) Basuh beras bersih-bersih. Tak kisahlah beras cap rambutan ke, cap Jalaluddin Hassan ke, berasmathi ke. Yang penting halal.




2) Pastu keringkan beras tuh. Kalau mak dulu-dulu, diorang jemur beras kat tengah laman rumah, letak dalam dulang besar. Kalau sekarang nak buat macam tuh, habis balik kerja tengok beras dah lencun. Dahlah cuaca Malaysia sekarang tak berapa nak menentu. Lagipun, alam sekitar kita semakin kotor, tak elok beras tu nak terdedah macam tuh. So, korang boleh keringkan beras menggunakan teknik 'sangan'. Tak tahulah 'sangan' ni bahasa Jawa ke apa. Kaedahnya, letak beras tadi dalam kuali tanpa minyak yang ditenggek kat atas api dapur.




3) Pandai-pandai lah agak time 'sangan' tuh. Jangan sampai hangit sudah. Lepas tu, beras tadi di blend sampi hancur. Sampai rupa powder macam tuh. Dan simpan dalam bekas tupperware berpenutup sebagai stok.




4) Hanya letak air, kacau dan siap! Tak sampai 15 minit pun nak prepare fresh homemade porridge.




5) Aku selalu hidangkan porridge dengan puree carrot, butter pumpkin, sweet potatoes, sawi, avocado dan seangkatan dengannya. Dan, ikan bilis sebagai perasa. Takpun tambah kismis.




Macam ni lah rupa sedikit sebanyak rice powder tuh.




Ikan bilis sebagai perasa tambahan!




Nak sediakan homemade puree? Easy peasy!




Mula-mula, potong dadu buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut.



Lagi kecik comel lagi bagus. Senang nak empuk.

Lepas tuh, masukkan dalam steamer.
Nak steam satu-satu pun boleh.

Nak steam sekali harung macam ni pun boleh.
Oh, aku ada nampak satu steamer, plus blender. Jenama Avent. Boleh check kat sini.
Sangat praktikal kot untuk travel.
Tapi, aku tak beli sebab dah ada multi cooker merah kesayangan nih.

Macam ni lah lebih kurang bentuk puree.
Untuk bekal Rayyan ke nurseri, memang aku sengaja buat sangat halus.
Maklumlah, buah hati aku tu agak gelojoh kalau makan.
Nak elak tersedak dan bagi senang teacher dia.
Tapi, kalau hari minggu, aku buat kasar sikit tekstur puree tu.


Mmm, inilah aktiviti tambahan setiap hujung minggu.

Stok solid food untuk si dia.



Tak sabar pulak rasanya nak beraksi buat homemade muffin, piza dan pasta!

Welcome to the club Masterchef Aida!

Err.. Chef Selebriti lah. Baru mummy vogue!

Saturday, November 12, 2011

Setengah Tahun.



Aku tak tahulah, masa yang cemburu kat aku. Atau aku yang masih belum puas menatap muka newborn Harrez Rayyan. Sekejap je, dia dah masuk 6 bulan. Masih terasa baru lagi, momen aku bual-bual ketawa dengan dia kat bilik rumah mak waktu dalam pantang. Alahai.



Genap setengah tahun atau 6 bulan, Rayyan dah mula makan. Makanan pepejal pertama yang Rayyan rasa ialah Avocado lenyek dicampur dengan susu terbaik dunia! Kemain lagi Rayyan makan, berselera sungguh. Siap jilat-jilat mulut, tau. Gelojoh pulak tuh, tak menyabar.



Setiap hari, aku akan bekalkan 2 set bekalan untuk dibawa ke nurseri. Satu untuk sarapan, satu untuk makan tengahari. Letak siap-siap kat dalam flusk Thermos Foogo Snack Jar. Setiap hari jugak Teacher Wani kata Rayyan makan penuh berselera. Dan, setiap hari pun habis licin, ko!



Menu tukar-tukar, ikut jadual diet Annabel Karmel, gitu. Dua minggu pertama ni, puree dulu. Antaranya, menu wajib avocado + milk, carrot + milk, sweet potatoes + milk, apple + milk dan butternut pumpkin + milk. Minggu akan datang, nak cuba buat bubur, letak ikan bilis tinggi khasiat yang aku import jauh dari Labuan tempohari.



Usia 6 bulan bersamaan dengan makanan pepejal, makanan pepejal bersamaan dengan usia 6 bulan. yeay!




Masuk separuh tahun nih, macam-macam yang Rayyan dah pandai buat. Makin lasak, itu pasti. Kalau tak kena gaya, memang satu hari tak boleh nak buat apa, kena perhati aktiviti dia. Tiga hari sebelum masuk 6 bulan, Rayyan dah pandai merangkak. Dengan cekap. Sebelum tuh, merangkak ala-ala, punggung je yang naik kemain tinggi. Sekarang, dah makin laju. Dan, siap pandai tuju cari aku kat dapur. Merata dah dia pusing keliling rumah. Kadang-kadang kat bawah kerusi meja makan, kadang-kadang separuh badan dah terselit bawah sofa dan kadang-kadang kat celah-celah langsir sliding door aku. Alahai anak.



Oh ya, Rayyan dah kenal orang dah. Lebih-lebih lagi Mummy dan Babah lah kan. Siap hulur tangan, mintak dukung kalau nampak kitorang lalu. Cik Fadh dia pun, dia dah kenal. Ada tuh sampai nangis sedu-sedan, keluar hingus bagai nak ikut aku yang tengah khusyuk buat kerja 'mukabuku'. hehe. Kalau dengan orang luar, mula-mula dia perhati dulu buat muka tak puas hati. Lepas tuh, dia menerpa nak ikut. Yelah, orang tuh dah hulur tangan nak dukung. Pantang! Satu Rayyan nih, dia tak takut orang. Dia hentam jek as long ko nak dukung dia. Memang feberet.



Kelmarin, Hayrel tunjuk kat aku video aksi stunt Jackie Chan Rayyan yang dia rekod. Wah, berpaut pada kepala katil cuba bangun sendiri! Bila nampak muka dia kat cermin, kemain senyum-senyum simpul sendiri. Sekarang ni, entah berapa kali dah Rayyan tergolek dok buat macam-macam aksi. Pantang nampak benda tinggi yang boleh dipanjat. Sofa, coffee table, rak tv, kerusi makan habis semua dipanjatnya. Siap berangan, lepas sebelah tangan, ko! Cik Fadh dia lah yang asyik menjerit. Mummy okay je, steady. Kalau jatuh kang, Mummy pujuk lah. Paling horror, panjat tangga. Paling kesukaan, panjat Mummy ngan Babah!



Pada Tuhan, aku mohon diberi kesempatan dan dipermudahkan menjaga Rayyan sebaiknya. Pada Tuhan, aku pinta Rayyan diberi kesihatan dan membesar dengan sempurna. Pada Tuhan, aku tahajjud moga Rayyan menjadi anak yang soleh yang berbakti kepada Mummy, Babah dan keluarga serta berjasa kepada bangsa dan agamanya. Amin.



Diberi peluang menjadi Mummy kepada Harrez Rayyan adalah momen maha indah dan pengalaman maha hebat yang pernah aku rasa.





Happy 6 months, my son my sunshine!