Friday, September 18, 2009

1 Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan dengan 22 August 2009 Masihi.



Tahun pertama aku menyambut Ramadhan bersama suami. Dengan lebih tepat lagi bergelar isteri.



Memang mencabar fizikal dan mental. Yelah, 25 tahun bangun pagi sahur tinggal makan je, semua sudah tersedia. Pelbagai hidangan menyelerakan di atas meja. Itupun, kalau ikutkan hati, malas nak basuh muka. Mahu bedal je apa yang ada.



Akal aku, si empunya diri pun kadangkala tak dapat menerima. Kena bangun pagi, seawal 4.30 pagi, siapkan hidangan dan kejut suami tercinta. Mesti ayam kampung peliharaan mak abah aku "confuse" kalau dia nampak muka aku seawal itu. Mahu tersedak nak berkokok pagi tu gamaknya. Untung aku punya suami sempoi. Belasah sahaja yang aku bagi waima baki lauk lepas berbuka tadi.ngeh ngeh ngeh.






Akhirnya..
Terlaksana juga impian nak berbuka di tempat ini.
Berlatar-belakangkan pejabat aku di aras 53 Menara Berkembar itu.

Kuala lumpur bermandikan cahaya malam.




Tapi tak de lah tinggi mana.




Cuma dia sekadar berputar.
Silap-silap, boleh sesat carik meja santapan sendiri.
Semuanya ada di Malaysia, Menara Kuala Lumpur.




..Salam Ramadhan..
Buat kaum keluarga, sahabat handai dan semua kaum Muslimin dan Muslimat seantero dunia. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita sebagai hamba yang lebih baik. Semoga kita menjadi insan-insan terpilih yang bertemu dengan malam yang lebih baik dari 1000 bulan, Malam Lailatul-Qadar hendaknya. Semoga semua umat Islam menjadi Mukmin yang sejati. Semoga kita lebih bersatu-padu untuk menjadi Ummat yang terbaik, yang memimipin dunia, bukan yang ditelanjangi dunia. Insya-Allah.




p/s: Sangat takut jika tak berpeluang berjumpa Ramadhan tahun hadapan. Semoga Tuhan panjangkan umur aku dan insan-insan tersayang supaya dapat beribadah kepada Dia. Amin Ya Rabbal A'lamin.

No comments:

Post a Comment