Saturday, September 26, 2009

Syawal Pertama Punya Suami Beb!!!

Syawal pertama bergelar isteri.



Syawal pertama beraya punya suami.



Syawal pertama punya Mak Abah Mertua.



Err..Syawal kedua aku perlu sedia budget Duit Raya!!!



So, aku memang punya banyak sebab, bukan alasan ye, untuk beraya sakan sampai lupa diri lagi.Yeah!



Dari persediaan kuih muih sampai lah ke persiapan baju raya suami dan lebih-lebih lagi baju raya sendiri, tak lupa juga berjalan dari satu rumah ke satu rumah ala-ala Pak Menteri. Maklumlah, raya pertama sebagai suami isteri!



Ditambah pula, makcik-makcik aku berbuih mulut membebel kat aku. Yelah, lepas majlis makan besar aku aritu, aku masih tak punya masa untuk melawat mereka. Agenda yang harus ada dalam kalendar pengantin baru selepas majlis. Melawat saudara mara sambil menggayakan pakaian sedondon.Opss, tang pakaian sedondon, itu aku yang pandai-pandai tambah. Kepala otak jangan asyik pikir nak berhoneymoon jek, kena tunjuk muka kat saudara-makcik-ipar-duai bagai tu.



Sebelum aku terus melalut, Nah!!!



Gambar-gambar yang sempat aku potretkan lewat Syawal hari itu...








Memohon ampun di pagi Syawal Pertama sepanjang


bergelar isteri mithali.=)









Setelah itu, harus ada sesi posing-posing tahap artis!









Raya pertama kami dipenuhi dengan melawat rumah besan-besan abah aku.




Inilah keluarga besar kami!

Tahun ini, semua adik-beradik-kakak aku beraya belah aku.






Adam Irfan & Eeusoff Dzariff!!




Kesayangan kami!




Mak Abah aku.

Mertua Hayrel.






Kami adik-beradik ada 11 orang!

Tapi tinggal 10, Abang Long tak ada.=(






Menantu-menantu Mak Abah yang hensem, kaya, gagah dan perkasa.

Hahaha.



Kami berlima tidak merokok ye!






Sila beratur kalau nak duit raya dari Atuk!












Raya kedua kami pulang ke kampung Atuk di Air Hitam.

Jangan tak tau, Mak Abah aku pun sekampung.



Sama macam aku kan? Hehe.








Bergambar kenangan di tangga rumah Atuk. Belah mak aku.

Kan ke besh kalau hari-hari, Hari Raya.



Sape kata raya untuk budak-budak kecik je?



Bagi aku dan adik-beradik-kakak-kakak aku, dari kecik sampai sekarang, kami memang sangat-sangat tak sabar menunggu Hari Raya!!!





p/s: Macam biasa, budget duit raya aku tahun ni lebih dari RM1000..Mak aku kata, takpe lah, bukan ke itu sedekah?

No comments:

Post a Comment