Untuk pengetahuan, entri ini ada kene-mengena dengan sistem pesanan ringkas (SMS) dan email persendirian yang aku terima dari laman sesawang fesbuk, frenster mahupun blog ini yang bertanyakan perihal gambar-gambar sekitar majlis kahwin aku yang lalu dari potographer, mak andam yang mendandan, pelamin, hantaran, souvenir untuk tetamu, jurugambar serta termasuklah ada bertanyakan khemah serta budget secara total.gulp.
Tuntutan kerja memang agak melampau untuk hujung tahun 2009 nih. Nasib baik, suami masih dalam keadaan terurus. Aiseh.
Harapan aku, info ini dapat membantu kamu. Majlis Nikah + hantaran, aku simpan dulu yek. (cerita sebenar, pendrive saya tertinggal kat office..=p )
MAJLIS BERINAI BESAR
Tarikh: 27.03.2009
Masa: 9.00 pm
Venue: Kediaman Hj. Selamat, No 333 Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi, Johor
Theme Color: Purple
Persalinan: Seri Delima Bridal
seridelima.blogspot.com
019-710 4041
Make-up Artist: Kak Lydia from Seri Delima
Kalau ikut chronology majlis perkahwinan melayu, Majlis Berinai nih selalunya dilangsungkan selepas Majlis Nikah. Oleh itu, Majlis Berinai aku malam selepas pernikahan berlangsung di siang harinya.
Tarikh: 28.03.2009
Masa: 9.00 am - 11.00 am
Theme: Hijau
Negeri lain aku kurang pasti, tetapi sebagai seorang Johorian, Majlis Khatam Quran adalah wajib bagi kami. Menggigil gak lah mase nih. Mahu nya tak, baca quran (waima ayat lazim jek) guna mikrofon tuh.=)
Tarikh: 28.03.2009
Time: 1.30 pm to 6.00 pm
Theme Color: White and Green
Pink Color (photo-shoot)
Aku memang sangat puas hati dengan majlis aku nih. Tapi, kekurangan itu pasti lah kan. Terima kasih juga pada kawan-kawan yang datang. Memang sangat ramai. Member dari sekolah rendah (yang muka memang banyak perubahan), sekolah menengah (korang memang best!dari majlis nikah, berinai hingga makan besar, mereka ada memberi sokongan) dan juga member-member uitm (mmg saje je lah kan kalau tak dtg..=p). Kawan-kawan dari KLCC pun ada yang datang, sejawat yang rapat-rapat sahaja lah. Aku hanya jemput mereka sahaja.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada Seri Delima, terutamanya Kak Lydia yang menyolek aku sehingga bekas-bekas jerawat sume tak dapat dikesan.Haha.Kawan-kawan aku sume ingatkan aku buat rawatan laser. Solekan Kak Lydia memang sangat santek!!!
Dan untuk pengetahuan kamu, album gambar kahwen aku memang sangat awesome di tangan Seri Delima!!! Lima bintang lah.
Ini memang pelamin impian saya.
Dia datang. Baru lepas hujan masa nih.
Satu lagi tradisi Johor yang manis untuk dikenang.
aww.
Pesan abah aku.
Dah boleh duduk rapat-rapat.=)
Doa pembuka untuk keberkatan majlis.
Makcik-makcik sebelah sini.
Dan aksi-aksi bersama darah daging wajiblah ada kan..
Momen paling besh.
Penat dah jalan.
Doa pembuka untuk keberkatan majlis.
Perut, si housemate Hayrel.
Ujie, si classmate high school aku dulu.
Baling gula-gula disertai duit dan intan permata.
WOW.
Orang tua pun sama gaduh.
Haih.
Terkenang dolu-dolu.
Mak malu-malu nak pegang bunga tuh.
Blushing.
Maklum, my family is big.
Masing-masing membuat aksi senget.
Weh, cover sikit weh, anak murid memasing tengok tuh.
Si t-shirt putih itu bukan kembar Hayrel ye.
Makcik-makcik sebelah sini.
Tak sempat nak bergambar di pelamin.
Pom-pom boys.=)
Sayang korang.hehe.
Weh, bila mahu lepak lg?
***Err..smp skarang aku xjpa gambar Aiz ngan Famy sume.
Aku rase diorang posing sakan tp abg photographer xsnap ke??
Confuse sampai kini. Sedih tol.
Mase muda-muda bergelar siswi dulu.
Memang indah lah..
Dan berikut adalah aksi-aksi gedik dan galaks dengan team SMKA.
Dan berikut adalah aksi-aksi gedik dan galaks dengan team SMKA.
Tapi ramai yang lambat time nih.
Yantok, Fir, Zal sume tidak bergambar sama.
Dan aksi-aksi bersama darah daging wajiblah ada kan..
Pink always be favourite.
Suap-suap sampai kita tua tau dear.
Saya suka.
Suap-suap sampai kita tua tau dear.
Saya suka.
Lelaki itu juga.=)
Our lovely wedding cake.
Cake cutting.
Zoom siket muka pengantin.
Ala ala tomei tomei tomei.
Mai secawan!!!
Cak Cak Bah!
Ada oraqng cuba buat muka chomel.
ngeh ngeh ngeh.
Hahaha.
Cak Cak Bah!
Ada oraqng cuba buat muka chomel.
Tapi jadik comot akhirnya.
sangat kesian.huahua.
sangat kesian.huahua.
Dekat nak maghrib dah rasenya.
Isk isk isk.
Syahdu gak masa nih.
Tapi lagi tak boleh blah time nikah hari sebelum tuh.huhu.
muka-sendiri-tempah-sendiri.
Juga dikurnia anak-anak soleh, sihat, bijak, hensem, jelita, comel.
Mencari butik pengantin terbaik dengan budget yang ada memang memeningkan kepala.Yelah, tengok majalah, baju pengantin yang ini cantik lah. Tengok rancangan NONA, eh nak baju yang macam tu jugak lah. Itu baru soal baju, belum soal pelamin dan make-up artist diambil kira lagi. Ya, kalau kamu punya banyak masa seperti tidak bekerja kerana bakal suami seorang Datuk atau anak bakal Tun, memang senang nak guna khidmat solek dari si A, pelamin dari si B, baju pulak dari designer C, manakala hiasan bilik tidur pulak khidmat si D. Tapi kalau kuli macam aku, tak boleh lah kan.
Aku cadangkan kamu pilih one stop bridal centre. Di mana semua perkhidmatan perkahwinan berada di bawah satu bumbung. Itu lagi mudah. Selain dari senang nak menguruskan masa, tak payahlah kamu bersusah payah carik parking dekat 2-3 tempat yang berbeza kan. Ok, di sini aku ada list kan beberapa bridal boutique yang menjadi pilihan aku;
1) Seri Delima Bridal Boutique
Of course lah, yang pertama menjadi pilihan aku kan. Butik ini terletak di Taman Impian Emas, Johor Bahru. Baju diorang memang cantik-cantik. No 1 in JB and Singapore!Opps, Singapore aku kurang pasti. Pelamin diorang pun meletops. Latest design.
Selain itu, Kak Lydia si Lady Bos butik ini memang mempunyai kepakaran menyolek. Kalau dah cantik, lagi bertambah cantik lah kamu semua di tangan dia. Sama macam aku dulu. Haha. Serius, bukan aku yang kata, kawan-kawan, tetamu lain yang kata.=)
Nak tau lebih lanjut, nah ambik nih:
019-7397762 / 019-7104041
2) Butik Pengantin Syahirah
Butik ini memang khas untuk pengantin bertudung sahaja. Pemiliknya, En. Ismail selalu punya idea-idea kreatif terutamanya cara ikatan tudung. Memula dulu, aku ada hati juga nak menggunakan perkhidmatan beliau. Sebab aku memang sangat teruja dengan baju pengantin warna putih rekaan butik nih. Tetapi, mengenangkan Rawang dan Kota Tinggi tuh jauh, keinginan aku tu dipendamkan sahaja. Untuk lebih lanjut, bolehlah korang jengah ke butik ini di
No 5, Jalan Bunga Kertas 1B/2, Bukit Beruntung, Rawang. Baru-baru ini, butik Syahirah baru sahaja melancarkan jenama diorang yang terbaru, Udaimatunnur by Syahirah.
Susah-susah sangat, korang boleh jugak klik di sini dulu untuk survey; http://www.udaimatunnur.com/
Takpun, terus je call cik mail di talian 013-3707945
3) Nana Bridal
Salah satu butik yang khidmat mereka pernah aku gunakan adalah Nana Bridal. Aku guna baju si Nana nih (eh, bukan guna Nana, guna baju Nana la I means) untuk sesi posing-posing ala gediks untuk outdoor photography aku. Baju-baju Nana Bridal nih tidak kurang juga hebatnya. Cantik-cantik. Dan yang paling best, harga yang ditawarkan memang sangat berpatutan la gua cakap lu. Hehe. Kalau korang nak tengok baju yang aku pakai, bolehlah jengah facebook aku. Sila add Aida Selamat dan pergi ke photo album yang diberi nama 1..2..3 Actions! Sila lah ye.
Dan, boleh juga layari di http://nanabridalboutique.blogspot.com/
Nak terus telefon si Nana nih wat appointment pun boleh, 012-2762464
4) Adli Bridal
Ni satu lagi Butik di Johor Bahru, Adli Bridal. Masa aku nak kahwin dulu, kakak aku memang cadangkan sangat-sangat butik nih. Make-up si Adli ni pun cantik. Dan kalau masih ada yang tak perasan, si Adli ni adalah salah satu team yang menjayakan majlis gilang-gemilang Ekin-Mawi di Johor Bahru dulu tuh. Korang ingat tak, kerusi di pelamin mawi yang tinggiiiiii tuh, Adli ni lah tuan empunya. Kerusi tinggi + Background pelamin yang guna roses petals warna merah banyak-banyak tuh. Nilah pak andam dia. Adli ni kira pioneer untuk rekabentuk pelamin sebegitu la. Butik dia area Bandar Baru Uda. Aku lupa la address dia.
Adli ni pun tak sombong, very the friendly. Sila dial 013-7731175 untuk tanya lebih lanjut ye.
5) Butik Lynda Rahim
Butik yang juga menjadi pilihan aku. Quite affordable lah. Aku rasa si pelakon Sari Yanti tu yang memfofularkan butik nih. Lynda Rahim Kuala Lumpur nih terletak di Taman Dagang, Ampang.
Tak payah aku cerita panjang lebar, korang layari sendiri dan pasti terpegun di http://www.lyndarahim.com/ Kalau tak puas hati jugak, roger diorang di 03-4252 8298.
6) Kapas Couture
Aku rasa ramai yang tahu, Kapas Couture adalah di antara orang kuat majlis perkahwinan "Wedding of the Decade - Siti Nurhaliza & Datuk K" tahun 2006 dulu. Aku tak pernah la pulak berimpian nak menggunakan khidmat diorang nih yang diketuai oleh En. Kem Salleh, sebab aku rasa budget pun mestilah hebat kan. Ukur baju di badan masing-masing ya.
Tetapi, kalau mampu apa salahnya. Kapas ni memang awesome. Kalau tak percaya, korang explore http://www.ashleykapas.com/ ataupun nari kan jari di talian 03-42577757 /012-390 3128 ye anak-anak.
Phew!
Aku dah tak larat nak sambung lagi. Oleh itu, hal-hal photographer, make-up artist, souvenir, hantaran, kek kahwin sume aku akan cover pada entri yang akan datang la ye.
Mahu melepak di Pak Li Kopitiam bersama suami terbaek ku ini. Sangat indah pekena Cendol Pak Li tuh. Takpun pekebenda ntah nama satu dessert die, Durian Belanda dot dot dot. Nanti aku snap gambar yek. Dah, kesat air liur tuh!
Salam...
ReplyDeleteUntuk fotografi perkahwinan & pertunangan
klik -> www.kelanakreatif.blogspot.com
tq
Selamat Hari raya korban. Semoga segala pengorbanan kita diterima Allah swt. Amiinn..
ReplyDelete