Sunday, August 14, 2011

Three Series.




Tahun lepas berparti di Phuket.




Tahun ni, bersamba bertiga dengan Rayyan sudahlah.




Eh, berlima. Tambahan 2 orang pembantu, si bibik kesayangan.




Sempena ulangtahun ke 30 Hayrel, kami tiup lilin di One Utama.






Budak Harijadi yang girang dengan usia three (3) series nya.


Ala-ala kereta impian bininya, BMW gitu.




Harijadi Hayrel tahun ni jatuh pada bulan Ramadhan. Jadinya, aku memang takde nak plan apa-apa, jauh lagi percutian secara mengejut ya. Meraikan dengan amat wasatiah sekali. Makan-makan, buka puasa di Seoul Garden, cawangan One Utama. Kebetulan, majikan aku bagi bonus serta durian runtuh pencapaian kerja secara berganda-ganda tahun ni, dapatlah Hayrel hadiah harijadi yang agak mewah. Eh, bukan jam tangan Bell & Ross lah. Bukan Bukan.


Itu tunggu aku bergelar Datuk dulu.
























Di Seoul Garden, One Utama.


Ambik kau! Dah nama steamboat, segala macam seafood ada. Dari udang, ketam, lala, tiram, kerang dan macam-macam lagi. Tak termasuk berjenis-jenis marinated beef, yang kesemuanya sangat lazat-lazat. Ditambah pencuci mulut yang beraneka. Memang macam pelangi, kan?

Apa lagi, kami anak beranak dan adik beradik dengan lahap berlumba makan.


Mujur, budak harijadi dapat diskaun 50% sebab makan berempat. Kalau berlima, terus free-of-charge untuk budak harijadi. Kan berbaloi-baloi namanya tuh. Untuk dinner, memang agak mahal berbanding lunch.


Kelihatan dua orang gadis dengan begitu gigih sekali meniup udang.


"Kamilah bibik Rayyan yang setia. Mengendong Rayyan secara bergilir-gilir."



Mereka berdua kuat buli anak aku. Kesian budak kecik tuh.



Akibat ada dua bibik, Rayyan dah jadik ketuman (kesedapan) nak didukung sentiasa. Oh anak.



Budak Harijadi makan dengan gelojoh sekali.



Oh, kesian anak aku. Yang hampir dipinggirkan itu.



Inilah masalahnya kalau meja makan ada cermin. haih.



Say cheeseee.






Budak kecik comel ni, memang behave je kalau dibawa makan atau jalan-jalan kat luar. Dah kebal kot sebab semuda 44 hari Rayyan dah keluar outing. Teringat masa lepas beranak balik Johor dulu, dahlah gerak malam. Tapi syukur, Rayyan tidur sahaja sepanjang perjalanan KL ke Johor. Tup-tup, Rayyan pancut nenek sebaik menjejakkan kaki di Johor. Bertuah. Memang cucu nenek. Sampai sekarang, Rayyan suka betul kalau dapat berbual dengan nenek.

Chemistry, orang kata.


Sampai terkeluar-keluar hah air liur tengok Mummy makan. Sabar ya, kena tunggu Rayyan 6 bulan. Baru boleh rasa.







Siapa setuju aku paling cantik?


Haha.



Terserlah kekurusan dan ke'slim'an aku.


Maka, Rayyan pun tercengang-cengang dengan aksi Mak nya itu.



Masa ni Rayyan dah mula tunjuk intro, tak mahu duduk dalam stroller dah.



Diikuti dengan muka terpaksa senyum dan redha.


Dan,






.








.








.










Inilah hasilnya bila Harrez Rayyan dah tak boleh tahan, dah tak boleh blah la Mummy!


Rayyan ngantuk sangat-sangat!


Sebagai penutup bicara,




.












.












.











Sekarang, kami dah ada family tree.




Sampai tertanggal-tanggal sebelah kasut Rayyan. Demi nak pandang kamera.


Selamat Hari Jadi Babah Hayrel! Semoga panjang umur, murah rezeki.


Ai sayang u sampai syurga, hingga hujung nyawa.



1 comment:

  1. hy dear..u beli quinny zap xtra ryt? u buy the maxi cosi seater jugak ker? hw much all? n the seater bleh pakai frm 3mths up til brapa yek?

    ReplyDelete