Entri peram yang dah berkulat dan naik basi. Haha. Dah nak Raya Haji, aku baru terhegeh-hegeh macam siput nak update cerita Raya Aldilfitri. Siput pun sedih kalau tahu. Nak buat macamana, banyak sangat open house yang perlu dihadiri setiap hujung minggu Raya Aldilfitri yang lalu. Inilah kesannya.
Oleh sebab Raya Aidifitri tahun 2011 merupakan sambutan lebaran pertama buat Rayyan, maka aku gagahkan diri, curik-curik masa jugak menaip barang satu, dua perenggan entri basi.
Meriah. Memang meriah sambutan hari raya yang lalu. Meriah dapat duit raya. Macam-macam warna ada. Hehe. Syukur, rezeki Rayyan. Bolehlah setakat buat yuran tahunan masuk kelas Gymboree kang.
Warna tema tahun ini ialah biru turquoise. Kenapa Mummy Rayyan pilih warna tersebut? Sebabnya, nak budget tak nak buat baju vogue lain untuk majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Harrez Rayyan yang dirancang pada musim raya jugak. (Vogue ke?) Yelah, kenduri Aqiqah memang wajib kena pakai kaler ala-ala biru gituh.
Yadda yadda!
Inilah baju melayu pertama Rayyan.
Esklusif dijahit oleh tailor pakar yang berpengalaman lagi masyur di negeri Johor, Puan Bahriah.
Siapa lagi, kalau nenek tercinta Rayyan!
Macam biasa, wajib ada gambar tipikal hari raya.
Anak beranak duduk atas kerusi jati berkerawang.
Masih gambar tipikal hari raya.
Bersama Atuk dan Nenek di pagi raya.
Setiap tahun, malam raya aku ngan Hayrel akan tidur di rumah mak dan abah mertua aku.
Esoknya, selepas bersalaman di pagi raya, kami berdesup ke rumah mak dan abah aku pulak. Dengan pantas dan tuntasnya. Hehe.
Nak buat macam mana. Dah namanya raya.
Gambar tipikal, pose bersama adik beradik, anak beranak mesti ada.
Tapi, tahun ni kami buat pose lain sikit.
Iaitu tanpa memerlukan pertolongan kerusi jati lagi.
Selepas itu, juga aktiviti tipikal raya.
Mula-mula, kami berkunjung ke rumah jiran tetangga dulu. Macam biasa.
Lepas tuh, baru ke rumah besan-besan Mak dan Abah aku. Sebelum bergerak ke Muar.
Anak Babah.
Puas beraya di Kota Tinggi, kami pulang sambung kutip duit raya di Muar pulak.
Pagi raya kedua, kami konvoi 8 buah kereta menuju ke rumah Tok Yot.
Juga sama, seperti tahun-tahun sebelumnya.
Rumah pusaka tercinta.
Ianya banyak menyimpan memori kanak-kanak kami.
Ya. Walaupun aktiviti-aktiviti harian, makanan-makanan yang dihidang, waima aksi posing snap gambar semasa hari raya adalah sama setiap tahun, namun, kita tak pernah dan tak akan muak untuk melaluinya. Malah, akan tertunggu-tunggu detik dan harinya. Sebab mudah, selain meraikan kemenangan umat islam yang berjaya menahan lapar dan dahaga berpuasa serta menahan godaan nafsu, hari raya merupakan hari berkumpul, makan besar anak beranak dan sanak saudara. Masa nilah, ramai yang ambik cuti panjang. Masa ni jugaklah baru nak kenal sepupu sepapat berkongsi cerita. Bukan bergosip ye. Hehe.
Raya pertama kami sebagai sebuah famili ceria.
Amboi, amboi, amboi, kemain hepi rayyan beraya ya, senyum sampai ke telinga.
Masyuk nampak.=)
No comments:
Post a Comment