Wednesday, October 26, 2011

Majlis Aqiqah dan Potong Jambul.



Eh eh, baju comel anak bujang mana pulak ni?=)


Rancangan asal, nak buat majlis Aqiqah dan Potong Jambul Harrez Rayyan dalam hujung bulan Julai, dua tiga minggu lepas aku habis pantang. Abah suruh buat kat rumah aku tuh. Yelah, boleh buat kenduri kesyukuran masuk rumah sekali. Maklumlah, masuk rumah harituh pun baca doa sendiri-sendiri je. Tapi, Hayrel tak confident. Takut takde orang datang. Takut yang datang kang jiran sebelah rumah kanan kiri dengan kawan-kawan aku jek. Maklumlah, belum berkenalan dengan jiran tetangga sangat. Walau dah duduk hampir setengah tahun. Hehe.

Sudahnya, majlis Aqiqah drag ke September, waktu orang tengah mood hari raya. Kat mana? Tentulah kat rumah mak abah aku. Tunggulah majlis kahwin Rayyan kang, baru buat kat rumah kami kot. Err, ke masa tu nak buat kat Concorde Shah Alam. Chait!

Malas nak cerita panjang, jom usha gambar-gambar sekitar majlis.

Ops, nak cerita sikit. Untuk pelamin berendoi, aku masih menggunakan perkhidmatan bridal boutique aku dulu, Seridelima. Kat Johor ni, tak banyak choice. Kalau lah jadik buat kat Shah Alam hari tu, memang aku ambik pakej Aqiqah dari TheWeddingFairies. Sangat suka dengan deco dia okeyyy. Pertama kali nampak masa majlis Aqiqah Sazzy Falak. Wah, mak perasan artis nok. =)

Diorang pun ada caterer sendiri, kalau tak silap. Aku dah ber-email-email jugak dengan this team nih. Tapi, apa nak buat.

Caterer pulak aku guna khidmat Pakcik Salim. Memang terbaik ar kambing black paper dia! Family aku memang dah biasa dengan khidmat Pakcik Salim nih. Majlis kahwin dulu pun, Abah ambik dengan dia. Sedap, mudah, murah dan tak berkira sangat. Waaa, teringat plak Beriyani Ayam Merah dia!

Err, Pakcik Salim takde blog la weh.

Dah, jom layan gambar.






Dais yang di idam-idamkan. Thanks Kak Lydia for the beautiful job!



Bunga Pohor by Iezai Cenderahati.
Last minute order. Tulah, confident je yang Kak Ena WishingFavours boleh buat. =(


The souvenir.

Yaasin, Chocolate Bar, Gift Box by Wishing Favours.

Paper beg? Rembat kakak aku punya. Hehe.
Merata carik blogger jual paper bag.
Tak jumpa yang berkenan. Dok bertangguh, tahu-tahu dah tak sempat.


The Gift Box. Dalam dia aku letak pelbagai gula-gula dan coklat.
Aku suka sangat kot dengan this Box.


The chocolate bar. Yeay!


Yaasin. Haruslah mengikut warna tema.

Pink and Turquoise!

Thanks Kak Ena from WishingFavours.
Of course, I will order with you again for my next event, sis!

Masih kempunan dengan bunga pohor dia. =(
Cantik wo. Korang bolehlah order.


Apalah pengantin ni, ngences pulak. Haha!

Fhotographer from Encik Opie.

Demi nak menjaga mood budak kicik nih,
Opie the photographer snap-snap gambar Rayyan sebelum majlis.





Rayyan memang suka bergambar!
New talent that Mummy can smell it.

Dan,

Majlis pun berlangsung.




The kumpulan Marhaban.



Wah, menyangap.


Dalam buaian pun sibuk nak main.




Nenek dan Tok Mak.







Kemain galak dia ketawa, kan?
Nak tahu kenapa?
Kat depan tuh, kemain ramai anak dara yang dok mengagah.
Tu yang galak semacam. haih.







Mummy nak frame gambar ni.




..THE 3 OF US..



Kan?

Memang suka camwhoring, kan?

Okey, nanti Mummy hantar casting memana iklan. heh.

MUMMY LOVE THIS PICTURE DAMN MUCH!

Okey, gambar kedua yang akan di frame.


Rayyan with the cousins.


Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
Terima Kasih kepada semua yang membantu dan datang memeriahkan majlis.
Terutamanya kat Mak, Hajjah Bahriah ngan Abah, Hj Selamat.
Kerana mensponsor place. Ewah.

* Of couse la, akan frame gambar di atas nih!!!


Mummy and Babah love u to bits and pieces, Harrez Rayyan!


Thursday, October 13, 2011

Gigi Satu.


Semalam, balik dari kerja, aku telah dikhabarkan dengan satu berita. Tepat pukul 8.15 malam. Hayrel beritahu, Teacher Wani khabar kat dia yang Rayyan dah tumbuh gigi satu. Oh, semalam jugak genap umur Rayyan 5 bulan. Terkejut beruk aku. Mummy jenis hape ni, anak sendirik *sulung dan pertama pulak tuh* tumbuh gigi pun tak perasan. Maka, aku dengan lajunya terus raba-raba gusi Rayyan. Sah. Comel je sebatang. Dah agak tinggi jugak giginya. Patutlah, Rayyan demam seminggu yang lepas. Nak tumbuh gigi rupanya. Haih. Cepatnya, nak oi!


Lagi sebulan, Rayyan dah boleh makan solid food. Kesian kat dia sekarang nih, kalau kitorang makan, dia mesti jilat-jilat mulut. Terbeliak bijik mata merenung makanan aku, dari pinggan sampai masuk ke mulut Mummy-nya nih. Pastu, pantang nampak air, lagi-lagi kalau kaler-kaler. Cepat je nak mencapainya. Pernah masa dia baru 4 bulan, Cik Fad dia hulur twisties, kemain laju dia menerkam. Bakal kuat makan macam siapalah tu kan. Huhu.



Gigi dah tumbuh petanda dah nak terima makanan pepejal, kot. Makanya, aku dah buat persediaan sikit-sikit. Baca-baca dulu apa yang patut. Hujung minggu yang lepas pun, dah carik buku-buku resipi untuk bayi. Eleh, kacang je. Tak payah nak latihan tekan tubi nak memasaknya. Tak payah kemain nak prektis awal-awal. heh.



by oh-so-famous Annabel Karmel.


Padat dan lengkap isi kandungan buku ni. Resipi terbahagi kepada 3 tahap pembesaran anak sehingga mencecah 1 tahun. Siap ada dinyatakan peralatan-peralatan wajib ada sebagai persediaan nak bagi bayi makan. Macam hand blender, ice-cube tray, grinder, steamer dan macam-macam lagilah. Menu diet yang sihat untuk bayi pun ada. Teringat pulak zaman mak-mak kita dulu. Ada blender cabuk dan ayak murah untuk melenyek nasik secara manual pun dah cukup dah. Gemuk jugak aku nih. Mak moden zaman sekarang, kemain over lagi. Excited. Kalau boleh, nak bagi semua yang terbaik dan termahal untuk anak.*Mentaliti orang kita, yang termahal itulah yang terbaik. Padahal tak semestinya yang termahal adalah terbaik*.


Online shopping pun aku dah buat dah. Rambang mata tengok set-set pinggan dan sudu garfu yang warna warni tuh. Tinggal nak beli Bumboo seat je. Ish, kemain comel lotey barang-barang peralatan jenama Annabel tuh, kan? Kat mana nak dapat brand tu weh?


Oh, gambar Rayyan dengan gigi satu belum berjaya di snap lagi. Kemain payah. Tahu je lah budak nak membesar, aktif sangat-sangat. Sian dia sampai nangis-nangis dibuat aku. Haha.


Saturday, October 08, 2011

Lebaran Pertama.


Entri peram yang dah berkulat dan naik basi. Haha. Dah nak Raya Haji, aku baru terhegeh-hegeh macam siput nak update cerita Raya Aldilfitri. Siput pun sedih kalau tahu. Nak buat macamana, banyak sangat open house yang perlu dihadiri setiap hujung minggu Raya Aldilfitri yang lalu. Inilah kesannya.

Oleh sebab Raya Aidifitri tahun 2011 merupakan sambutan lebaran pertama buat Rayyan, maka aku gagahkan diri, curik-curik masa jugak menaip barang satu, dua perenggan entri basi.

Meriah. Memang meriah sambutan hari raya yang lalu. Meriah dapat duit raya. Macam-macam warna ada. Hehe. Syukur, rezeki Rayyan. Bolehlah setakat buat yuran tahunan masuk kelas Gymboree kang.

Warna tema tahun ini ialah biru turquoise. Kenapa Mummy Rayyan pilih warna tersebut? Sebabnya, nak budget tak nak buat baju vogue lain untuk majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Harrez Rayyan yang dirancang pada musim raya jugak. (Vogue ke?) Yelah, kenduri Aqiqah memang wajib kena pakai kaler ala-ala biru gituh.




Yadda yadda!
Inilah baju melayu pertama Rayyan.
Esklusif dijahit oleh tailor pakar yang berpengalaman lagi masyur di negeri Johor, Puan Bahriah.
Siapa lagi, kalau nenek tercinta Rayyan!


Macam biasa, wajib ada gambar tipikal hari raya.
Anak beranak duduk atas kerusi jati berkerawang.


Masih gambar tipikal hari raya.
Bersama Atuk dan Nenek di pagi raya.
Setiap tahun, malam raya aku ngan Hayrel akan tidur di rumah mak dan abah mertua aku.
Esoknya, selepas bersalaman di pagi raya, kami berdesup ke rumah mak dan abah aku pulak. Dengan pantas dan tuntasnya. Hehe.


Nak buat macam mana. Dah namanya raya.
Gambar tipikal, pose bersama adik beradik, anak beranak mesti ada.
Tapi, tahun ni kami buat pose lain sikit.
Iaitu tanpa memerlukan pertolongan kerusi jati lagi.


Selepas itu, juga aktiviti tipikal raya.
Mula-mula, kami berkunjung ke rumah jiran tetangga dulu. Macam biasa.
Lepas tuh, baru ke rumah besan-besan Mak dan Abah aku. Sebelum bergerak ke Muar.


Anak Babah.


Puas beraya di Kota Tinggi, kami pulang sambung kutip duit raya di Muar pulak.
Pagi raya kedua, kami konvoi 8 buah kereta menuju ke rumah Tok Yot.
Juga sama, seperti tahun-tahun sebelumnya.


Rumah pusaka tercinta.
Ianya banyak menyimpan memori kanak-kanak kami.




Ya. Walaupun aktiviti-aktiviti harian, makanan-makanan yang dihidang, waima aksi posing snap gambar semasa hari raya adalah sama setiap tahun, namun, kita tak pernah dan tak akan muak untuk melaluinya. Malah, akan tertunggu-tunggu detik dan harinya. Sebab mudah, selain meraikan kemenangan umat islam yang berjaya menahan lapar dan dahaga berpuasa serta menahan godaan nafsu, hari raya merupakan hari berkumpul, makan besar anak beranak dan sanak saudara. Masa nilah, ramai yang ambik cuti panjang. Masa ni jugaklah baru nak kenal sepupu sepapat berkongsi cerita. Bukan bergosip ye. Hehe.


Raya pertama kami sebagai sebuah famili ceria.

Amboi, amboi, amboi, kemain hepi rayyan beraya ya, senyum sampai ke telinga.
Masyuk nampak.=)


Sunday, August 14, 2011

Three Series.




Tahun lepas berparti di Phuket.




Tahun ni, bersamba bertiga dengan Rayyan sudahlah.




Eh, berlima. Tambahan 2 orang pembantu, si bibik kesayangan.




Sempena ulangtahun ke 30 Hayrel, kami tiup lilin di One Utama.






Budak Harijadi yang girang dengan usia three (3) series nya.


Ala-ala kereta impian bininya, BMW gitu.




Harijadi Hayrel tahun ni jatuh pada bulan Ramadhan. Jadinya, aku memang takde nak plan apa-apa, jauh lagi percutian secara mengejut ya. Meraikan dengan amat wasatiah sekali. Makan-makan, buka puasa di Seoul Garden, cawangan One Utama. Kebetulan, majikan aku bagi bonus serta durian runtuh pencapaian kerja secara berganda-ganda tahun ni, dapatlah Hayrel hadiah harijadi yang agak mewah. Eh, bukan jam tangan Bell & Ross lah. Bukan Bukan.


Itu tunggu aku bergelar Datuk dulu.
























Di Seoul Garden, One Utama.


Ambik kau! Dah nama steamboat, segala macam seafood ada. Dari udang, ketam, lala, tiram, kerang dan macam-macam lagi. Tak termasuk berjenis-jenis marinated beef, yang kesemuanya sangat lazat-lazat. Ditambah pencuci mulut yang beraneka. Memang macam pelangi, kan?

Apa lagi, kami anak beranak dan adik beradik dengan lahap berlumba makan.


Mujur, budak harijadi dapat diskaun 50% sebab makan berempat. Kalau berlima, terus free-of-charge untuk budak harijadi. Kan berbaloi-baloi namanya tuh. Untuk dinner, memang agak mahal berbanding lunch.


Kelihatan dua orang gadis dengan begitu gigih sekali meniup udang.


"Kamilah bibik Rayyan yang setia. Mengendong Rayyan secara bergilir-gilir."



Mereka berdua kuat buli anak aku. Kesian budak kecik tuh.



Akibat ada dua bibik, Rayyan dah jadik ketuman (kesedapan) nak didukung sentiasa. Oh anak.



Budak Harijadi makan dengan gelojoh sekali.



Oh, kesian anak aku. Yang hampir dipinggirkan itu.



Inilah masalahnya kalau meja makan ada cermin. haih.



Say cheeseee.






Budak kecik comel ni, memang behave je kalau dibawa makan atau jalan-jalan kat luar. Dah kebal kot sebab semuda 44 hari Rayyan dah keluar outing. Teringat masa lepas beranak balik Johor dulu, dahlah gerak malam. Tapi syukur, Rayyan tidur sahaja sepanjang perjalanan KL ke Johor. Tup-tup, Rayyan pancut nenek sebaik menjejakkan kaki di Johor. Bertuah. Memang cucu nenek. Sampai sekarang, Rayyan suka betul kalau dapat berbual dengan nenek.

Chemistry, orang kata.


Sampai terkeluar-keluar hah air liur tengok Mummy makan. Sabar ya, kena tunggu Rayyan 6 bulan. Baru boleh rasa.







Siapa setuju aku paling cantik?


Haha.



Terserlah kekurusan dan ke'slim'an aku.


Maka, Rayyan pun tercengang-cengang dengan aksi Mak nya itu.



Masa ni Rayyan dah mula tunjuk intro, tak mahu duduk dalam stroller dah.



Diikuti dengan muka terpaksa senyum dan redha.


Dan,






.








.








.










Inilah hasilnya bila Harrez Rayyan dah tak boleh tahan, dah tak boleh blah la Mummy!


Rayyan ngantuk sangat-sangat!


Sebagai penutup bicara,




.












.












.











Sekarang, kami dah ada family tree.




Sampai tertanggal-tanggal sebelah kasut Rayyan. Demi nak pandang kamera.


Selamat Hari Jadi Babah Hayrel! Semoga panjang umur, murah rezeki.


Ai sayang u sampai syurga, hingga hujung nyawa.



Wednesday, July 27, 2011

Ki Ki Bah!









Cak!




Mak kata, aku terlebih makan kalsium masa pregnant dulu. Sebabnya, Rayyan seusia 2 hari sudah pandai angkat kepala. Sekarang ni dah 2 bulan lagilah, makin tinggi menjengah. Siap angkat-angkat kening pulak. Tambah-tambah masa nak mandi, Rayyan suka lonjak-lonjak kaki nak berdiri. Memang macam tu dia sejak dari pantang dulu. Betullah. Memang terlebih kalsium.





Alhamdulillah. Setakat hari dan waktu ini, Rayyan mudah dijaga. Hanya menangis bila lapar susu. Poo poo pun kadang-kadang dia hentam tidur. Anak siapala tu kan? Tak tahulah pulak bila dah besar nanti macamana. =)





Buat masa sekarang, adik aku yang tengah cuti sem tolong jaga Rayyan. Sementara waktu, sampailah dia sambung kuliah bulan September nanti. Jadi, kehidupan aku masih terurus lagilah. Mata pun belum jadik mata Zombie sebab Rayyan cuma bangun sekali je mintak susu. Sebab dia dah dok gelak-gelak dan dah bantai minum susu lebih 20 oz sebelah siang dari pukul 6 pagi ke 6 petang kot. Tu yang malam lepak, lena semedang sampai ngences mengalahkan babahnya.





Tapi sekarang, handbag aku pergi kerja dah bertukar jadik brand cap Medela. Siap berisi pam dan cooler. Tiada lagi "Oh my LV" waima "Oh my Gucci". Memula dulu, gagahkan diri jugaklah dengan sebelah kanan handbag, sebelah kiri cap Medela. Kena gelak ngan Hayrel. Maklumlah, aku pergi kerja mengejar LRT sardin. Hodoh katanya dah macam hape kiri kanan penuh barang. Ditambah dengan fizikal diri yang ada lemak sana sini tinggallan peristiwa beranak tempohari. Memang tak hot. Ceh!





Tak dapat aku bayangkan kehidupan aku selepas September nanti. Dah kena bangun pagi-pagi buta. Eh, pagi buta ke? Sekarang pun dah bangun pagi buta hapa. Maknanya, kalau nak kena bangun lagi awal dari sekarang, dah jadik bangun pagi-pagi buta serta rabun rabak teruk.




Pergh!



pagi betul tuh.




Yelah, sekarang ni dah bangun pagi-pagi buta pun, masa yang ada masih ngam-ngam-choi. Mana nak tukar pampers, menyusukan Rayyan, pam sambil tersengguk, mandi, solat, bersiap- make-up-lilit-tudung dan masukkan pam ngan cooler dalam beg lagi. Selepas September, pakej tersebut akan bertambah pulak dengan siapkan bekalan stok susu Rayyan ke nurseri serta siap-siap meng'ensem'kan beliau.




Belum melaluinya seratus peratus pun aku dah terasa penatnya.




Ingat sebelum pergi kerja je penat? Balik kerja lagi pulak. Letak beg, tak sempat duduk dah kena singsing lengan. Masak. Takkan nak makan luar hari-hari kot. Mahu obes aku anak beranak. Lepas makan, mesti nak kemas-kemas dapur lap-lap kitchen kabinet kesayangan kan?





Mujurlah Hayrel sudi basuh baju, lipat baju, kemas rumah, sapu laman dan sebagainya. hehe. Kalau tidak, mahu mati kejung. Boleh pengsan nok!




Ish, tak boleh aku bayangkan kehidupan selepas September. Bukan jadik Zombie lagi, mahu bertukar jadik Vampire. Siap tumbuh taring berlapis-lapis.





Jadual harian hidup memang 100% akan berubahlah.




Itu belum Rayyan dah makan solid food nanti. Memang aku tido 4 jam je sehari kot. Mak aih!




Jangan sampai aku hire maid kang. Suka laki aku. Bluek!




Tapi,



demi wajah kesayangan hamba ini.




.












.












.












.












.










Yang masih boleh maintain kontrol comel walau topi dah separuh muka.



Mak ko ni akan gagahkan jugak nak oi!

(Duduk terkangkang kaki tak boleh tegak, sebab seluar dah fit.
Baju setahun kot. Saje nak suruh Mummy dok shopping baju Gap sokmo kan.)