Seorang die-hard-fan siti nurhaliza.Masa ni lah aku dapat cium Siti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Napalah detik ni muka aku tak bape nak elok.Haih.Tapi takpe,ini moment sebelum mencium Siti Nurhaliza!Wangi banget wo dia.
Apalah sangat RM322 jika dibandingkan dengan aksi berani mati aku.
Kawan-kawan!!! Percayalah, aku, sahabatmu yang bernama Norohaida Binti Selamat, berjaya mencium pipi Siti Nurhaliza yang memang putih gebu!! Wangi! Bau perfume Angel! Zarith! Fiza! Kak Ana! Kamu jangan cemburu ye.=)
Fuhhh!!! Memang berbaloi lah duit yang aku laburkan untuk bersama-sama menemani kakak aku ke Minggu Setiausaha bersama Siti Nurhaliza anjuran Quality Hotel.
Cuba kamu semua pejam mata.
Bayangkan.
Aku berdiri betul-betul bersebelahan dengan Siti Nurhaliza. Ya, dia memang cantik.Sangat-sangat.Memang macam patung. Betullah orang kata, dia mempunyai senyuman yang cukup menawan.Aku yang memang perempuan sejati ni pun boleh cair tengok senyuman dia, apatah lagi lelaki-lelaki maskulin di luar sana. Tak cukup dengan itu, tutur bicara dia memang lembut sangat. Orangnya memang lemah lembut. Cukup anggun, comel dan jelita. Lengkap pakej sebagai ikon wanita timur.
Yang Penting.
Aku dapat cium dan peluk dia sungguh-sungguh!!
Dia sangat menghargai semua peminatnya. Aku saksikan dengan mata kepala aku. Insiden di mana Siti menahan body guard hotel yang menjaganya daripada menutup pintu lif semata-mata Siti nampak sorang peminatnya nak mintak autograph dia.
Dengan lemah lembut dan senyuman manis dia tu,
"Takpe-takpe, Siti boleh sign, sian adik ni".
Dan aku semakin faham kenapa ada orang masih tak suka Siti. Jawapannyan mudah. Dengki, irihati dan cemburu la tuh. Orang cantik kan memang dicemburui.
Nilah bukti yang aku dapat snap.Siti nak jugak mensign autograph budak tu walaupun bodyguard hotel dah tutup pintu lif!
Eh,jangan terperanjat? Nih bukan muka aku.
Shoot-shoot yang aku snap semuanya macam hampeh. Cik Cam buat hal!!! Kamu tengoklah sendiri hasilnya.Agak hampeh bukan? Penat aku target shoot betul-betul kat muka siti, alih-alih camera ni lambat snap, siti dah berpaling dah.Cis!
Nih dia tengah lambai-lambai kat aku.Betul, aku tak tipu.Aku duduk depan tuh.
Comel.Cantik.Aku memang fanatik.
Untuk mengubat hati luka aku kerana camera yang hampeh itu, aku akan pergi lagi ke venue Siti yang seterusnya. Berkemungkinan konsert dia di Istana Budaya Jun ini. Mari, kita gempak kan suasana bersama-sama!
wah bestnyer dapat cium siti... haha, jeles pulak
ReplyDeleteserious..she is very very very very beautiful!!
ReplyDeleteComel sangat,mcm patung..
juga amat wangi..=)