Rantai dan cincin kawen saya. Eh, ah pek tu lupa pulak nak snap gelang kawenku.Aisyy.
Aku memilih emas kuning untuk rantai dan gelang sebab rasa rugi je nak beli emas putih. Lagipun, takde rantai dan gelang versi emas putih yang aku berkenan.
Pilih punya pilih punya pilih. Dari couple ring kepada cincin mutiara. Akhirnya aku jatuh cinta pandang pertama dengan sebentuk cincin white gold di habib jewels cawangan bawah opis aku, KLCC.
Owh, ros merah adalah sebagai hiasan sahaja.Bukan bermakna beli cincin 1 dapat percuma ros merah 1 ye anak-anak!
Rekabentuk cincin aku ni pun unik sikit. Tak berbentuk bulat di permukaan bawahnya sebaliknya berbentuk empat segi. Ada satu butir batu permata yang sederhana besar di tengah-tengah ser ta diapit oleh beberapa butir permata di sekelilingnya, 6 butir di kanan, juga 6 butir di kiri. Bagi aku, ianya adalah sebentuk cincin perkahwinan yang begitu sempurna.
Perfect!
Kad itu pun hanya sebagai gambar hiasan.
Cincin pun nak rasa gak landing atas katil pengantin. :p
Pada mulanya, aku tak dapat lampu hijau dari hayrel sebab harganya yang mahal, dua kali ganda dari budget dia. Setelah puas buat muncung itik dan mengugut beliau untuk merompak kedai pakcik habib ni kalau keinginan aku tak dipenuhi, beliau pun tak sampai hati dan serta-merta bersetuju untuk membeli cincin dambaan aku itu. Cayalah abang! Lagipun cincin pilihan aku ni ada certificate tau. Permataya ada value (tak seperti kebanyakan emas putih yang lain) dan mendapat jaminan jikalau di masa hadapan aku kekurangan fulus mahu menggadainya. :p
Memilih cincin hayrel juga tak semudah yang disangka. Dari Johor Bahruke Kuala Lumpur. Kali ini, bukan rekabentuknya yang menjadi punca tetapi saiznya. Maklumla, jari jemari pakwe saya begitu runcing dan slim. Akhirnya, juga di habib cawangan KLCC cincin bakal suami saya ditemui. Just simple and nice.
Kesimpulannya, pilihla cincin yang kamu dan pasangan kamu sukai!
cantek cincin kamu... :) but i dun like big diamonds! hehe
ReplyDeletehani,for me the bigger,the better..hehe
ReplyDelete