Tuesday, May 19, 2009

Katil.tilam.sofa.tv.fridge.washer.stove.rack.


AMARAN!!!

Aku nak bagi amaran kepada semua bakal-bakal pengantin!!!

Aku memang taknak pening-pening kepala lepas majlis kenduri-kendara meraikan aku dan hayrel sebagai raja sehari. Aku nak cuci kaki je masuk rumah. Taknak dah mase tu baru nak carik tilam, sofa, katil bagai.Masa tu jugaklah baru nak cuci rumah sampai berkilat.Aisy, tak bahagia sebegitu. Boleh menurunkan hormon adralin untuk menikmati nikmat suami isteri yang dikurnia Ilahi.

Menyahut seruan itu, aku dan hayrel dah sibuk mencuci rumah kelamin kami 3 minggu sebelum majlis. Masa tu jugak aku khatam pusing keliling ikea carik barang keperluan dan perabot rumah. Dan nasihat aku satu sahaja. Kamu dinasihatkan untuk membeli barang-barang keperluan rumah secara berperingkat, kata orang beli sikit-sikit dulu. Lagi-lagi, pasangan seperti aku dan hayrel. Kami satu apa pun tak ada waima washer apatah lagi fridge size giant.

Jangan jadik macam aku. Beli semua serentak sampai jadik haru biru. Sudahnya, laki aku yang rasa macam nak demam kepialu. Sungguh syahdu.

Langkah pertama, aku dan hayrel ke ikea kat damansara tuh untuk mengusha-usha apa-apa-yang-patut.Hidup aku memang dipengaruhi oleh kakak-kakak aku.

Setelah penat dan letih bertikam lidah, bertegang urat dan membuat drama swasta merajuk bagai, akhirnya ini lah yang kami angkut dari ikea tuh.



Rak tv ni. Time nih dah ada drama swasta dah.huhu.




Nampak tak lampu merah bagai nak rak tuh? Comel kan?



Eh,macamane boleh ada jual astray kat ikea plak nih?




Drama berada pada tahap klimaks semasa memilih sofa.Hayrel tak setuju.Tapi aku nak jugak sebab menepati konsep aku,zen.Cuma kaler je tak menepati.Cover merah out of stock.Tapi nasib baik,cover dia boleh bukak-bukak,ikut suka lah kite nak tukar-tukar kaler.Bersiap sedia lah ye abang,akan aku ajak kamu berkali-kali ke ikea tuh untuk menuntut cover sofaku yang berwarna merah.




Dia nak jugak interframe ye?




Setelah sume langsir kat ikea aku tak berkenan,baik yang ready-made mahupun yang tak ready-made,aku jengah plak kat living quarters.Rezeki aku,jumpa plak langsir kaler seperti yang diidamkan.Maaflah..Aku yang last beli langsir ni.Stock dah abis dah.
Sudahnya, barang-barang utama, washer dan fridge tak sempat beli. Nak tak nak kenalah beli di lain tempat, dan di lain waktu. Dan aku sangat gembira.Sebab rumah kami dah sedia untuk didiami.Maksudnya, balik KL kang lepas majlis,dah tak payah pening-pening kepala. Boleh kami tidur dengan lenanya. Di atas katil dan tilam baru pastinya.
Oppps, dan aku dah kena lah masak sememangnya. Sudah tidak boleh beri sebarang alasan sebab stove,fridge sume sudah tersedia.Aiseh.



Setelah letih,berpenat lelah mengemas rumah, kami pun menikmati milo buatan suami.Owh sayang,kamu sungguh comel.Saya suka.
Sekian.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment