Dari negara rakyat bermata biru bertukar ke negara jelata bermata sepet.
Dari menu hotdog and cheese ke selera kimchi.
Dari ocean country ke negara winter sonata.
Akhirnya, Matta Fair menemukan jalan kami ke negara cantik dan bersih, Korea Selatan. Selain punca H1N1 nak ke Aussie masa tuh, Jeju merupakan sebab musabab aku memilih Korea. Tengok gambar Mawi dan Ekin pun ye jugak.huhu. Kenangan Jeju aku nak simpan dulu. Masuk-masuk terus nak cerita hari ke-4 kami di sana.
31 Mac 2010 merupakan hari ke-4 aku dan hayrel di Korea.
Sebaik tiba kat Seoul Airport dari Jeju, kami terus ke Nami Island! Hoyeh, hoyeh! Nami Island is Winter Sonata! Winter Sonata is Nami Island! Walaupun aku tak follow drama Winter Sonata tuh, tapi aku tahulah tempat ni cantik. Tahu jek nak dibawa ke Nami Island, muka Kak Ti yang terbayang kat kepala aku. She's die-hard fan pakcik dan makcik Winter Sonata tuh.hehe.
Sampai je, kami terus makan tengahari di Drama Cafe. Dihidangkan dengan Bulgogi. Rupa sebelum macam nasi putih ngan telur. Tapi selepas digoncang-goncang sampai berantakan dengan menggunakan sarung tangan yang disediakan sebab bekas tu sangat panas, rupa dan keadaanya seperti di atas. Sedap! Aku suka.
Mr. Park dah memekik ajak balik.
Proud to be Malaysian. Always!
Banyak deretan kedai-kedai. Berjenama dan tidak berjenama.
Awal-awal lagi Mr.Park dah sound tempat ni mahal, better shop di Seoul katanya.
Area ni pun salah satu shooting location Winter Sonata jugak.
Buah oren pun mahal. Haih. Baru gi Korea, dah tak mampu.
Walaupun mahal, sempat gaklah aku merembat satu sweater Nike.
Pastilah, untuk diri sendiri.Hehe.
Setelah masing-masing rata-rata memborong buah-buahan, kami ke destinasi seterusnya, Ski Resort. Semua sibuk membuta dalam bas.
Selalunya aku pantang dapat masa terluang, mesti terlelap punya. Tapi dek kerana adrelin teruja terlebih masa tu, aku tak berapa nak tidur, menghayati dunia malam Korea kononnya. Dekat-dekat nak ke Ski Resort tu, nampaklah saki-baki salji Korea di kaki-kaki bukit. Aku memang berpuas hati betul dengan accomodation yang disediakan oleh Apple Travel & Tours nih. Di Ski Resort, kami bermalam di apartment yang lengkap dengan stove, fridge, sofa, tv, astro..err.. dan sebagainya lah.
Memang sengaja disuruh feel cara hidup dan cara tidur orang Korea sekali.
Cuaca memang sejuk, masa ni -2 deg.
Tapi, lantai apartment ni panas. Simen lantainya memang dibuat dari batu khas. Apa namanye ntah, dah tak ingat.
Memang selesa lah.
Lepas usha-usha pemandangan dari dalam bilik, mata pun dah tak tahan, terus membuta.
Laju jek.
.
.
.
.
.
. Dan.
Hari ke-5.
Bersamaan 1 April 2010.
Saat yang dinanti-nantikan.
.
.
.
Bermain Salji!
Maklumlah, lama tak main salji.
Huhu.
Strawberry Picking!!!
Yeah!
Everland Theme Park!!!
Agak besar jugak theme park ni, macam Genting tapi better Everland lagi la. Kami tengok 4D, jelajah Safari, mengenali haiwan yang bernama Liger, menikmati Tulip, dan juga usha student Korea yang ramai masa tuh.
Tak boleh blah.
Baru sekarang aku rasa napalah aku gedik sangat tuh.
Disneyland Las Vegas kot baru terbaik.Aiseh.
Malam ini kami bermalan di Human Touch Villa Apartment. Terletak di tengah-tengah bandaraya Seoul, berdekatan Gannam Station. Access internet di mana-mana, juga dengan percuma. Korea memang terbaik.
Setelah mandi dan kemas bagai, aku dan Hayrel keluar berdua, pusing-pusing kawasan berdekatan. Borong mug starbuck. Dan juga jakun menggunakan gadget canggih yang ada di Gannam Station. Kita boleh ambik gambar dan sent terus ke mana-mana email selain lengkap dengan GPS, wifi dan macam-macam lagi. Aku kurang faham coz takde satu pun bahasa inggeris. Kiranya mudahlah kalau faham tulisan Korea. Gannam Station ni macam BB la kalau kat KL, tapi lagi happening.
Balik bilik, kaki lenguh-lenguh, mata pun apa lagi. Hanyut.
2 Apr 2010. Hari ke-6 aku dan hayrel di Korea.
Akhirnya, dihidangkan roti nan sebagai sarapan pagi kami!
Mempelajari cara hidup tradisional orang Korea.
Haha. Well...
Sup ayam dengan ginseng menu tengahari hari ini. Sebagai penambah tenaga untuk bershopping!
Sup ayam pun dah habis, hey Dongdaemun, here i come!
Memang rambang mata shopping kat Dongdaemun ni. Baju-bajunya sangat cantik-cantik!!! Walaupun mahal, aku tetap borong. Cantik punya pasal. Patutlah kalau tengok cerita Korea, awek-awek diorang baju cantik-cantik. Kat sini kot diorang shopping.Hehe.
Destinasi seterusnya, tempat shopping lagi. Ke Itaewon!
Kalau tak silap aku, Seoul Grand Mosque merupakan satu-satunya masjid di Korea Selatan.
Berada di kawasan bukit, masjid ini didirikan di sekitar kawasan pendatang-pendatang dari Pakistan yang ramai di situ. Ada juga kedai-kedai menjual telefon, makanan dan kedai runcit yang dipunyai oleh mereka di kawasan tersebut.
Dan, acara yang paling digemari ramai bermula!
Dok sibuk-sibuk cari souvenir nak dibawa balik Malaysia.
Kedai tepi jalan pun mahal.Gulp.
Beli souvenir je aku dah hampir nak bankrap.
3 Apr 2010. Hari ke-7 aku dan hayrel di Korea.
Itenary pertama hari ini ialah melawat Amethyst Showroom. Batu-batu berwarna ungu yang cantik setelah dibuat rantai, gelang, cincin dan seangkatan dengannya. Yang aku berkenan, semua harganya ribu-ribu. Nak bergambar pun tak dibenarkan. Oleh itu, cuci mata sajelah.
Selepas itu, kami ke Pusat Ginseng Korea. Macam-macam tentang kebaikan dan khasiat ginseng diceritakan. Selain dapat minum segelas ginseng dengan percuma. Lebih dari segelas, kena bayar la woi.
Aktiviti terakhir ialah menonton pertunjukan Jump Show!
Malam terakhir di Korea, aku borong broach Korea yang terkenal tuh. Macam nak pengsan aku rambang mata. Cantik-cantik, besar-besar dan murah-murah. Diorang yang kat Jalan TAR tu boleh jual berganda-ganda harganya tau. Aku pemborong broach paling banyak sekali. Maklumlah, ramai adik-beradik perempuan. Mana kawan-kawan office lagi.
Menyedari souvenir masih tidak mencukupi untuk abang-abang iparku, aku angkut hayrel ke Dongdaemun lagi malam tuh. Borong souvenir dan juga baju aku barang sehelai dua lagi. Mengabihkan Korean Won yang ada. Tapi, sampai sekarang terkilan, tak sempat nak beli lagi koleksi mug starbuck malam tuh. Sedih. Huhu.
4 Apr 2010. Hari ke-8 aku dan Hayrel di Korea.
Wah, sudah hari terakhir. Sedih, sebab dah nak balik dan kerja yang bertimbun sudah terbayang-bayang di mata. Gembira, sebab rindu makanan Malaysia!!!