Monday, April 18, 2011

Baby Shower, err Parti Orang Dewasa.

Sebelum kahwin dulu, ada Bachelor Party. Masa kahwin pulak ada kenduri-kendara. Bila dah buncit lepas kahwin, ada Baby Shower. Err, sebab ada makan-makan, kira parti orang dewasa lah.

Hujung minggu yang lalu, kawan-kawan masa zaman curi-curi ponteng prep dulu jengah serbu datang rumah. Maka, selaku tuan rumah yang cantik lagi jelita, aku haruslah melayan dengan menyediakan masakan tengahari yang menjilat jari. Seronok bila ramai tetamu nih. Masa nilah baru terasa yang set pinggan mangkuk perlu ditambah. Masa ni jugaklah semua cawan gelas bagai kurang. Masa tu jugaklah aku rasa macam nak terbang pergi Langkawi borong pinggan mangkuk Vantage kat kedai Haji Semail.


Lebih parah, masa tu jugak aku rasa nak ada bibik. Sebab kaki dah rasa nak lembik. Nak ada bibik yang hidang semua-semua, yang membantu bila ada yang perlu. Tapi, jangan risau. Aku masih tukang masak utama. Sebab aku nak fokus berborak dan gelak sakan dengan tetamu yang ada.

Aktiviti hari itu dimulakan dengan upacara sesat barat mencari lokasi kediaman aku. Maklumlah, rumah kat kawasan pinggiran kota. Selepas itu, ruangan gosip mengambil alih. Makan pun tak lagi, mulut masing-masing becok bercerita.

Dan,



Aksi gedik bini orang, mak budak dan anak-anak dara memecahi keheningan suasana petang Ahad itu.








Aktiviti membelek gambar pengantin baru, Linda dan pengantin basi, aku lah tuh.


Tak lupa juga aktiviti jual beli promosi perniagaan.


Kalau bukan kawan, siapa lagi yang nak support kawan kan.

Dan, selepas itu bunga rose menjadi mangsa.






















Penat berposing, sambung tengok gambar lagi.



Ish, kak nam nya aku.








Lepas tengok gambar, sambung posing balik.




Dan, begitulah seterusnya.

















Apalah yang digosipkan Jame dan Ujie tu ye?




Kaum bapa juga tidak ketinggalan.




Nasiblah korang kena kelentong dengan suami saya.hehe.






Ops, sebelum balik jangan lupa basuh pinggan mangkuk bersih-bersih!




Linda secara senyap sembunyi menikmati cendol seorang diri.








Owh, rupanya Ujie dalam usaha memujuk nak mintak sikit, tumpang secawan.








Lalu, Ujie merajuk coverline bergambar dengan si Jame setelah usaha cendol gagal!








Posing mulut muncung.






Istimewa buat Nanei, pakcik Zamani Slam.


Haih. Dari dulu tak hilang-hilang kemaruknya.














Hasil yang di cita setelah berkali-kali gagal.






Sebelum pulang petang itu,




posing dari hot couple.


Kumpulan Merah Saga!




.




.




.




.




.



Ehem. Ehem.


Bila lagi nak makan nasi minyak?




Boleh pandang-pandang. Jangan pegang-pegang.heh.




Eh, tuan rumah pun ada keinginan nak posing kat bunga rose tau.






Nanti, bila ada masa, kita buat aktiviti macam ini lagi ya kawan-kawan. Tunggu rumah saya cantik dulu. Baru boleh buat proper house warming.




Eh eh, baru aku perasan yang kita takde snap gambar makanan. Punyalah dah lapar sangat gara-gara tuan rumah lambat hidang. Abes, dok sibuk bergosip jek.hehe.