Wednesday, January 26, 2011

Dilema Jantina.

Tiba-tiba die membesar. Dan orang sekeliling mula menegur, kenapa aku nampak gemuk sekarang?heh.

Macam tak sangka, aku dah nak masuk trimester terakhir, minggu depan insya-Allah. Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan. Dari hal mabuk-mabuk sampai ke urusan pergi-balik-kerja naik komuter dan putra. Tiada morning sickness. Juga masih belum mengidam yang bukan-bukan. Setakat ini lah.

Jalan pun masih laju. Sampai kene tegur, " Weh makcik, ko tu pregnen mangkuk." Dengan selamba aku jawab, "Heh, lupa la beb.".

Yang pasti, perut tiba-tiba membesar. Yelah, dah 6 bulan kan. Walau masa dah 5 bulan dulu, ramai yang tak tahu aku mengandung. Perut kecik kot. Dan tiada perubahan ketara. Cuma, jerawat aku
kemain besar lagi dok bertenggek sana sini kat muka. Bahagian lain masih belum mengembang bagai johan.

Dua kali dia frustkan aku. Dua kali okey. Ish, budak ni.

Bulan ke-4 aku buat monthly check up, Dr. Aziz kata masih tak jelas.

Bulan ke-5, Tok Ajis pun kata masih tak jelas. Budak chomel ni dok tunjuk tapak kaki dia je. Hah, kan dah rugi mummy terus cancel shopping Gap lepas tuh. Dahlah masa tuh Gap KLCC tengah sale sakan. Tapi, aku belasah jek shopping tanpa pengetahuan Hayrel. Ops!


Lepas check up tuh, aku terus call kakak-kakak, mak abah kat Johor. Diorang kata, mungkin girl kot. Mahu tak meroyan Kak Ana ngan Abg Yus kalau betul baby girl. Ramai mak bapak angkat ni kang anak aku. Mahu taknya, cucu mak abah ada 18, 16 daripadanya adalah BOY. Semua kang sponsor skirt polka dot.heh.


Boy ke Girl, aku ngan Hayrel tak kisah. Yang penting sihat dan sempurna semuanya. Amin.

Kalau girl pastu comel macam ni + bijak lagi genius, memang berbaloi-baloi lah.




Heh. Sebijik muka aku.
Eh tak, tipu.
Combination muka aku ngan Hayrel.haha.
Pastu, kalau perempuan, bolehla dia temankan aku shopping. Dan kami berlumba-lumba dress up. Memang caralah.



Walau apapun, perancangan Allah itu lebih baik.
Owh my suami, please fulfill my babymoon! I want to be there dear.

Saturday, January 08, 2011

Azam 2011

Tipikal tahun baru.


Mestilah kena ada azam baru.


Azam aku untuk tahun 2011 ialah,


Pertama,

"memenuhkan tabung simpanan sebanyak mungkin."


Simpan! Simpan! Simpan!


No more over shopping! enjoy! joli katak! berlagak MACAM-ada-duit-banyak-padahal-habuk-pun-tarak bila jalan kat klcc!


NO MORE!


Kedua,

"berazam memiliki kereta sendiri"
Tetapi, masih akan terus menumpang Ferrari suami.hehe.


Kalau ikut hati, aku mahu yang ini.


.




.




.




.




.







Tapi, mak kata, ikut hati mati.huhu.



Kalau yang ini pun ok jugak rasanya.haih.


.




.




.




.




.

Dah bertahun aku memikir hal kereta nih. Rasa macam membazir jek beli kereta. Sebab musabab? Belum jadik keperluan aku lagi. Ianya hanyalah kehendak sahaja. Kehendak duniawi semata-mata.



Tapi, jika punya rezeki dikurnia anak sulung tahun ini, ianya mungkin akan bertukar jadik keperluan pulak. Mungkin.



Ikut la kata hati nanti. Jika saat itu sampai, bila aku harus membuat keputusan.Eceh.Macam bagus je.



Hello, mestilah. Berjuta keping not sepuluh ringgit nak kene kuar tu nok. Penat mak kerja siang malam.





Ketiga,



"tukar henfon zaman purba aku tuh." Dah berguguran dah gigi dia.Kesian.



Saya betul-betul mahu yang ini. Boleh reply email yang berkapal-kapal pasal kapal tuh.



.




.




.




.




.




Seksi wo yang kaler merah tu. Solid!


Okey, full stop. Itu sahaja azam untuk 2011.




Err.Chop!




Tapi, saya juga dah termimpi-mimpi.


Si jelita ini.


.





.





.





.





.






LV Thames. Senarai koleksi peribadi Louis Vuitton yang ke-3.

Bisakah?




Tiba-tiba, rasa insaf bila terkenang kembali azam yang pertama.




Saya mesti berusaha!




Sekian, terima kasih.

Saturday, January 01, 2011

Warna Warni 2010.


2010 telah meninggalkan kita.

Dengan bahasa yang amat mudah, umur makin tua. but i'm always young in heart. Bluek!

Bagi aku, 2010 tahun honeymoon aku ngan hayrel. Tak sudah-sudah ngan honeymoon. Weh, 2009 kitorang tak sempat honeymoon okies. Dok sibuk suai-kenal kat rumah sendiri je lagik.hihi. Memang tahun honeymoon lah.

Tak percaya?


MAC - kami ke Korea memakbulkan niat gedik aku yang nak jugak honeymoon kat oversea.
Plus, 1st anniversary and 26th birthday celebration.
Poyos + gedik!
*sangat kosong pasport itu.harus dipenuhkan ye.






OGOS - Encik hayrel nak jugak celebrate birthday kat oversea.

Maka, kami memilih Phuket.

Phuket memang happening dowh.

Patut tsunami menggila.Erk.

James Bond Island

Maya Beach




SEPTEMBER - Setelah puas berhoneymoon sakan,
berita yang amat menggembirakan kami terima.

Ya, ianya pada bulan September.
Sangat gembira seperti saat aku dapat kerja kat Petronas ngan Bank Negara.

Sekaligus!


Yadda yadda!
Positive okeyyyy. Siap buat dua kali ujian tuh.
Alhamdulillah, tuhan punya kuasa. Syukur tak terhingga.
Semoga selamat semuanya.



DISEMBER - Penutup tirai 2010, kami berpindah ke rumah baru. Ya, ke rumah sendiri.
Alhamdulillah, rezeki Allah sekali lagi. Juga setelah tertangguh dari bulan Mac.
Maka, bayangan 2011 aku dah nampak sikit-sikit la. Buzy ngan decorate rumah (rasa cam nak hire Eric Leong. Ish, teres 2 tingkat je okey. Kalu semi-D Laman Seri tuh ko nak hire Eric Leong masuk akal gak.) dan juga buzy menyopping dan berangan barang my lovely baby!

Mana lagi besh yek. Boboy or gegurl? hikhik.