Monday, May 25, 2009

Tradisional Melayu*Pre-wedding capture PART 1 – seri delima photographer-

Aku memang gila bergambar.
Dah namanya pem-berangan, lagi-lagi sedang tengah mood pengantin, kemain banyak lagi yang aku berangankan.
Untuk pengetahuan kamu, aku ada ambik tiga, diulangi tiga sesi penggambaran pra-perkahwinan. Fuhh, mengalahkan artis betol aku ni. Haih. Tidak Tidak. Lain Lain. Artis,mereka ditaja. Aku, sendirian berhad. Kenapalah aku tak jadik artis, kan senang. Ayuh, kita mulakan dengan sesi pertama. Bersama dengan Studio Seri Delima, by professional photographer, Abg Eddy.
Dan butik ini juga lah yang menyediakan segala kelengkapan, baju, make-up bagai di hari persandingan penuh bersejarah-tiga-hari-tiga-malam aku.


Kami dah bernikah.


Tidak pula kami tahu kenapa hijau menjadi pilihan.




Mata tengok kamera lah.Sini!Bukan, sini sini!




Ha, tengok sini!Tengok abg eddy tuh.




Eh, dari mana datangnya itu bulan?Dasyat studio ni, bulan pun ada.Kagum kagum.Kami sangat kagum.





Comel kan?



Semoga berbahagia.Sampai Syurga hendaknya.

p/s: Banyak artis-artis fofular mengambil khidmat mereka.Antaranya, anne ngasri, bell ngasri, ina naim, ezanny, shamsul ngau-ngau, toi dan ramai lagi. KalanganVIP-VIP Johor macam Syed Hamid Albar dan tidak ketinggalan kerabat-kerabat Sultan Johor juga menggunakan khidmat mereka. Kiranya aku ni VIP Johor juga la ye.Haih.


Wednesday, May 20, 2009

Akhirnya aku dapat cium dia. Dia memang Cantik macam Patung!

Seorang die-hard-fan siti nurhaliza.Masa ni lah aku dapat cium Siti!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Napalah detik ni muka aku tak bape nak elok.Haih.Tapi takpe,ini moment sebelum mencium Siti Nurhaliza!Wangi banget wo dia.

Apalah sangat RM322 jika dibandingkan dengan aksi berani mati aku.


Kawan-kawan!!! Percayalah, aku, sahabatmu yang bernama Norohaida Binti Selamat, berjaya mencium pipi Siti Nurhaliza yang memang putih gebu!! Wangi! Bau perfume Angel! Zarith! Fiza! Kak Ana! Kamu jangan cemburu ye.=)


Fuhhh!!! Memang berbaloi lah duit yang aku laburkan untuk bersama-sama menemani kakak aku ke Minggu Setiausaha bersama Siti Nurhaliza anjuran Quality Hotel.


Cuba kamu semua pejam mata.


Bayangkan.


Aku berdiri betul-betul bersebelahan dengan Siti Nurhaliza. Ya, dia memang cantik.Sangat-sangat.Memang macam patung. Betullah orang kata, dia mempunyai senyuman yang cukup menawan.Aku yang memang perempuan sejati ni pun boleh cair tengok senyuman dia, apatah lagi lelaki-lelaki maskulin di luar sana. Tak cukup dengan itu, tutur bicara dia memang lembut sangat. Orangnya memang lemah lembut. Cukup anggun, comel dan jelita. Lengkap pakej sebagai ikon wanita timur.


Yang Penting.


Aku dapat cium dan peluk dia sungguh-sungguh!!


Dia sangat menghargai semua peminatnya. Aku saksikan dengan mata kepala aku. Insiden di mana Siti menahan body guard hotel yang menjaganya daripada menutup pintu lif semata-mata Siti nampak sorang peminatnya nak mintak autograph dia.

Dengan lemah lembut dan senyuman manis dia tu,

"Takpe-takpe, Siti boleh sign, sian adik ni".


Dan aku semakin faham kenapa ada orang masih tak suka Siti. Jawapannyan mudah. Dengki, irihati dan cemburu la tuh. Orang cantik kan memang dicemburui.



Nilah bukti yang aku dapat snap.Siti nak jugak mensign autograph budak tu walaupun bodyguard hotel dah tutup pintu lif!




Eh,jangan terperanjat? Nih bukan muka aku.





Yang tak syoknya, camera aku buat hal.

Shoot-shoot yang aku snap semuanya macam hampeh. Cik Cam buat hal!!! Kamu tengoklah sendiri hasilnya.Agak hampeh bukan? Penat aku target shoot betul-betul kat muka siti, alih-alih camera ni lambat snap, siti dah berpaling dah.Cis!




Nih dia tengah lambai-lambai kat aku.Betul, aku tak tipu.Aku duduk depan tuh.




Comel.Cantik.Aku memang fanatik.




Tataplah muka dia puas-puas.
Untuk mengubat hati luka aku kerana camera yang hampeh itu, aku akan pergi lagi ke venue Siti yang seterusnya. Berkemungkinan konsert dia di Istana Budaya Jun ini. Mari, kita gempak kan suasana bersama-sama!


Tuesday, May 19, 2009

Katil.tilam.sofa.tv.fridge.washer.stove.rack.


AMARAN!!!

Aku nak bagi amaran kepada semua bakal-bakal pengantin!!!

Aku memang taknak pening-pening kepala lepas majlis kenduri-kendara meraikan aku dan hayrel sebagai raja sehari. Aku nak cuci kaki je masuk rumah. Taknak dah mase tu baru nak carik tilam, sofa, katil bagai.Masa tu jugaklah baru nak cuci rumah sampai berkilat.Aisy, tak bahagia sebegitu. Boleh menurunkan hormon adralin untuk menikmati nikmat suami isteri yang dikurnia Ilahi.

Menyahut seruan itu, aku dan hayrel dah sibuk mencuci rumah kelamin kami 3 minggu sebelum majlis. Masa tu jugak aku khatam pusing keliling ikea carik barang keperluan dan perabot rumah. Dan nasihat aku satu sahaja. Kamu dinasihatkan untuk membeli barang-barang keperluan rumah secara berperingkat, kata orang beli sikit-sikit dulu. Lagi-lagi, pasangan seperti aku dan hayrel. Kami satu apa pun tak ada waima washer apatah lagi fridge size giant.

Jangan jadik macam aku. Beli semua serentak sampai jadik haru biru. Sudahnya, laki aku yang rasa macam nak demam kepialu. Sungguh syahdu.

Langkah pertama, aku dan hayrel ke ikea kat damansara tuh untuk mengusha-usha apa-apa-yang-patut.Hidup aku memang dipengaruhi oleh kakak-kakak aku.

Setelah penat dan letih bertikam lidah, bertegang urat dan membuat drama swasta merajuk bagai, akhirnya ini lah yang kami angkut dari ikea tuh.



Rak tv ni. Time nih dah ada drama swasta dah.huhu.




Nampak tak lampu merah bagai nak rak tuh? Comel kan?



Eh,macamane boleh ada jual astray kat ikea plak nih?




Drama berada pada tahap klimaks semasa memilih sofa.Hayrel tak setuju.Tapi aku nak jugak sebab menepati konsep aku,zen.Cuma kaler je tak menepati.Cover merah out of stock.Tapi nasib baik,cover dia boleh bukak-bukak,ikut suka lah kite nak tukar-tukar kaler.Bersiap sedia lah ye abang,akan aku ajak kamu berkali-kali ke ikea tuh untuk menuntut cover sofaku yang berwarna merah.




Dia nak jugak interframe ye?




Setelah sume langsir kat ikea aku tak berkenan,baik yang ready-made mahupun yang tak ready-made,aku jengah plak kat living quarters.Rezeki aku,jumpa plak langsir kaler seperti yang diidamkan.Maaflah..Aku yang last beli langsir ni.Stock dah abis dah.
Sudahnya, barang-barang utama, washer dan fridge tak sempat beli. Nak tak nak kenalah beli di lain tempat, dan di lain waktu. Dan aku sangat gembira.Sebab rumah kami dah sedia untuk didiami.Maksudnya, balik KL kang lepas majlis,dah tak payah pening-pening kepala. Boleh kami tidur dengan lenanya. Di atas katil dan tilam baru pastinya.
Oppps, dan aku dah kena lah masak sememangnya. Sudah tidak boleh beri sebarang alasan sebab stove,fridge sume sudah tersedia.Aiseh.



Setelah letih,berpenat lelah mengemas rumah, kami pun menikmati milo buatan suami.Owh sayang,kamu sungguh comel.Saya suka.
Sekian.
Wassalam.

Friday, May 15, 2009

Bilik Aku,si Pengantin



















Bilik Pengantin.

Item kedua terpenting selepas pelamin dalam sesebuah majlis perkahwinan yang diadakan di rumah. Yelah, tempat untuk aku, si pengantin didandan cantik. Juga untuk sesi bergambar ala-ala hollywood baring-baring atas katil (Bukan aksi 18sx ye. Hey kamu, kan ada photgrapher di situ.). Dan pastinya penting untuk melepaskan lelah selepas majlis tamat.

Ehem-Ehem.













Aku impikan kamar pengantin yang nampak sweet dan tentunya romantik.







Ni lah bilik pengantin aku.



Sweet kan?

Bawak peneman letak atas katil.


Aku letak gambar sebagai penyeri. Memang nampak meletops lah lagi-lagi bila on side light yang abah aku baru pasang kat kiri dan kanan ruang bilik ni. (tapi masa gambar ni diambil, aku terlupa on lampu tu da.)


Hehe.Sila abaikan gambar kak nurul, office-mate aku.


Sekian.



Aku dah tak tau nak tulis ape.

p/s: Ada masa nanti, bila gambar kawen aku dah siap kang, aku upload lagi gambar-gambar bilik aku k.

Yes Encek Hayrel! I do!

Aku adalah milikmu dan kamu pastinya adalah milikku. Tanda kasih kita sehidup semati. Mencari cincin terbaik untuk jari manis aku yang kecil molek ini juga sesuatu yang rumit. Banyak kedai emas dan cawangannya juga sudah aku jelajahi. Ada aku cari bersama hayrel dan ada juga aku teropong seorang diri. Pada mulanya aku impikan sepasang couple ring. Cincin yang sama untuk aku dan hayrel nanti. Tapi setelah aku teliti, kebanyakan potongan dan rekabentuk couple ring ni kurang menarik untuk pengantin perempuannya. Terlalu simple dan tidak berbatu. Aku angankan cincin yang nampak glam dengan batu permata bagai.:p Serius. Mencari sebentuk cincin adalah lebih sukar berbanding mencari rantai dan gelang kawen aku. Yelah, rantai dan gelang memang dah lama aku aim.hehe. Terus terang, aku memang sukakan design poh kong berbanding habib jewels untuk rantai dan cincin. Sebabnya, poh kong ada koleksi tranz di mana rekaanya lebih trendy, high class dan simple. Tidakla aku terasa seperti makcik-makcik masa memakai rantai dan gelang tu nanti. Tapi sebenarnya, ada sedikit kerugian kalau beli koleksi tranz ni sebab harga upah untuk tukang emas dia yang mahal. Tapi kalau dah meroyan sangat nak jugak, terpaksala si hayrel ikutkan sahaja kehendak aku ni.

Rantai dan cincin kawen saya. Eh, ah pek tu lupa pulak nak snap gelang kawenku.Aisyy.


Ni lah rupa rantai dan gelang kawen aku.


Aku memilih emas kuning untuk rantai dan gelang sebab rasa rugi je nak beli emas putih. Lagipun, takde rantai dan gelang versi emas putih yang aku berkenan.

Pilih punya pilih punya pilih. Dari couple ring kepada cincin mutiara. Akhirnya aku jatuh cinta pandang pertama dengan sebentuk cincin white gold di habib jewels cawangan bawah opis aku, KLCC.

Ni lah cinta pandang pertama aku.

Owh, ros merah adalah sebagai hiasan sahaja.Bukan bermakna beli cincin 1 dapat percuma ros merah 1 ye anak-anak!

Rekabentuk cincin aku ni pun unik sikit. Tak berbentuk bulat di permukaan bawahnya sebaliknya berbentuk empat segi. Ada satu butir batu permata yang sederhana besar di tengah-tengah ser ta diapit oleh beberapa butir permata di sekelilingnya, 6 butir di kanan, juga 6 butir di kiri. Bagi aku, ianya adalah sebentuk cincin perkahwinan yang begitu sempurna.

Perfect!



Kad itu pun hanya sebagai gambar hiasan.



Cincin pun nak rasa gak landing atas katil pengantin. :p













Pada mulanya, aku tak dapat lampu hijau dari hayrel sebab harganya yang mahal, dua kali ganda dari budget dia. Setelah puas buat muncung itik dan mengugut beliau untuk merompak kedai pakcik habib ni kalau keinginan aku tak dipenuhi, beliau pun tak sampai hati dan serta-merta bersetuju untuk membeli cincin dambaan aku itu. Cayalah abang! Lagipun cincin pilihan aku ni ada certificate tau. Permataya ada value (tak seperti kebanyakan emas putih yang lain) dan mendapat jaminan jikalau di masa hadapan aku kekurangan fulus mahu menggadainya. :p









Memilih cincin hayrel juga tak semudah yang disangka. Dari Johor Bahruke Kuala Lumpur. Kali ini, bukan rekabentuknya yang menjadi punca tetapi saiznya. Maklumla, jari jemari pakwe saya begitu runcing dan slim. Akhirnya, juga di habib cawangan KLCC cincin bakal suami saya ditemui. Just simple and nice.

Kesimpulannya, pilihla cincin yang kamu dan pasangan kamu sukai!




27..03..2009

Kamu nampak tak kad berwarna hijau putih tuh?

Ada yang suruh aku tempah kat tanah seberang, Indonesia la. Ada yang suruh aku survey kat area-area pudu la. dan ada gak yang suruh aku buat sendiri jek, jimat giler katanye. Setelah aku teliti...
Telitiiiii...


Telitiiiiiii....





Dan Telitiiiiiiiii..... Nak tempah di Indonesia, aku tak berapa nak suka ngan ayat-ayat dan wording yang mereka gunakan, nampak sangat keIndonesiaannya. Shipment payment pun dah lebih kurang dengan harga kad tu. Lagipun, aku bukan shapa-shapa, seperti pasangan mawi-ekin yang boleh tempah wedding card di Indonesia.

Akhirnya, aku pilih sebuah kedai kad perkahwinan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kedai Melayu-Islam-Bumiputera.

…Thanks to Kak Liza & the team!!! We really love ur work!!!...

Semua individu yang dapat kad aku memberikan comment mereka.

“Gila dasyat kad ko ni beb!!cantiknyeeee!!!” “Banyaknya duit ko buat kad macam ni, macam kahwin dengan anak datuk je…” “Pergh! Macam buku siot!!!!”

Entahlah ye.

Aku xde terfikir untuk riak atau menunjuk-nunjuk masa pilih kad. Sama seperti shoutout aku di friendster yang menjadi issue sedikit masa dulu. Aku dikatakan nak menunjuk sebab dapat banyak job offer, walhal aku memang betul-betul confuse masa tuh. Hanya nak meminta pendapat kawan-kawan. Mujurlah, ramai yang memahami. Mereka kata biarkan saje. Bak kate kak engku dan ogy ahmad daud, "tak suka, pejam mata, tutup telinga" Aku hanya buat apa yang aku nak dan menjadi pujaan aku je. Orang-orang yang rapat dengan aku memang perasan, aku ni jenis apa yang aku nak, aku mesti dapatkan jugak, kalau tak aku tak boleh tidur malam. Baka belah mak atau abah aku yang aku warisi ni tak pulak aku tahu. Dulu masa sekolah menengah, ada seorang kawan aku cakap dengan aku. “bestnye ko ni kan, apa yang ko nak, tak kiralah apa-apa hal pun, mesti ko akan dapat kan?” Silap.Silap. Aku nak jadik lawyer. Tak dapat. Aku nak jadik Perdana Menteri. Tak dapat lagi pun. Aku nak suami hensem, kaya raya, berpangkat, baik budi pekerti, menyayangi aku sepenuh hati. Tak dapat jugak pun. Err,sorry sayang. Sebenarnya boleh kategorikan sebagai dapat jugakla, cuma part kaya raya dan berpangkat je tak memenuhi. Eh,yang ni betul kan sayang? =) Aku akan dapatkan apa yang aku nak.Kalau tak penat aku nak menangani masalah dalaman aku yang mengigau malam-malam, tak tentu pasal.Sebab barang/sesuatu yang diidamkan takde dalam genggaman. Kesimpulannya, kita pasti akan dapat apa yang kita nak dan mahukan kalau kita berusaha ke arah itu. Macam aku kalau nak sesuatu baju, handbag dan kasut bagai yang agak mahal, aku berusaha mengumpul duit gaji aku untuk mendapatkannya. Macam la kad kahwin aku ni. Aku berusahala. Kebanyakan kawan, takde masalah pun, takde pun kate aku nak riak. Ada la dua-tiga-kucing-berlari. Aku senyum je. =)


Favor especially for y.o.u



Berbagai-bagai jenis, rupa, bentuk, dan kreativiti halaman web yang aku jumpai dalam misi mencari souvenir,cenderahati dan beg kertas untuk kamu semua, kawan-kawanku…

Akhirnya…




Ini sahaja yang mampu…


Menanti kamu di majlis ku nanti………


…Paper bag from kanda dinda wedding…



Nih dia souvenir dari aku, si pengantin. Amaran dari aku, kalau rase menyampah, jangan lihat permukaan mug semasa kamu minum menggunakan dia nanti..=)


...dedaun berguguran...




...Semua-Semua untuk kamu...





"Mari!Mari!" "Segar dari kilang!"


...Jangan risau, semua akan dapat... Aku memilih untuk bagi mug pada tetamu-tetamu aku nanti.



p/s: kan aku awal-awal sudah bagi amaran, tahan ajelah mata dan jiwa meluat dan menyampah tengok souvenir aku. Susah nak cakap, aku memang gila glamour, sume bende aku nak tempek muka aku dan encek hayrel tu..redah aje!