Sunday, March 06, 2011

Trimester Akhir.

Trimester akhir.


Kaki aku dah serupa kena gigit tebuan, membengkak. Hayrel kata, dah macam hakhogen hijau. Kemain suka lagi dia gelakkan aku. Tapi yang magisnya, dua tiga hari lepas tuh kembali surut, normal seperti sediakala. Orang kata mungkin sebab aku banyak berjalan kot. Mahu taknya, aku mengukur jalan pergi-balik-kerja dari stesen LRT ke Tower 1 hampir setiap hari. Tambah lagi kadang-kadang dok naik turun tingkat dan pusing keliling Tower 1 dan Tower 2. Walau naik lif, kena kira jugak la kan.hehe.


Sekarang ni, tak boleh banyak sangat jalan. Mula rasa mengah. Banyak bercakap pun kadang aku rasa tak cukup oksigen. Mak oi, macam ni rupanya orang gemuk err obesiti rasa. Tercungap ngko!
Tapi yang peliknya, bila menyoping kat Suria elok jek. Lebih-lebih lagi kat Gap, bercahaya mata. Macam dapat vitamin, tak mengah langsung. Cuba Hayrel ajak aku pergi Giant, baru tengok ikan je, aku dah menggelupur carik tempat duduk. Saiko!


Malam pulak bila kat rumah, pinggang rasa nak patah. Sama rasanya macam Kak Limah patahkan pinggang pawang yang nak pulihkan Kg Pisang. Ngilu weh. Hayrel la yang masih setia dok mengusap belakang aku bilamana tiba-tiba aku terjaga tengah malam tak boleh tidur.


Dah rasa macam muatan berat pun ada. Kena duduk lane kiri. Pilu gila bila tengah berjalan, ramai yang memotong. Itupun pakcik-makcik-prihatin kat office tuh selalu menjerit. "Ops ops! Aida, slow sikit jalan. Tak lari kapal-kapal ngko tuh." katanya. Mementang aku jaga kapal Petronas.


Syukur, selulit dekat perut masih malu-malu nak melata. Tak tahulah pulak bila masuk 9 bulan kang. Jangan pulak dia siap buat peta satu dunia kat perut aku sudah!


Semua ini kugagahkan demi budak kecik comel yang kemain aktif menendang. Pengganti Rossi nih, jangan main-main. Eh, tak mahulah. Pengganti Dr. Sheikh Muzaphar.



Oh ya, genap 28 minggu, berat aku pun bertambah menjadi genap 64kg.
Gulp!

No comments:

Post a Comment