Tuesday, November 13, 2012

Welcome to Our Humble House: Living & Dining.


Percaya atau tidak, entry ni almost setahun terperap dalam draft. Betul, aku berbelah bahagi. Takut disalah erti. Dan mangkin lama mangkin banyak aku jumpa blog-blog yang bercerita tentang dekorasi, aku jadik betul-betul tak tahan ingin berkongsi.

Yes, I do loveee organizing and deco-deco!

Alhamdulillah. Aku memiliki rumah dalam usia 24 tahun dan berpindah 2 tahun kemudiannya, sekitar penghujung Disember 2010. Masa tu tengah sarat mengandung. Orang tua-tua kata tak elok pindah rumah masa tengah sarat. Termasuklah kontraktor Cina kami yang juga sangat percaya bahawa tiada kerja penukangan dibenarkan pada rumah yang ada orang mengandung di dalamnya. Tala ong ma, katanya. Logik akal aku kata, ada betulnya juga. Bukan apa, takut terpijak paku ke, tak ke naya? 

Sudahnya, kerja-kerja dekorasi dan interior terbengkalai sehinggalah aku beranak dan habis berpantang pada Julai 2011. Mujur major reno sempat siap. Fuh! Lagipun masa tu hormon teruja lebih kepada membeli barang baby je, takde masa nak belek-belek majalah Impiana, apatah lagi ID in Design. Hehe.



Yes, welcome to our very humble house!


Foyer; Penyambut kedatangan tetamu. 
*Ish, Audi merah tu suka parking merata taww!

Terus cancel table Lorenzo sebab konon-konon nak sangat meja terapung macam ni. Lepas tu menyesal! Sebab contractor tu buat macam tak berapa nak cantik, kan? Untuk yang tak tahu, this is our shoe cabinet.







Living Hall; Pemandangan pertama yang terbentang lepas balik kerja.

Ikut hati, aku nak sofa warna putih. Tapi, Hayrel tolak mentah-mentah macam biasa. Susah nak maintain katanya. So, aku redha dengan color beige. Sofa ni ada adjustable headrest. Sengaja tak ambik full set 3+2+1 seater, sebab rasa macam sempit dan tak nampak moden. Yelah, kalau ada full set 3+2+1 tu  bukan ke nampak macam rumah makcik-makcik kan? Sekarang ni, aku rasa macam kosong pulak. Senyap-senyap tambah order beli yang 1 seater tu, aci tak?


Kalau ada rezeki lebih, nak beli tv 60 inci pulak. Weeeeeee




Dining Hall; Tempat Permaisuri Hayda dan King Hayrel bersantap.

Cermin penuh dari ceiling sampai ke lantai. Motif? Supaya memasing boleh cermin diri masa tengah makan. Hehe. Ni tempat favourite anakanda Rayyan. Dari kecik, suka sangat buat artwork dia kat mirror tuh. 

Ish, terasa cenonet pulak dining table aku itu.



Dan, antara spot yang aku suka. Laluan dari dining area ke kitchen.


Kat sini aku kongsi sedikit tips ikut pengalaman aku la. Orang lain, aku tak pasti.

Untuk perabot, aku prefer yang berjenama. Biar alah membeli, tapi menang memakai. Selalunya, branded furniture ni, warranty dia cover sampai 10 tahun. Beli masa ada sale. Macam Lorenzo, selalu ada sale sempena pembukaan new showroom contohnya. Boleh jugak beli dan bayar sikit-sikit sampai rumah siap renovate. Mmm, ikut pengalaman aku perabot jenama Ik** tak bagus, mungkin tak sesuai dengan cuaca Malaysia, kot.

Perkara paling major dan paling banyak duit habis, dah tentunya house renovation before move in. Mana nak hack, mana nak tukar tiles, mana nak wiring dan plaster ceiling bagai. Nasihat aku, jangan sebab sibuk carik quotation paling murah, kualiti semua ko belakang kira. Biar harga selari dengan kualiti. Lagi satu, better award to one contractor for the entire job. Lagi murah sebenarnya. Serta mudahkan ko dan tak memeningkan kepala.

Untuk hal lampu, aku rasa ramai dah pung pang pung pang recommend dua kedai dekat Puchong ni, Top Ten dan House of Lighting. Lampu memang cantik-cantik, latest dan yang penting murahhh! Bukan takat lampu, kipas dengan water heater tu memang boleh beli kat sini jugak.

Langsir kalau ikut memang nak Elyza. Hehe. Tapi, Macy pun dah cun habis. Untuk satu rumah termasuk railing semua tu dalam RM2K. Brand lain yang boleh consider ialah Baagus Curtain. Benda-benda ni korang carik masa Homedec, dapat sampai 50%!


Okey, cukup dua area ni dulu. Next time, aku share kisah kithcen kesayangan, bedroom dan area-area yang lain. Pergh, ayat macam rumah besar je kan. Walhal, double storey biasa.


*Sekarang ni, dalam hati tengah tanam dalam-dalam nak beli second landed house dalam masa terdekat. Sebab, harga rumah dan hartanah mangkin lama mangkin menggila. Mohon sangat Tuhan permudahkan. Amin!


7 comments:

  1. Salam...nak tanya...mana u beli cermin besar kat dining hall tue?brapa kos dia kalo x kisah share kat sini?berminat gak nak buat mcm tue nanti.tima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam. Hai, i ordered that cermin with my contractor yg reno my house.Cost around RM3K. =)

    ReplyDelete
  3. ok...thanks for sharing...seronok tgk org hias rumah cantik2 nie.nice deco...lambat lagi nak pindah tpi dah start plan mcm2 haha

    ReplyDelete
  4. cantik gila ok umah awak, sy suka wallpaper merah tu...

    ReplyDelete
  5. Hafiza: biasa2 je actually. thanks neway. So kind of u!

    ReplyDelete
  6. Thanks kongsikan cerita u, menarik dan memberikan idea.Jemput datang singgah blog saya untuk dapatkan info terkini kecantikan dan kesihatan juga penawar perokok tegar. :)

    http://dorajimi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. menarik..tengah cari idea nie..sofa beli katner..saya suka sofa cam gitu

    ReplyDelete