Tuesday, June 23, 2009

Pra-HoneymOON Season 1



Entry ini aku kategorikan sebagai agak lapuk jugak lah.


Dah lama die dok dalam draft tuh.


Aku memang sangat kesuntukan masa.


Baru hari ini dapat publishkan dia.

.


.


.



Dek kerana tak tahan menanggung perasaan yg sedang bergelora time tuh, sejurus selepas majlis aku dan Hayrel terus terbang ke destinasi kami berdua.Dah tak sempat nak tunggu destinasi honeymoon kami dah. Kami panggil destinasi ini sebagai destinasi pra-honeymoon.



Pergi pra dulu lah.

Bukan apa,untuk sesuai dan biasakan diri.

Untuk sama-sama saling kenal mengenali.Dengan lebih terperinci lagi. Biar selepas ini, di destinasi bulan madu kami nanti,sudah tidak malu-malu lagi.



Ermmm..Ke mana destinasi bulan madu kami?Itu,biarlah rahsia.

Yang pasti,bukan di Las Vegas.

Dan juga bukan di India.



Nah, aku mahu kongsi,maaflah hanya sekelumit dari keseluruhan kenangan terindah.


Di destinasi pra-honeymOOn kami.


Empat bulan yang lalu...





Entah ke mana Hayrel nak bawak aku agaknya nih?







Honeymoon..err..pra-honeymoon, wajiblah ada pantai kan.







Alangkah indahnya kalau ada rumah sebijik di lereng bukit

berhadapan laut macam tu.






Mamat ni buat-buat happy walau perut dah rasa loya bagai.

Mabuk laut rupanya.Haih.






Takpe sayang, sudah semakin hampir destinasi kita.






Eh, belum sampai lagi rupanya.Chalet kita paling hujung.
Tu lah, nak sangat yang paling happenning dan ramai Mat Salleh.
Dah 1 jam masih belum sampai-sampai.
Takpe, u layan i nak berposing nih.








Owh sayang, i memang dah tak larat.
Muka Hayrel control mabuk laut.Kesian..
Nasib baik isteri maintain.
Paksa jugak posing.






Aku pantang posing depan camera nih.
Cuba teka, mana satu chalet kami??







Dapat snorkeling, hilang mabuk laut sume!
First time aku snorkeling masa nih,
tapi gambar aku tak boleh disiarkan.
Maklumlah, tak menepati piawaian.





Ceh, brother nih lepas mabuk laut.Haha.
Tu, nak buat-buat macho la tu.
Kunun.=)






Bukan setakat snorkeling, pakej nih siap ada island hoping tau.
Memang sangat mengujakan menikmati keindahan ciptaan Allah.
Sambil menaiki bot.
Memang romantik.
Juga agak kecut perut.
Sebab tengah-tengah laut kan.

Tapi tu lah, gambar-gambar aku tak boleh disiarkan.Haihhh.







Bukit Bertanduk.






Hilang penat sume rasanya!









Nampak dengan jelas ikan dari jetty.
Memang clear crystal!







Berjalan menghirup udara segar di tepi pantai.







Berdua-duaan berpimpinan tangan.

Mesra berpelukan.

Aww..






I Love U.







U Love Me.







Sudah tiba masa untuk balik.
Untuk kerja.Aduh!







Feri yang ditunggu, tak kunjung tiba.

Tak kan nak naik bot nelayan nih kot??






Melayan karenah isteri nan jelita yang dah nak hentak-hentak kaki,

sebab feri masih tak kunjung tiba.







Sayang, jom kita gi vacation!!!


Maldives satu!




p/s: Tak sabar dah nih nak gi real punya honeymoon. Ya Allah, kau musnahkanlah virus H1N1. Sehingga takat ini, 5 kes kematian di Malaysia. Australia, Indonesia sume lagi lah kan.

No comments:

Post a Comment