Monday, June 15, 2009

Siapa Jumpa Tolong Pulangkan..=(

Satu malam tidur aku tak lena.

Kerap terjaga tengah malam.

Mengigau-ngigau.

Berpeluh.

Macam kena kejar hantu.


Mana taknya,otak aku jadi buntu.Kejadian semalam betul-betul buat aku rasa nak menyiku. Tapi sebenarnya perasaan sedih lebih menguasai jiwa.Aku kehilangan staff entry pass aku.Rasa macam nak menyumpah jadik hantu paku.Baru ko tau masa tu.


Semalam, aku dan collegue bergegas-gegas balik tepat pukul lima suku.Dah tak nampak orang lain dah.Berpusu-pusu ke arah lrt station bawah tanah KLCC tuh.Maklum,khamis malam Jumaat.Ehem.Besar pahalanya.Seumpama bunuh seorang kafir lahanat.Tu yang aku bergegas balik,plan nak bunuh George W. Bush tu.Haha.


Malangnya,dalam keadaan kelam-kabut tu,aku memang tak perasan bila masa staff pass aku hilang dari kedudukan asal dia.Bilamana aku hampir nak naik komuter ke rumah aku,baru aku perasan akan ketiadaannya.Menggelabah masa tu,ko.Yelah,melayang not RM80 aku kalau bende alah tu hilang.Harga sehelai kemeja kerja tu.


Dengan muka menggelabah,takut duit melayang,walaupun malas, aku kuatkan semangat patah balik ke lrt.


"Kenapa dik?Kenapa dik?"


Sibuk betul abang-abang guard ni,tunjuk prihatin pulak kat aku.Buta kah mata mereka?Tak nampak ke aku tengah carik barang hilang ni???Err,ter-emosi pulak.


Semua orang aku telefon,selepas merata aku carik,barang yang diingini tak juga dijumpai.Mula-mula,aku telefon suami tecinta,teresak-esak mengadu akan kehilangan.Sebenarnya,bukan lah heran sangat hilang barang,tapi lebih kepada sedih duit pula yang akan melayang.Akibat dari itu,suami dipaksa mengambil isteri tercinta sebab isteri tercinta punya kudrat nak naik komuter dah lenyap.Lepas tuh,aku telefon Kak Nurul pulak,tanya dia,mana tahu dia ada perasan pass aku tu.Jawapan mendukacitakan, aku telefon Kak Nadia pula,orang terakhir yang dilihat bersama aku.Juga mendukacitakan.Tetapi beliau berjanji nak tolong tengok-tengokkan kat dalam train,kot-kot ada.


Mana tahu,Sudanese yang bengang kat aku disebabkan handbag aku tuh dah buat pedajal kat aku.Dengan si Aini sekali aku telefon,mintak tolong dia tengok-tengokkan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dia.




Benda alah ni lah yang hilang!
Bikin aku menggelabah sampai la ni.
RM80 tuh....
Mana ko pergi hah?Hah?Hah?



Sudahnya,aku terpaksa bergantung pada menatang ni plak.
Kalau tak,macamane nak masuk office??
Terpaksa lah beratur.
Nasib baik jelita,boleh potong queue.
Wek!!!

Dengan itu,saya ingin memohon jasa baik tuan-tuan,puan-puan, semua penunggang..err.. penumpang-penumpang yang menaiki train ke Kelana Jaya pada hari Khamis,pukul 1730,waktu Kuala Lumpur Tengah,diharap dapat ke Hospital berdekatan untuk dikuarantin.Eh-eh silap silap.Jikalau tuan-tuan,puan-puan ada terjumpa staff pass yang tertulis nama Aida,diharap dapat memulangkannya di kaunter Lobby Petronas Tower 1.Jasa baik tuan-tuan,puan-puan amat-amat diharapkan dan dihargai.Hanya Allah yang dapat membalasnya dengan mengurniakan tuan-tuan,puan-puan anak-anak yang soleh dan solehah.Amin.
Di mana kah kau wahai pass ku?

p/s:Mesti ada manusia baik hati tolong pulangkan pass aku tu kan.Rasa-rasa kamu?

No comments:

Post a Comment