Wednesday, January 26, 2011

Dilema Jantina.

Tiba-tiba die membesar. Dan orang sekeliling mula menegur, kenapa aku nampak gemuk sekarang?heh.

Macam tak sangka, aku dah nak masuk trimester terakhir, minggu depan insya-Allah. Alhamdulillah, semua urusan Allah permudahkan. Dari hal mabuk-mabuk sampai ke urusan pergi-balik-kerja naik komuter dan putra. Tiada morning sickness. Juga masih belum mengidam yang bukan-bukan. Setakat ini lah.

Jalan pun masih laju. Sampai kene tegur, " Weh makcik, ko tu pregnen mangkuk." Dengan selamba aku jawab, "Heh, lupa la beb.".

Yang pasti, perut tiba-tiba membesar. Yelah, dah 6 bulan kan. Walau masa dah 5 bulan dulu, ramai yang tak tahu aku mengandung. Perut kecik kot. Dan tiada perubahan ketara. Cuma, jerawat aku
kemain besar lagi dok bertenggek sana sini kat muka. Bahagian lain masih belum mengembang bagai johan.

Dua kali dia frustkan aku. Dua kali okey. Ish, budak ni.

Bulan ke-4 aku buat monthly check up, Dr. Aziz kata masih tak jelas.

Bulan ke-5, Tok Ajis pun kata masih tak jelas. Budak chomel ni dok tunjuk tapak kaki dia je. Hah, kan dah rugi mummy terus cancel shopping Gap lepas tuh. Dahlah masa tuh Gap KLCC tengah sale sakan. Tapi, aku belasah jek shopping tanpa pengetahuan Hayrel. Ops!


Lepas check up tuh, aku terus call kakak-kakak, mak abah kat Johor. Diorang kata, mungkin girl kot. Mahu tak meroyan Kak Ana ngan Abg Yus kalau betul baby girl. Ramai mak bapak angkat ni kang anak aku. Mahu taknya, cucu mak abah ada 18, 16 daripadanya adalah BOY. Semua kang sponsor skirt polka dot.heh.


Boy ke Girl, aku ngan Hayrel tak kisah. Yang penting sihat dan sempurna semuanya. Amin.

Kalau girl pastu comel macam ni + bijak lagi genius, memang berbaloi-baloi lah.




Heh. Sebijik muka aku.
Eh tak, tipu.
Combination muka aku ngan Hayrel.haha.
Pastu, kalau perempuan, bolehla dia temankan aku shopping. Dan kami berlumba-lumba dress up. Memang caralah.



Walau apapun, perancangan Allah itu lebih baik.
Owh my suami, please fulfill my babymoon! I want to be there dear.

2 comments: