Saturday, March 19, 2011

Senarai Semak (Baby Checklist) buat Budak Kecik Comel Saya.



Wah, membeli-belah barang bayi memang sorga. Lagi-lagi kalau anak sulung, kemain over lagi. Semua rasa penting, semua rasa wajib ada. Waima safety pins cuma. Poyo betul.

"Ala, takpe beli jek. Kang boleh pakai untuk anak-anak seterusnya."

Ya. Itu suara hati aku bilamana terdetik rasa bersalah melenjan duit gaji bulan-bulan. Ditambah, ayat yang sama juga dilontarkan oleh kawan-kawan terdekat. Kira dapat undian dari juri professional yang sangat menyokong. Dan, rasa bersalah itu akan lenyap sama sekali. Terbang dibawa angin pergi. Ada orang kata dan suruh aku beli barang-barang baby nih sikit-sikit. Jangan beli sekaligus. Baru tak terasa katanya. Tapi, melalui pengalaman aku yang sekelumit kuman cuma, baik beli sekaligus atau kata orang secara pukal. Lagi kurang membazir. Nih akibat beli sikit-sikit lah nih, semua aku nak punggah. Betul kata nenek moyang dulu, sikit-sikit lama-lama jadik bukit.

Makanya, inilah hasil sikit-sikit lama-lama jadik bukit itu.




FEEDING




Memang beraneka jenis pilihan. Dari yang manual, elektrik semua ada. Sediakan je fulus. Tapi, lepas terpengaruh dengan kata-kata rakan terdekat, aku pilih Medela Freestyle Breast Pump. Ada yang kata freestyle ni boleh stimulate susu. Wallahualam. Itu Dia punya kuasa. Melalui pembacaan aku, kuantiti susu jugak dipengaruhi oleh minda kita. Selain banyakkan minum air. Kira saiko lah. Oleh itu, kena tanam niat, berazam sungguh-sungguh nak breastfeed anak sendiri dari mula lagi. Walau banyak onak dan duri. Itu memang pasti. Maklum, emak bekerjaya. Kena berkorban dan pandai bahagi masa. Wajib mengepam tiap tengah malam, tiap pagi, tiap lepas solat Zuhur, tiap lepas solat Asar. Mak oi, larat ke ko nok? Aku suka kutip ilmu kat http://alinalan.blogspot.com/ untuk lebih informasi tentang segala bentuk breastfeeding.



Freestyle ni aku beli kat http://kcdream.blogspot.com/. Memang harga berbaloi-baloi lah. Memula ingat nak kirim kawan kat UK, tapi macam kesian pulak dia nak bawak freestyle nih naik flight. Kurang stylo dia. Alang-alang beli tuh, aku rembat Avent Sterilizer sekali. Dapat lagi extra diskaun dari kcdream nih. Nak jadikan cerita, tauke bisnes online ni satu company dengan aku.


Kecik sungguh dunia.




NURSERY



Bahana shopping secara maya, tak perasan macam-macam jenis pulak aku beli. Comforters, Pillow & Bolster, Big Mat Activity siap dengan Mattress Protector semuanya aku online kat http://www.littlewhiz.com/. Online shopping ni kadang-kadang tak sehebat datang sendiri ke premis.




Chest Drawers tu pulak aku beli kat IKEA. Murah je, RM199. Mula-mula ingat nak beli set tidur, chest drawer + katil + almari yang kaler-kaler. Alah, yang ada warna biru dan pink tuh. Tapi, bila fikir-fikir balik, rasa macam rugi pulak. Yelah, tak macho rasanya kalau dah bujang kang, anak aku nak tidur kat katil macam tuh. Haih.




CLOTHINGS



Part yang ini, memang aku paling suka. I love cloths, yeay! Bayangkan, masa tengah kemaruk dulu, hampir setiap hari aku bawak balik baju untuk budak kecik nih. Sampai Hayrel buat spot check. Dah payah, kena sorok-sorok pulak. Nasib LV saya hobo bag. hehe. Untuk baju, banyak dari koleksi Pumpkin Patch, Mothercare dan juga Baby Gap. Eh, Anakku dan Pooh juga! Beli kat online jenama cap ayam pun berbakul, tapi materials macam kureng sikit.



Swaddling Blanket dan Receiving Blanket juga di littlewhiz.



BATHING & GROOMING





Anak itik tok wi mandi dalam kolam. Yeay, Bath Tub berkepala itik serta mampu menyanyi secara live menghibur si baby tatkala sedang bersiram. Bath tub ni aku beli kat littlewhiz jugak. Masa tuh tengah collect barang-barang yang aku order secara online, dah si Rachel littlewhiz tuh promote sekali racun aku suruh beli. "Very cute ma", katanya.



Basket from Mothercare. Mudah dipunggah ke mana-mana.



Grooming Set from First Year, baby comb & brush, toiletries, cotton buds, diaper rash cream semuanya sudah siap sedia di dalam bakul. On standby mode.



TRAVELLING & NECESSITIES




Quinny Zapp X-tra!


Ingatkan hajat di hati nak memunya Zapp X-tra hampir kempunan. Sebabnya masa tuh diorang kata lambat lagi nak masuk Malaysia. Maka, kalau nak kena beli kat UK. Nak beli Quinny Buzz pulak, Hayrel tak berkenaan dengan wheel dia, penuh satu bonet kereta katanya.


Tup tup, Rachael dari littlewhiz call. Quinny Zapp X-tra finally at Little Whiz! Apalagi, aku terus booking la, Rebel Red lagi. Memang macam pisang panas, stock habis dalam seminggu je. Keistimewaan X-tra ni dari yang biasa, seat dia kita boleh adjust ikut suka. Senang kata, ada recline function. Nak menghadap muka baby masa tengah tolak stroller tu boleh, nak membelakangkan pun boleh. Memang ikut yang mana suka lah!




Skip Hop Pronto.

Pertama kali aku jumpa dekat http://kcdream.blogspot.com/, terus jatuh cinta! Dilengkapi dengan Mesh Pocket yang boleh simpan segala macam cream dan nappies. Bila beg dibuka, terus boleh jadik changing mat. Siap dengan cushioned head area lagi. Dahla tuh, wipes case pun ada. Nampak tak yang warna merah tuh? Memang stylo kalau nak keluar travel atau jalan-jalan window shopping. Cuma gantung dekat stroller jek.


Rasanya ada tiga warna pilihan. Disebabkan stroller dah kaler merah, jadiknya aku pilih yang stripe nih.


Aku ada nampak beg yang serupa buatan tangan yang diberi nama Snugg Diaper Clutch. Cuba google http://snuggbaby.com/. Tapi, masa aku nak beli tuh, si tuan empunya badan tengah berpantang rasanya. So, dia temporarily out of stock. Harga memang sangat murah giler berbanding Skip Hop Pronto nih.



LAUNDRY


ABD Detergent & Softeners untuk baju baby yang harum dan segar.

Pureen Liquid Cleanser pulak untuk membersih dan membunuh kuman di botol susu dan teat.



STIMULATING TOYS

Fisher Price Play Gym untuk pertumbuhan minda budak kecik comel. Aku yang eksaited lebih.


Phew! Rasanya semua dah lengkap. Set lepas bersalin pun dah order dengan Kak Ziela. Kami adik-beradik memang pengguna barangan Amway. Jadinya, beli Set Lepas Bersalin Amway je lah. Malas nak pikir-pikir lagi.


Ops, tinggal nak beli baby crib by Kolcraft dekat http://www.firstfewyears.com.my/. Haritu pergi kedai dia dekat The Curve dah out of stock pulak. Ni tengah tunggu panggilan dari diorang. Owh, nursery pun tak pergi lagi nih. Baru call je. Haih, nursery pun kena booking, macam nak masuk darjah satu pulak. Nak ada bibik, aku macam seram. Tengoklah macamana nanti.



Tengok barang-barang baby nih, mangkin takut pulak jadiknya. Apalah bahagian aku nanti. Ya Allah, mohon dipermudahkan segala. Amin.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete