Sunday, May 01, 2011

Babymoon.

Keinginan untuk jalan-jalan makan angin masa perut membuncit ni sangat-sangat menebal.
Namun, jawapan Hayrel tetap sama, "Bahaya la sayang."

Beriya-iya aku ajak dia pergi Hard Rock Penang. Cuba pusing, tukar strategi kalau-kalau pancing mengena. Setelah cubaan memujuk ke Hard Rock Bali umpama terbang dibawa angin Laut China Selatan. Entah kenapa aku rasa macam best je mandi-manda, baring-baring sun tanning, shopping-shopping kat Hard Rock. Gila.

Aku nak luang masa beromantika dengan Hayrel, hanya kami berdua. Mempersiapkan diri mental dan fizikal. Sebelum bergelar mummy babah 'panas'. Nak memperkasa diri menanti kehadiran budak kecik comel itu. Nak memperkebal diri masing-masing dengan tangisan tengah malam buta. Oh.

Ya, saya mahu Bulan Bayi. Err, 'babymoon'.

Siap bagi jualan murah dekat Hayrel. Beli 1, percuma 3. Mulia kan hati aku? Hayrel kata boleh. Tapi, syaratnya satu. No plane!



Kalau dah syaratnya lokasi yang tidak perlu menggunakan perkhidmatan kapal terbang,


haruslah di kawasan Lembah Klang sahaja. Kan?



Angan-angan berangan nak Dinner Cruise juga musnah.


Masa ni lah perkhidmatan dibekukan buat sementara.


Kalau aku tak mengidam nak makan-makan romantik malam-malam atas kapal,


tak pulak diorang bekukan. Haih.


Anggap jelah tiada rezeki, Cik Puan Aida.



Oh ya, untuk pengetahuan sesiapa yang berminat dengan dinner, lunch, hi-tea dan seangkatan dengannya atas cruise nih, kena buat tempahan 7 hari awal ya.


Bolehlah tengok promotion yang diorang ada kat http://www.cruisetasikputrajaya.com/.


Jangan pakai redah je.


Sudahnya, kami memang betul-betul makan angin jek.


Atas 'Perahu Dondang Sayang'.






Memang wanita berperut buncit ini sedang berdondang sayang.


Pusing keliling tasik sambil mendengar info bermanfaat dari encik abang pendayung.


Kata encik abang pendayung,


menara azan Masjid Putrajaya adalah menara azan tertinggi di Asia.
Baru kami tahu.

Singgah sebentar solat Asar di Masjid Putrajaya nan damai.



Baru jalan sikit, dah mengah carik tempat duduk.

Kena banyak senam ni.



Ecehceh.

Sedaya upaya berusaha tahan nafas.hehe.


Habis tawaf satu putrajaya, balik hotel sambung menggedik.



Ingat nak sambung gedik naik bas dua alam, Wawa Splash.

Tapi Hayrel awal-awal dah menegah. Gila katanya.hehe.

Nantilah, tunggu baby dah keluar. Kita naik sama-sama ya.


Mampukah menjadi mummy mithali?







Memang beli 1 percuma 3 lah.



Beli 1 pakej percutian di Mines Wellness Resort.



Dapat meraikan 3 perayaan - Ulang Tahun ke 2 Perkahwinan, Ulang Tahun ke 27 Kelahiran dan Babymoon.



Memang beli 1 percuma 3 kan?





Isteri siapa la yang berhati mulia ni.




No comments:

Post a Comment