Thursday, June 30, 2011

Harrez Rayyan Bin Hayrel Mezamil.



Ya. Nama budak kecik comel seperti di atas ialah Harrez Rayyan.


"Walawei. Sedapnya nama dia."


Itu majoriti respon sebaik sahaja soalan klise "Apa nama baby?" aku jawab.


Tapi, bukan itu yang penting. Selain nama yang sedap didengar, sebagai orang Islam, nama yang membawa pengertian yang baik adalah lebih mustahak. Senang disebut, iya jugak. Kesian atok ngan nenek nak sebut kalau terlalu komersial.


Nama Harrez Rayyan nih boleh dikategorikan sebagai nama last minute. Memang dari awal, Rayyan itu dah menjadik pilihan aku ngan Hayrel. Tapi, sampai ke sudah takde nama pangkal. Rayyan membawa pengertian'Pintu utama ke Syurga bagi orang berpuasa'. Kalau ikut Hayrel, dia nak letak nama Rayyan je. Letak satu nama, tak payah susah-susah ada pangkal. Haruslah aku bangkang, kan.


Mula-mula nak letak nama Hayrel Rayyan, ambik sempena nama Babah dia. Sebab, kami memang dah berangan dulu, kalau perempuan, letak pangkal Hayda dan kalau lelaki letak pangkal Hayrel. Tapi, entah kenapa, aku ubah fikiran masa Hayrel nak buat pendaftaran pada hari ke-3 kelahiran. Setelah periksa nama dan pengertiannya dan merujuk dengan kawan-kawan dan ahli keluarga, nama Harrez dipilih. Harrez membawa maksud 'Pengawal dan Pelindung'. Semoga dia akan menjadi pengawal dan pelindung yang baik, terutama kepada adik-adiknya (insyaallah) memandangkan dia anak dan abang sulung.


Semoga Harrez Rayyan membesar menjadi anak yang soleh dan cantik budi pekerti secantik namanya. Insyaallah.




p/s: Err, bukan senang nak letak nama anak ni rupanya ye. Kalau zaman dulu, habis dah dihentamnya nama 'kerusi'. Huhu.

No comments:

Post a Comment