Monday, June 06, 2011

Peristiwa 13.05.2011



Budak Kecik Comel Harrez Rayyan,

Tanggal 13 Mei 2011 merupakan detik yang sangat bermakna dalam hidup Mummy dan Babah, detik paling bahagia. Bercampur baur. Gembira, takut, teruja, tak percaya semua ada. Saat kamu yang Mummy dan Babah namakan 'Harrez Rayyan' lahir ke dunia.

11 Mei 2011 - Dua hari sebelum tuh, macam biasa Babah temankan Mummy pergi monthly check-up. Datuk Aziz memang awal-awal dah bagitahu yang dia akan buat VE pada hari tuh. Nak check bukaan rahim. Yelah, Mummy dah 38 minggu kan. Seram sejuk jugak Mummy bila dengar VE. Habis satu family Mummy telefon tanya pasal VE. Macamana rasa kena VE tuh? Sakit ke tak? Apa nak dibuat? Kena pejam mata ke? hehe.

Lepas Doktor periksa, bukaan baru lebih kurang 1 cm macam tuh. Tapi, cepat-cepat Datuk Aziz cakap, "But, its would be fine if u want to deliver this week. Induce". Err, Doktor nih merangkap Tok Bomoh jugak ker? Sebab dia macam boleh baca fikiran Mummy, yang dah tak sabar-sabar nak beranak masa tuh. Mummy dan Babah berpandangan, tak tahu nak jawap apa. Tak boleh nak decide. Buntu.

Tapi,

Terus Mummy jawap "OK doc, proceed je lah." bilamana Datuk Aziz kata yang dia tak ada selama beberapa hari, out station pada minggu hadapannya. Saiko jugak Doktor nih. Mummy dan Babah terus balik rumah, nak buat preparation kononnya lepas sign dokumen apa-apa yang patut. Sempat jugak Mummy jeling kat estimated cost kat atas satu borang tuh. Mak aih, RM8K for normal delivery?

12 Mei 2011 - Sementara tunggu Babah balik kerja, Mummy buat persiapan terakhir. Sendu jugak keadaan masa nih. Macam-macam yang Mummy rasa. Sampai rasa takut nak mati pun ada. Semua makcik-makcik Rayyan telefon Mummy, bagi kata-kata semangat, beri macam-macam petua dan tips.

6.00 pm - Mummy dan Babah bertolak dari rumah kita. Rumah comel yang kami beli untuk sambut kamu, permata sulung kami. Sempat Mummy makan malam, menu tom yam sebelum ke hospital. Babah suruh makan sebab kata Babah, lepas ni Mummy dah kena berpantang.

8.00 pm - Mummy admitted di Prince Court Medical Centre. Lepas register dan selesaikan semua dokumen yang berkenaan, Mummy dan Babah terus ke Labour Room. Ingat lagi Babah cakap, "Betul-betul serah diri nih."

11.00 pm - Midwife yang bertugas datang untuk tengok bukaan rahim. Kena 'seluk' lagi. Masih dalam 2 cm. Lepas dapat arahan dari Datuk Aziz, midwife pun letak induce pill, nak bagi Mummy cepat rasa sakit nak bersalin. Biar cepat pintu rahim terbuka. Biar cepat Mummy bersalin. Biar cepat Mummy dapat peluk gomol Rayyan.

13 Mei 2011 - 12.30 am - Mummy dah berpindah ke wad biasa. Sampai ke sudah Mummy tak rasa sakit, tak rasa apa-apa. Midwife suruh Mummy tidur, berehat. Dan bersedia untuk bekerja keras pada esok hari. Masih rasa tidak percaya. Tertanya-tanya pada diri. Betul ke dengan tindakan yang begini.

5.00 am - Midwife datang lagi, untuk bagi ubat kosongkan perut. Tak sampai 5 minit, segala isi perut bagai semua keluar. Mummy terus mandi, siap-siap sebab dah kena bersedia ke Labour Room.

6.30 am - Lepas mandi wangi-wangi dan solat Subuh, Mummy terus ke Labour Room. Mummy diberi 'drip' lepas pil tak jalan. Tapi, memang Mummy tak rasa apa-apa. Tak rasa sakit walau mild contraction dah mula ada. Masa ni, Mummy dan Babah sibuk baca surah-surah Al-Quran. Panjang kot list yang Cik Ti bagi. Terkumat kamit mulut Babah menghafal. Siap practise azan dan tahnik. Haha. Masa ni pun nama tak finalized lagi. Mummy nak pilihan Mummy. Babah pun tak mahu kalah. Sampai lah Babah pergi solat Jumaat, Mummy masih tak sakit- sakit.

2.30 pm - Datuk Aziz datang, tengok keadaan Mummy. Kata Doktor Aziz, Mummy agak 'kuat' orangnya. Sebab contraction dah agak tinggi tapi, Mummy tak rasa apa dan masih boleh buat macam biasa. Biasalah, Jawa kan. Darah pahlawan. Hehe.

3.00 pm - Mummy rasa lapar sangat. Tapi, midwife tak galakkan makan. Mummy cuma makan sup je. Telan liur Mummy tengok menu yang Babah pesan. Kesudahannya, Babah yang licinkan lunch Mummy. Menyirap Mummy tengok.

Tup-tup, tak sampai setengah jam, sup yang Mummy makan keluar balik. Mummy muntah. Kesian midwife tuh terpaksa bersihkan Mummy. Siap pakej terpaksa salinkan Mummy baju sekali. Tulah, siapa suruh terhegeh. Bukan Mummy tak warning awal-awal Mummy nak muntah.

4.10 pm - Hanya Tuhan yang tahu perasaan Mummy tika dan saat nih. Mummy dah mula rasa contraction. Sampai tertidur-tidur. Bila sedar je, rasa macam nak nangis. Keadaan yang sangat tidak selesa. Nenek, Atuk, Tok Mak, Tok Ayah, makcik-makcik Rayyan semua dah gasak telefon Babah. Tanya keadaan Mummy.

6.20 pm - Masa ni midwife memang keluar-masuk-keluar-masuk. Periksa condition Mummy ngan Rayyan. Akhirnya, Mummy rasa lega yang teramat bila midwife seluk, bukaan dah 10 cm. Tak percaya pun ada, sebab 5 minit tadi diorang check bukaan baru 4 cm.

Midwife dah suruh start push. Sebelum tuh, diorang bagi penerangan macam teknik pernafasan dan skil menge'push' yang betul. Dengan kekuatan yang ada, Mummy push sekuat hati. Sambil zikir, baca doa Nabi Yunus tanpa henti. Perasaan dalam hati? Mummy tak sabar sangat-sangat nak tengok muka Rayyan yang macam dalam imej 4D.

Banyak kali jugak Mummy try push tapi tak berjaya. Sebab Mummy macam lemah, takde tenaga. Mahu taknya, Mummy tak makan satu apapun dari pagi. Waima air zam-zam dan air selusuh yang Mummy minum sebelum push, habis keluar balik. Cuma, bekalan tenaga dari kurma yang sempat Mummy jamah je yang ada.

Yang buat Mummy bersemangat, bila dah rasa kepala Rayyan. Tambah-tambah lagi, bila midwife kata " Dah nampak kepala dah. Ha, dah keluar dah pun rambut dia." heh.

6.50 pm - Datuk Aziz sampai. Babah pulak, tak putus-putus bagi semangat kat sebelah Mummy. Siap ajar suruh tekan kaki la, jangan angkat punggung la. Hehe. Terima kasih darling sayang! (Err, Babah sampai lupa silent handphone. Habis berdering-dering dalam Labour Room. Mummy sempat sound Babah suruh silent dalam sibuk-sibuk menge'push'. Hehe.)

7.09 pm - Tepat pukul 7.09 minit malam, 13 Mei 2011, Rayyan keluar dari perut Mummy. Amboi, kemain kuat lagi Rayyan menangis. Nyaring betul. Tersenyum tak percaya bila Mummy tengok Rayyan atas perut Mummy. Doktor suruh Mummy tengok, boy ke girl. Babah siap pegang-pegang dada, tak percaya! Hati macam ada pelangi. Terdetik dalam hati Mummy masa tuh, "Eh eh, tajamnya dagu Rayyan!"Ikut dagu tirus sapelah tu, kan.

Rayyan nangis tak berhenti. Babah peluk Rayyan, azan dan tahnikkan. Rayyan senyap bila dengar Babah azan. Mummy dan Babah memang sangat happy! Syukur tak terhingga. Sampai sekarag rasa macam tak percaya.


Inilah hasil yang sangat berbaloi-baloi.
Si rambut lebat berhidung terletak dan berdagu tirus.



Senyuman pertama yang Mummy tak akan lupa sampai bila-bila.


Tiba-tba, Mummy rasa rindu pada perut yang berdiameter lebar dahulu.





Harrez Rayyan,

Mummy berdoa semoga Rayyan jadik anak yang soleh, pandai mengaji, bijak belajar, dan jadik doktor pakar sakit puan bila dah besar nanti. Eh, terlebih sudah.

Dalam kepala Mummy ni macam-macam perancangan untuk Rayyan. Tapi, yang paling penting, Mummy nak buat insurance untuk Rayyan punya education planning and saving. Mujur, Rayyan dah ada ING untuk medical. Yang itu, Mummy dah tak risau.

Yang penting, Rayyan kena tahu Mummy dan Babah sayang Rayyan sangat-sangat. Jangan pernah lupa yang itu.


1 comment:

  1. Sama la. Anak saya pun lahir 13/05/2011.. Tp sewaktu azan zohor. Hari jumaatkan time tu. Suami siap cakap kat perut time kat labour room "Ayah nak keluar g smyang jumaat.. Hadiff cepatlah keluar.." (Kami dah tahu dapat baby boy time tu) Hospital bersalin saya pulak dekat dengan masjid. Jadi boleh dengar sayup2 azan bila nurse buka pintu labour room.. Plus lagipun dlm labour room saya deorang pasangkan zikir.. Jadi mmg saya ingat semua yg berlaku..saya juga indius. Tp saya sakit sangat sehingga gunakan gas etanox(gas ketawa) untuk tahan sakit.. Hmmm.. Inilah pengalaman saya bersalinkan Muhammad Hadiff Firash.. Putera sulung.. Sewaktu saya menaip nie saya sedang alami mild contractions.. Untuk anak ke2 pula. Hati berdebar2.. Saya x mahu di induce lagi..kalau boleh biarlah deliver secara normal dan ins sha Allah secara mudah.. Amin.

    ReplyDelete