Tuesday, January 10, 2012

Warna Warni 2011.


Hari ni hari jadi Siti Nurhaliza. Dan, hari ni jugak aku cuti.
Err, apa kaitannya?

Kaitannya ialah, aku dapat update blog hari ni. Walau Harrez Rayyan dah masuk lapan kali asyik mengacau tarik wayar dan tekan keypad cuba berlagak menaip.

Istimewa Tahun 2011?

Tiada yang lebih istimewa di tahun 2011 melainkan dengan peristiwa kelahiran Harrez Rayyan Bin Hayrel Mezamil pada bulan Mei yang lalu. Syukur tidak terhingga aku panjatkan kepada yang Esa di atas rezeki yang tidak ternilah berharganya itu. Rayyan yang kami damba. Rayyan yang seluruh keluarga nanti. Rayyan yang ditatang bagai minyak yang penuh. Rayyan yang lebih berharga dari intan permata!

Dengan cerita manis kelahiran Rayyan, maka secara automatiknya aku telah lupakan dengan sengaja mahupun tidak sengaja cerita-cerita manis yang lain sepanjang 2011 yang lalu. Cerita pahit apatah lagi kan? Oh, cerita manis bonus berganda yang aku terima sempena prestasi cemerlang juga tidak mampu merampas takhta cerita manis si budak bijak bestari, Harrez Rayyan.


Mana mungkin aku tidak cair pabila menatap wajah suci tiada debu sebegini.



Selain ligat mengemaskini ilmu keibubapaan, aku dan Hayrel masih tak sudah-sudah dengan hal-ehwal dekorasi rumah sepanjang 2011. Mahu makan masa bertahun-tahun kalau cerita perihal rumah nih. Tak habis-habis. Yang habis, duit. Keluarnya macam air. Walau kami dah hampir setahun berpindah, banyak yang masih perlu dilakukan. Ni dah masuk 2012 kot, masih ada saki baki deko yang perlu dilunaskan. Bilik Rayyan masih belum semenggah, perlu dicat kaler lelaki maskulin, dan ditampal kertas dindingnya. Landskap kat laman rumah pulak masih belum dijamah langsung. Apa nak buat, budget agak ketat. Ketat-ketat pun dah berpuluh ribu keluar. Ke dah masuk ratus ribu? Dah boleh setel Civic sebijik, kot. Gulp.

Walau berhabis tapi bila tengok hasilnya. Berbaloi-baloi. Syukur.

Tapi sebenarnya memang seronok habis bila terjebak hal ehwal dekorasi rumah nih. Nantilah, bila diberi kelapangan aku kongsi tip dan bajet. Juga serba sedikit hasil yang tidak seberapa.


Rumah oh Rumah.



Alhamdulillah, hampir kesemua azam 2011 telah berjaya dilunaskan. Melencong sikit, itu perkara biasa. Umpamanya macam nak pakai Blackberry Torch tapi terpakai iPhone 4 dan nak LV Thames tapi terbeli Chanel GST!

Cumanya, azam 2011 yang satu dan yang paling major itu akan direalitikan pada awal 2012 nih, dengan izin Tuhan. Ada lambat sikit di atas nasihat otai-otai. Hehe.


Di tahun 2012 ini, tak banyak yang dipinta. Mohon 2012 diberi kesihatan yang baik pada diri dan keluarga, dikurnia keluarga yang bahagia serta amal ibadah yang bertambah.

Oh, moga 2012 menjanjikan kareer yang cemerlang pada aku (mohon dinaikkan gred) serta dipermudahkan strategi untuk merealisasikan impian besar pada 2013.
Amin ya Rabbal A'lamin, Ya Allah.








1 comment: