Monday, June 08, 2009

..Pertama Kali Berjauhan..

Ini tidak adil!!!!!!!!!!!!
Kami tidak mendapat hak kami yang sewajarnya.Kami tidak patut diperlakukan sebegini.Kami sedar diri kami ini hanya kuli.Belum naik pangkat jadi Pengurus Besar Jabatan lagi.(errr…lawak pulak bila dialih bahasa.General Manager rupanya) Sampai hati buat kami begini.Kasihanilah kami.Kami baru sahaja nak menikmati.Mengapa manusia tidak bersikap adil sesama sendiri?Mengapa?Mengapa?Mengapa?


Wah,kalau aku masuk Rancangan Anak Wayang;Program Seumpamanya di Malaysia tuh,senang-senang je aku boleh menang besar.Agaknya lah.


Apa yang tidak adilnya ye?Begini ceritanya....


Pagi Jumaat yang hening, tanggal 29 May 2009, bos aku telah meng-arah aku untuk bekerja ke luar kawasan.Dahlah tu,diarah untuk bertolak pada hari Ahad pulak tu.Untuk menghadiri mesyuarat di dua venue yang berlainan,Ahad di Petronas Kemaman dan Isnin bersama Pegawai-Pegawai Kastam di Kuala Terengganu.Hari isnin aku masih boleh bertahan lagi,sempat untuk daily trip sahaja tapi bila melibatkan hari Ahad,aku terus jadi pening.kenapa aku pening?Sebab ianya telah merampas masa berdua-duaan aku dengan sang suami tercinta.Haih.Bukankah rugi sebegitu?Masa itu emas!


Dan buat pertama kalinya.Dalam sejarah perkahwinan kami, aku akan berjauhan dengan suami aku.Perasaan?Saya sungguh sedih.



Hahaha.Geli pulak rasanya.Konon-konon tidak boleh berpisah langsung.Konon-konon nak tunjuk kan pada seantero dunia,kami tidak boleh berasingan, tidak boleh menghirup udara di dua tempat yang berbeza.Konon-konon nak buktikan pada seluruh isi alam,dunia yang ditumpang ini,bahawa kami seperti belangkas,malah lagi hebat dan dasyat dari belangkas.Konon-konon,cinta kami memang sejati,sehingga Laila dan Majnun pun tak mampu nak menandingi.Memang tidak boleh berpisah walau seinci!



Peluang untuk aku berkata TIDAK pada bos aku memang ada.Dan dia pun memahami,aku baru bernikah.Tetapi,aku juga perlu memikirkan kerjaya aku.Selagi muda,aku mahu melakukan yang terbaik untuk kerjaya ini.Selagi tidak melanggar syariat.Dan aku perlu merebut peluang untuk belajar apa sahaja demi membina kerjaya sendiri.


Lagipun,bukan kah ada pepatah yang mengatakan.Sayangkan isteri,tinggal-tinggalkan.Dan aku mengaplikasikan pepatah nenek moyang itu.Sayangkan suami,tinggal-tinggalkan lah.Tinggal-tinggalkan ye bukan tinggalkan!Lain maksud dan pemahamannya!


Tidak mengapa berjauhan sementara.Biar rindu itu membara-bara-bara-bara....Tapi awas,kena jaga yang membara itu.Jangan pula yang membara-bara-bara bertukar menjadi debu.Itu parah namanya.


p/s:Tidak sabar untuk ke destinasi pra-HoneYMOOn kami yang seterusnya!Memang membara i tell u!BOOOM KebabOOM!!!

2 comments:

  1. hehehe..selamat memilih lokasi PRA-honeymoon ya..

    ReplyDelete
  2. already went to pre-honeymoon...
    so sad my boss not approve my long leave to real-honeymoon yet..
    =(

    ReplyDelete